01 Disember 2008

Terima Kasih Ustaz Asri



Salam....Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada Mantan Mufti Perlis Sahibus Samaah Dr Mohamad Asri Zainul Abidin yang baru sahaja menamatkan tugasnya sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis..Keengganan Dr Asri menyambung kontrak sebagai Mufti diibaratkan kehilangan besar pada umat islam di Malaysia..walaupun Dr.Asri masih boleh memberi pendapat namun pendapatnya selepas ini tidaklah sePOWER masa beliau menjadi MUFTI..

Selain Mufti Perak, Sahibus Samaah Datuk Seri Harussani Zakaria..Bekas Mufti Perlis inilah yang dilihat lantang dalam pendiriannya,walaupun sesetengah pihak ada yang tidak menyenanginya namun pada hemat saya Dr.Asri telah meninggalkan satu impak besar dalam dunia Mufti di Malaysia ini..

Bekas Mufti ini walaupun singkat menjadi mufti namun telah banyak idea-idea dan pemikirannya menggegarkan masyarakat antaranya adalah tidak membenarkan penyanyi sensasi Faizal Tahir ke Perlis membuat konsert kerana pada beliau Faizal Tahir belum menjumpai identiti dirinya,dan antara lain adalah menegur PM Dollah Badawi tentang meletakan kalungan bunga di Tugu Negara dan antara cetusan terakhirnya disaat-saat akhir menjadi Mufti beliau menegur Majlis Fatwa tentang pentingnya mengeluarkan Fatwa merenjis dan bersanding dalam Islam...

kepada Dr.Asri....ucapan terima kasih dari peminat-peminat anda...ketiadaan anda di kerusi Mufti adalah kehilangan besar...diharap idea-idea dan cetusan-cetusan bernas anda masih lagi mendapat tempat di hati Rakyat...wassalam

Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya..( Al-Maidah : 67)

26 November 2008

Ahli PAS masih sayangkan Tok Guru

Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau “tidak sabar” untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian.

“Kalau orang Pas suruh saya berhenti, saya berhenti petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan “pada masa gemilang beliau” dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.

Pada sudut positif,demi kepentingan survival politik Pas Kelantan,pada saya memang benar Tok Guru perlu melepaskan jawatan Menteri Besar disaat zaman kegemilangannya,ini untuk menonjolkan ikon baru yang akan menjadi pemimpin masa hadapan bagi negeri paling lama diperintah PAS ini..

Namun adakah PAS Kelantan bersedia melalui alam baru tanpa Tok Guru disisi pemerintahan Kelantan ? Jawapan ini hanya PAS Kelantan sahaja yang mampu menjawabnya,Tok Guru sudah dianggap sinonim dinegeri Kelantan,Namun disudut yang lain juga,suatu hari nanti Tok Guru akan pergi dan penggantinya akan tiba juga.

Persoalan yang selalu timbul siapakah yang layak menggantikan Tok Guru yang dianggap tidak tolok gantinya? Seperti Tok Guru yang enggan mengulasnya,begitu jugalah ahli-ahli PAS yang enggan mencongak siapakah pengganti Tok Guru,Namun saya sudah dapat mengagak siapa bakal menggantikan Tok Guru kelak,orangnya pasti yang selalu memberi Kuliah Jumaat di Kota Bharu jika Tok Guru tiada ataupun tidak sihat..saya semacam yakin itulah orangnya Menteri Besar Kelantan kelak..

Akhir sekali,baik ahli PAS Kelantan atau Malaysia perlulah redho jika Tok Guru nak bersara,cuma diharapkan jika Tok Guru ingin pencen hanyalah untuk jawatan MB Kelantan tidak untuk Mursyidul Am PAS,kami ahli-ahli PAS masih inginkan kepimpinan Tok Guru didalam PARTI KERAMAT INI..

~MEMBANGUN BERSAMA ISLAM~
DULU....KINI....SELAMANYA...PARTI ISLAM SEMALAYSIA


24 November 2008

Malaysia Bebas dari I.S.A

Salam....

I.S.A (Akta Keselamatan Dalam Negeri),inilah akta puaka yang menghantui orang ramai yang tidak pro Umno dan Barisan Nasional..banyak pihak telah menyuarakan bantahan atas akta zalim ini,baik Melayu,Cina dan India semua menentangnya kerana ia tidak memberikan pembelaan yang adil kepada orang yang ditangkap.Sedangkan Allah yang Maha Hebat pun memberi peluang pada hambanya membela diri di mahkamah akhirat inikah pula kita manusia kerdil yang tiada apa-apa..kenapa kita sombong dan bongkak??


Saya merujuk kepada sebuah organisasi yang mendakwa sayangkan melayu dengan melakukan perarakan membela I.S.A dan menyokong perlaksanaannya..huh,minta maaf, sungguh memalukan umat melayu yang menyertai perarakan itu.




Namun yang paling menarik adalah seorang hamba allah yang saya kenali sejak kecil kerana beliau ini tinggal didalam komuniti kawasan saya....hamba allah ini dengan bangga dan bongkaknya menyokong perlaksanaan I.S.A kerana kata beliau ia adalah penting dalam menetukan kestabilan Melayu..haha...


Saya ketawa dan senyum dengar kata-katanya semasa saya menonton berita bernama,ternyatalah beliau ni gagah di telivision sahaja,bila di dalam komuniti beliau senyap sunyi,teringin juga nak lihat rumahnya terdampar "banner" Yes To ISA....ternyata beliau masih atau samar-samar memahami ISA ini..


Saya pernah bersolat jumaat berjemaah dengan beliau di masjid komuniti kami,ditakdirkan pada masa saya terserempak dengan dia di masjid itu,tajuk khutbahnya mengutuk perlaksanaan ISA..olahan khatib yang ditugaskan amatlah berkesan di jiwa sebahagian besar jemaah,saya pun terkesan dengan khutbah itu,memandangkan beliau dihadapan saya maka pada pandangan saya mungkin beliau juga terkesan dengan khutbah itu kerana beliau lebih hadpan saf dari saya,rupa-rupanya,TIDAK..beliau gagal menghayati khutbah yang disampaikan khatib..huh..MALANG SUNGGUH...


Tidak mengapalah,saya mendoakan puak-puak melayu yang menyokong ISA ini kembali kepada syariat ISLAM sebenar,jangan terlalu taksub dengan semangat Bangsa..KITA TETAP MELAYU SAMPAI MATI.....TAPI KITA BELUM TENTU ISLAM SAMPAI (APABILA) KITA MATI...

saya menyayangi bangsa saya dengan sepenuh hati,dan saya menyayangi bangsa lain sebagai saudara saya juga...janganlah kerana ketaksuban sampai memijak bangsa sendiri..apa yang berlaku semalam seolah-olah tidak sensetif keatas penderitaan keluarga mangsa ISA???

lepas itu ada adegan kejar wanita berbangsa cina kerana wanita itu mengutuk gerakan kumpulan yang menyokong ISA ini..?? erm,inikah contoh kita pada kaum minoriti,


Tunjukan keindahan ISLAM kata Tuan Guru Nik Aziz lebih penting dari tunjukan Keindahan budaya bangsa sendiri...ISLAM ITU INDAH..Takbir!!!




14 November 2008

Kenapa Takut Bila Cerita Kematian ?

Assalamualaikum,,..Kita dikejutkan dengan isu tayangan video sajak kematian oleh seorang ustazah yang dikatakan membawa trauma kepada murid murid yang menyaksikannya sehingga menyebabkan menteri pelajaran mengeluarkan arahan supaya tayangan video berkenaan dihentikan.Demikianlah gerunnya setengah manusia dengan kematian.Sehingga tidak mahu melihat apatah lagi memikirkannya.

Tetapi manusia sering lupa bahawa kematian adalah kemestian.Tiap yang bernyawa pasti merasai mati, adalah sebahagian ayat ALLAH yang menegaskan kepada manusia bahawa kematian tidak boleh dielakkan.Jadi kenapa trauma dengan mati?Sedangkan antara ajaran dari baginda Rasulullah s.a.w mengajar kita bahawa kematian adalah fokus kepada kemajuan.Dengan mengingati mati sahaja, manusia akan terhijab dari melakukan kemungkaran dan kezaliman dalam semua bentuk dan sekaligus membentuk jiwa insan yang sentiasa peka dengan perintah dan larangan ALLAH.

Bertolak dari sini, manusia akan terus berusaha untuk melakukan kebaikan sebagimana didefinasikan oleh petunjuk wahyu dan akhirnya menuju kepada kemajuan yang sebenarnya.ringkasnya, kematian ialah satu bentuk motivasi yang menggerakkan manusia kepada tamaddun yang sebenar.

Selain dari itu, kematian juga adalah batas kepada kebebasan manusia.Sungguhpun manusia boleh mendabik dada mengatakan mereka boleh lakukan apa saja dalam hidup tetapi manusia tidak mampu untuk menentukan kematiannya.Manusia tidak berdaya untuk memilih cara kematiannya, menentukan bilakah dia hendak mati dan memilih tempat kematiannya serta menentukan di mana dia dikuburkan.

Pendek kata, manusia tidak langsung diberi hak untuk menentukan masa dan cara kematiannya.Untuk itu,manusia sebenarnya tidak bebas dan manusia seharusnya adil kepada diri mereka sendiri dalam menginsafi kenyataan ini.kalau dalam soal kematian, manusia tidak dapat memilih maka sudah tentu manusia juga tidak diberi kebebasan memilih dalam kehidupan mereka.Kelebihan manusia terletak kepada akal.Akal manusia seharusnya digerakkan untuk memahami petunjuk wahyu dan seterusnya bertindak dengan mengikuti petunjuk tersebut.Satu perkara yang dilarang oleh petunjuk wahyu tersebut seharusnya dihindari oleh manusia dan satu suruhan patut diikuti dengan tekun dan istiqamah.

Maka dakwaan manusia bebas melakukan apa saja dalam hidup tidak benar sama sekali dan kematian membuktikannya dengan jelas.Untuk itu,tidak perlu truma dengan kematian sekalipun ditunjukkan kepada kita dalam simulasi yang mengerikan sekalipun.Simulasi kematian yang digarap dalam video tersebut berdasarkan keterangan sahih dari baginda Nabi yang sepatutnya diberi perhatian oleh kita semua.Lainlah kalau simulasi kematian itu dibuat dengan sesuka hati dan keterangan yang menyimpang,ianya patut dihalang kerana memberi keterangan yang tidak benar.

Tetapi simulasi yang berdasarkan keterangan hadis yang jelas seharusnya diberi perhatian.Itu panduannya,bukan trauma atau takut kepada mati menjadi ukuran.Ingatlah, sebagai umat Muhamad s.a.w,setiap kita adalah pendakwah yang diamanahkan untuk menyampaikan ajaran baginda s.a.w sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang bermaksud 'sampaikan(dari pengajaranku) walaupun satu ayat...."Maka menyampaikan peringatan tentang kematian beserta keterangannya adalah sebahagian tanggungjawab yang patut dipikul oleh semua umat Islam.untuk itu,bantahan seorang yang berstatus Doktor dan larangan menteri pejalaran itu amat dikesali."

09 November 2008

Kembalinya Putera akhirat ke Pangkuan illahi..

BERATUS-ratus penyokong yang begitu emosional atas kematian pengebom Bali bertempur dengan pihak polis hari ini sebaik sahaja dua jenazah pengebom tersebut tiba di kampung halaman mereka, hari ini.

Ini menyebabkan beratus-ratus polis yang lengkap bersenjata gagal untuk mengawal hampir 500 orang yang mengerumuni ambulans yang membawa pulang jenazah Amrozi dan abangnya, Mukhlas.

Para penyokong tersebut kemudiannya melepaskan geram sambil bersorak “Jihad!” dan “Berambus!” terhadap pihak polis yang terpaksa meninggalkan tempat kejadian.

Keadaan yang sama berlaku di pekan Serang di Barat Jawa apabila keranda yang bertutup dengan kain hitam bertulis ayat-ayat al-Quran membawa jenazah Imam Samudra diarak sepanjang jalan dari sebuah masjid menuju ke tanah perkuburan.
"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya.

Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini.

Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat.

Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:

"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka," katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama semalam menyebut sejak Mahkamah Agung Indonesia memutuskan hukuman mati itu akan dilaksanakan pada awal bulan dan tidak akan melepasi 15 November, media massa tempatan baik cetak mahupun elektronik dan TV tidak putus-putus melaporkan pelbagai aspek pelaksanaan hukuman tembak itu.

Berpuluh wartawan tempatan dan asing sudah menunggu sejak beberapa hari lepas di pelabuhan menuju ke pulau itu dan di kampung halaman lelaki yang mereka istilahkan sebagai 'Pengebom Bali' itu.

Semalam keluarga seorang daripada pesalah itu, Amrozi, dilaporkan telah bertolak dari kampungnya di Lamongan, Jawa Timur menuju ke penjara Nusakambangan di Cilacap Jawa Tengah.

Laporan media massa tempatan menyebut mereka yang diiringi dua pegawai pemerintah ialah kedua-dua isteri Amrozi iaitu Choiriyana dan Rochma, juga kedua-dua isteri seorang pesalah lagi, Muklas, iaitu yang dikenali hanya dengan nama Paridah yang berasal Malaysia dan Ana dari Solo, Jawa Tengah.

Seorang anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan dua adik beradik kandung Amrozi juga turut berangkat.

Petanda ke arah dekatnya pelaksanaan hukuman mati itu sudah cukup banyak dilaporkan termasuk persiapan tiga buah helikopter oleh pihak berkuasa untuk membawa jenazah ketigatiga mereka ke kampung halaman masing-masing dan keterangan keluarga Amrozi bahawa mereka dilarang mengkafankan semula jenazah itu.

Di kampung halaman Amrozi pula, pihak keluarganya malah mengeluarkan pas khas yang menurut TV tempatan diberi label "Kafilah Syuhahad" untuk memastikan wartawan yang akan membuat liputan benar-benar wartawan.

Panjangnya waktu yang diambil untuk melaksanakan hukuman mati itu membuat banyak pihak tertanyatanya dan terbaru ialah tokoh terkemuka dari Parti Amanat Nasional, Amien Rais.

Menurut agensi berita Antara, keraguan Amien itu berpunca daripada sikap pemerintah Indonesia yang tidak kunjung tiba memberi kepastian tentang pelaksanaan hukuman mati itu.

"Saya menilai pemerintah ragu-ragu dalam menentukan sikap eksekusi ini.

"Masakan kes yang sudah berlangsung enam tahun dan hukumannya telah jelas dijatuhkan masih juga menjadi misteri, ini dunia yang aneh," katanya, yang menambah bahawa keraguan pemerintah itu membuat masyarakat tertanya-tanya.

Beliau meragui kemampuan Amrozi dan rakan-rakannya membuat bom sebesar yang digunakan di Bali itu dan mendesak pemerintah mencari dalang yang sebenarnya.

Belum dapat dipastikan sehingga malam ini sama ada semua petanda itu menunjukkan hukuman mati ke atas mereka, yang turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa terutama keluarga rakyat asing yang mati dalam tragedi itu, akan dilaksanakan dinihari esok. /AFP/BERNAMA





Jenazah As-syahid Imam Samudera semasa tiba di perkampungannya lewat pagi tadi...

05 November 2008

Warga Berkulit Hitam..Buktikan Pada Dunia..


Salam....Sejarah Tercipta dilapangan Politik Dunia,Gabenor Illinois Senator Barrack Obama telah pun disahkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru menggantikan Presiden George W Bush..Diharapkan kejayaan Obama ini juga memberi harapan baru kepada hubungan dua hala antara dunia Islam dan Barat yang sebelum ini agak tegang di bawah pemerintahan George W Bush.

Namun,yang menariknya adalah Barrack Obama ialah Presiden Amerika Syarikat yang pertama bukan berkulit putih,umum masyarakat dunia mengetahui Amerika pernah menindas golongan berkulit hitam dan sentimen itu masih lagi menebal terutamanya di negeri New Orleans.

Ajaibnya,Rakyat Amerika mengetepi sentimen itu kerana tertarik dengan dasar yang dibawa Barrack Obama antaranya menarik balik tentera di Iraq dan Afganistan selepas 14 bulan pemerintahannya,erm...ya atau tidak belum dapat dibuktikan,tetapi adalah menjadi harapan rakyat dunia ingin melihat Dunia ini aman setelah dikucar-kacirkan anak dajal George Bush.

Sekali lagi,diharap gandingan Obama dan Naib Presiden Joe Biden dapat merapatkan kembali jurang pemisah antara Islam dan barat yang agak rengang ketika ini..


Disebelah lapangan berbeza,satu lagi manusia kulit Hitam Lewis Hamilton baru sahaja dinobatkan selaku juara F1 termuda dan kulit hitam pertama,walaupun di lapangan sukan permotoran Hamilton tidak terkecuali diejek kerana berlainan warna kulit.Namun,itu semua tidak mematahkan semangat hamilton menjadi pelumba no1 dunia pertama berkulit hitam yang menang .
Mungkin siapakah selepas ini yang akan menjadi sejarah????

22 Oktober 2008

Berdakwahlah...Jangan kau berhenti ?

Berdakwahlah...jangan kau berhenti ? inilah peringatan pada diri saya dan sabahat-sahabat seperjuangan dia luar sana..memang berat berdakwah ini,musuh utama ialah syaitan dan iblis yang sentiasa memberikan was-was dalam diri ini...benar bukan mudah menyebarkan risalah allah ini pada individu dan masyarakat..tapi adakah perlu berhenti di tengah jalan dan patah kembali ke asal ? insyaallah...TIDAK, saya yakin pada diri saya dan sahabat-sahabat yang menjalankan kerja dakwah memperbetulkan masyarakat tidaklah berdakwah sekerat jalan,walaupun seberat BUMI dugaan yang diturunkan,sehingga bergetar hati dan jiwa namun ia semua adalah dari Allah s.w.t dan perlu juga dipikul sebagai amanah demi menyelamatkan individu atau masyarakat yang didakwah.. Allahuakbar!!!!!!!!!!

Berdakwah adalah satu tugas mencabar dan penuh liku. Ada kalanya kehadiran seorang pendakwah di tengah masyarakat selalunya tidak diterima dengan baik. Bahkan ada beranggapan mereka sebagai golongan pengganggu hak asasi individu, kelompok ketinggalan zaman, berpemikiran jumud dan bermacam lagi kata berbentuk celaan dan cercaan.
sentiasalah bersabar ketika menghadapi rintangan sebegini dan meneruskan usaha dakwah demi mencapai balasan baik daripada Allah s.w.t.

Sesungguhnya rasul juga melalui rintangan perit seperti dihadapi sesetengah pendakwah masa kini dan mereka tetap bersabar. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, rasul sebelummu pernah didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang yang mendustakan dan menyakiti mereka sehingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Dan sememangnya tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah Allah (janji-Nya). Dan sesungguhnya sudah datang kepadamu sebahagian daripada berita rasul itu.” (Surah al-An’am, ayat 34)

Bersabar bukan bermaksud pendakwah hanya berdiam diri ketika kemungkaran berlaku di depan mata. Tetapi, dakwah hendaklah tetap dilakukan dengan penuh kebijaksanaan dan sikap lemah lembut. Selain itu, kita tidak perlu bersedih apabila dakwah seakan-akan tidak berjaya tetapi hendaklah bersabar kerana perubahan ke arah kebaikan tidak akan berlaku sekelip mata kecuali jika di kehendaki Allah. Hendaklah yakin bahawa tugas seorang pendakwah hanyalah untuk menyampaikan ajaran Allah dan rasul-Nya namun hanya Allah yang menentukan siapa selayaknya menerima hidayah itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk.” (Surah al-Qashash, ayat 56)

Ayat itu diturunkan selepas Abu Talib menemui ajalnya dalam keadaan tidak beriman kepada Allah. Rasulullah S.A.W amat mengasihi bapa saudaranya itu kerana dia sentiasa melindungi Baginda s.a.w daripada ancaman golongan Quraisy di Makkah walaupun Abu Talib tidak menerima risalah dibawakan Baginda s.a.w. Ketika Abu Talib sedang nazak, Baginda s.a.w menyeru kepadanya untuk mengucapkan kalimah syahadah berulang kali. Namun Abu Talib tetap berpegang dengan agama nenek monyangnya sehingga beliau meninggal dunia.
Rasulullah s.a.w begitu sedih dan kecewa lalu baginda s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sungguh akan aku mohonkan keampunan untukmu selama aku tidak dilarang.” Lalu Allah menurunkan firman-Nya yang bermaksud: “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang musyrik.” (Surah al-Taubah, ayat 113)

Begitulah Allah ingin menekankan bahawa seorang nabi yang maksum serta sentiasa berada di bawah bimbingan wahyu Ilahi juga tidak dapat memberikan hidayah kepada sesiapa pun kecuali dengan kehendak Allah. Oleh itu, kepada seorang pendakwah jangan berasa gusar apabila usaha anda seakan-akan tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak. Hanya Allah saja yang berkuasa untuk menentukan siapa daripada kalangan hamba-Nya yang berkeinginan untuk menerima kebenaran. Tugas pendakwah adalah terus menyebarkan seruan Ilahi tanpa perasaan putus asa.
Apa yang penting hendaklah pendakwah melaksanakan tugas mereka dengan cara yang bijaksana. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih Mengetahui orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dia juga yang lebih Mengetahui orang yang mendapat hidayah.” (Surah al-Nahl, ayat 125)

Pendakwah hendaklah sentiasa memikirkan apakah natijah yang akan muncul akibat daripada tindakan diambilnya ketika berdakwah. Mereka juga hendaklah jangan terlalu ghairah serta tergesa-gesa untuk membawa pihak diseru ke jalan yang benar. Dakwah hendaklah dibangunkan atas dasar ilmu berlandaskan al-Quran dan sunnah. Dakwah tanpa ilmu pasti akan menjuruskan ke arah kesesatan dan sikap ekstrim. Oleh itu, pendakwah perlu mempunyai ilmu pengetahuan. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, yang mana aku dan pengikutku menyeru manusia kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik) dan aku sama sekali tidak termasuk golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun.” (Surah Yusuf, ayat 108)

Dakwah hendaklah terbina atas dasar menyatukan umat dan memupuk perasaan saling mencintai antara umat Islam. Kita hendaklah memupuk tali persaudaraan melalui dakwah seperti mana firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Pendakwah hendaklah menghindari corak dakwah yang keras sehingga pihak lain beranggapan pendakwah lebih cenderung untuk mencari kesalahan daripada memberi nasihat yang akhirnya akan memecah-belahkan umat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, mencintai kelembutan. Dia memberikan apa saja kepada orang bersifat lemah-lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersifat kasar dan juga orang yang tidak bersifat begitu.” (Hadis riwayat Muslim)

Apabila segala langkah yang sepatutnya sudah diambil dalam kegiatan dakwah, serahkan kepada yang maha Esa untuk memberi hidayah kepada hamba-Nya yang terpilih kerana sesungguhnya barang siapa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan dan barang siapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali Allah. Sebagai seorang pendakwah perkara paling pokok adalah tidak ada alasan putus asa dan berhenti ditengah jalan kerana tidak tahan menanggung dugaan,kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu tahu mengapa ia memberikan sedemikian rupa pada kita..

"Yaa Allah berikanlah kekuatan pada jiwa aku dan sahabat-sahabatku dalam berdakwah,Yaa Allah janganlah engkau membalik-balikan hati kami terhadap jalan mu,kami takut azabmu yaa allah yang maha perkasa,Yaa Allah berilah kami taufik dan hidayah dalam menjalan dakwah dan berilah taufik dan hidayah kepada yang didakwah yaa allah,sesungguhnya kau maha pengasih yaa allah,hanya pada mu sahaja hidayah ini yaa allah..Yaa allah bantulah kami mengahadapi dugaan ini yaa allah,janganlah kau patahkan semangat kami yaa allah,kami redho dugaanmu yaa allah,kami tahu ada hikmah darimu dari apa yang diperturunkan yaa allah,..Yaa Allah yang yaa Tawwab yaa ghaffar kau ampunkanlah kami yaa allah,ampunkanlah juga ibubapa kami yaa allah,isteri-isteri,dan anak-anak kami yaa allah...sesungguhnya kami takut azab api nerakamu yaa allah..

Yaa allah sesungguhnya terimalah amalan kami sebagai ibadah yaa allah,yaa allah kabulkanlah doa dan impian kami yaa allah,sesungguhnya kau Tuhan yang maha penyurnia dan yaa allah kau maha pemberi yaa allah..."

wallahua'lam

09 Oktober 2008

Umar Ibni Abdul Aziz - Pergimu tiada pengganti..

"Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali.

Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka.

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakinmeninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan.

Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu.

Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah” Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil.

Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab r.a. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II.

Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji.

Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.”

Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam BaitulMal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri.

Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik BaitulMal.Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama.

Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat.

Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi.

Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata.

Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali.

Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

08 Oktober 2008

Berhala atau Replika

Salam...

Hmm...besar sungguh replika gergasi yg diperbuat dari papan yang menggambarkan ikon rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves..replika gergasi ini diusahakan oleh ahli-ahli PKR Bahagian Gombak bagi menyemarakan lagi semangat rakyat keatas kepimpinan pemimpin paling popular di Malaysia ini..

Namun...replika gergasi ini tiba-tiba menjadi hangat kerana ianya dianggap seperti patung/berhala pemujaan yang menDEWA-DEWAkan Datuk Seri Anwar...kenyataan ini disuarakan oleh salah seorang Naib presiden UMNO didalam akhbar lidah rasmi kerajaan,UTUSAN..nampaknya UMNO sudah mula sensetif pasal agama Islam..alhamdulillah.

Ia bertambah hangat lagi,apabila Mufti Paling "famaus" DiMalaysia, Sahibus Samaah Dr Mohamad Asri (Mufti Perlis) menegur PKR Gombak dengan berkata replika ini "membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan dengan segera",

Disaat bertubi-tubi media arus perdana mempertikaikan kewajaran Replika Gergasi Datuk Seri Anwar ini, Pemuda PAS Selangor melalui ketuanya Ustaz Sallehin Mukhyi berpendapat replika gergasi (imej ) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.

"Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh. "Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar," kata ketua dewan itu Ustaz Sallehin Mukhyi.

mengulas kenyataan Mufti Perlis, Ustaz Sallehin berkata "Boleh jadi mufti (Perlis) patut datang tengok sendiri (replika itu)."

Namun,pada pandangan peribadi saya,tidak salah apapun,benar ia hanyalah sebuah imej sahaja sama seperti imej-imej di BillBoard-BillBoard lain yang di tayangkan dan dipaparkan di papan-papan iklan di sepanjang jalan dan banggunan besar..dan pada saya kenapa Poster imej Gergasi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di banggunan Maju Juntion dan dibanggunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang lebih besar gergasinya tidak dianggap satu pemujaan dan tidak terdengar pun suara-suara prihatin yang memperjuangkan ianya berhala dan pemujaan..

ini terjadi kerana gambar atau imej Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menteri tidak salah di hamparkan walaupun ianya sebesar banggunan dan setinggi KLCC sekalipun kerana ianya imej untuk tatapan rakyat dan bukan berhala untuk pemujaan..sama juga dengan replika Datuk Seri Anwar ini,ia nya imej bagi tatapan rakyat (cuma ia dibuat dari papan bukannya poster mahupun kain).. yang menyokong aspirasinya untuk membangkitkan semangat..pada saya tidak usahlah di polimikan isu replika Datuk Seri Anwar ini..

media arus perdana cukup pantas membantai PKR kerana menDewa-Dewakan Datuk Seri Anwar tetapi media arus perdana terButa dan terlupa hukum bahawa lebih Haram meletak kalungan bunga di Tugu Negara itu..Manusia dikurniakan Allah akal,maka gunakanah akal untuk menilai..

Saya ternanti-nanti sebenarnya komen dari Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi tentang perkara ini...sebaik-baiknya jika berlaku khilaf kita berbalik semula pada al-quran dan al-hadis..dan kita terima pandangan ulama yang arif..

wallahua'lam

06 Oktober 2008

Semua Manusia Adik-Beradik


Oleh : Mursyidul Am PAS.
Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh)

Semua manusia seluruh dunia adalah "adik-beradik sebenarnya" tidak kira bangsa sama ada Arab, Melayu, Cina, India, Amerika atau Orang Asli kerana semua mereka adalah adalah anak cucu Adam a.s dan Hawa, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya sempena Eidulfitri.
"Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam. "Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.
"Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan. "Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama. "Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama," kata Tuan Guru.

Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: "Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w. "Semuanya ini berupa pengabdian," katanya lagi.

Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan "untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia". Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.

"Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya," kata Tuan Guru

Perutusan Aidilfitri TG Presiden

04 Oktober 2008

Salam Fitrah Zahir dan Batin

Salam aidilfitri kepada semua pengunjung..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang mentadbir alam ini cukup cantik dan teratur dengan penukaran bulan ke bulan..akhirnya semua umat Islam diseluruh dunia telahpun selesai menyambut hari raya aidilfitri..

Erm..walaupun ada negara yang menyambut pada 30 september,1 oktober,ataupun 2 oktober namun ia tetap satu syawal kepada yang mengakuinya..tidak mengapalah,kita yang di Malaysia ini menyambut pada 1 oktober 2008..alhamdulillah selesai sudah berpuasa zahir dan batin di bulan ramadan kini tibanya syawal..

Bulan Syawal juga antara bulan mulia kerana didalamnya ada Hari Raya Aidilfitri,sesetengah orang gembira menyambutnya dan ada juga yang sedih..bukan sedih kerana syawal tetapi kerana keberkatan ramadan itu berakhir..adakah sempat mahupun tidak sampai ke ramadan akan datang hanya allah s.w.t yang tahu..jika ditakdirkan allah ramadan lepas adalah yang terakhir,saya berharap diri saya mahupun rakan-rakan berjaya mengkaut banyak hasil di ramadan lepas..

namun ramadan telah pergi berlalu dengan pantas..Syawal muncul dan raikan syawal juga adalah satu tuntutan dalam islam...bulan syawal ini juga digalakan kita bermaaf-maafan sesama kita,jika tersilap atau terkasar kata sepanjang perkenalan dan juga digalakan kunjung-mengunjung antara satu sama lain..

Namun,apa yang ingin saya beritahu ialah jika ingin kunjung mengunjung itu dahulukanlah syariat lepas itu baru adap sebagai tetamu..mungkin ramai tidak sedar dan menganggap perkara sebegini remeh..kunjung mengunjung di bulan syawal adalah salah satu ibadah dalam islam..jika ibadah bermakna ia terikat dengan syariat dan tatacaranya..adakah dikira ibadah jika kita pergi berhari raya dengan keadaan membuka aurat,masih lagi bersalam dengan bukan mahram,dan masih lagi mengadakan dan menggalakan aktiviti maksiat..jika ini masih lagi membelenggu dalam diri kita maka tiada erti kunkung mengunjung itu..malah berdosa..

Sebagai Islam kita kena beringat "Hari Raya Aidilfitri" ini adalah perayaan bagi Agama ISlam bukan perayaan bagi Bangsa Melayu..selain dari orang Islam adalah tidak layak mennyambutnya malah berkongsi Hari Raya dengan kita (orang islam)..tetapi jika ingin raikannya tidak menjadi masalah tetapi syariat tetap kena letak dihadapan bukan dibelakang..

Disini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" dan maaf zahir dan batin atas kesilapan dan kekasaran saya sepanjang mengenali diri rakan-rakan..kepada rakan-rakan yang bersedih di hari raya ingatlah "Allah S.w.t sentiasa bersama hamba-hambanya yang sabar"

Disini marilah kita sama-sama kembali kepada Fitrah asal kita yang suci tiada dosa..Mulakan Buku baru dengan amalan-amalan yang terpuji dan amalan yang dipandang mulia disisi masyarakat lebih lagi disisi Allah s.w.t

26 September 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri
...Maaf Zahir dan Batin Dari saya sepanjang perkenalan kita secara langsung ataupun secara tidak langsung...diharap ramadan yang bakal berakhir ini berjaya mentarbiyah jiwa dan nafsu kita..Syawal yang akan tiba diharap satu reformasi berlaku kepada diri kita ke arah kebaikan dari segi ibadah kepada Allah S.W.T....ingatlah Ramadan yang ditinggalkan bukanlah seseuatu yang menyoronokan,berdoalah agar Allah mengizinkan kita bertemu dengan Ramadan lagi tahun hadapan..Syawal yang tiba janganlah diisi dengan kemaksiatan kepada Allah..batas pergaulan perlulah dijaga,barulah unsur tarbiyah ramadan itu berjaya...kepada pengunjung setia blog saya diucapkan terima kasih dan selamat hari raya terutama kepada ar-rash dan Kim_ran yang kerap mengunjungi dan tidak lupa juga pada semua yang pernah melawat blog ini..Maaf Zahir Dan Batin Dan Maya...haha...

23 September 2008

Tiga Perkara dikabulkan Doa

Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.

Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:
"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?" "Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.


Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."

Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.

"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.

"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.

"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya".

Pengajaran :-

Tiga syarat doa terkabul ialah :

1-Bersihkan harta dari yang haram.
2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.
3-Bertaubat selalu.

20 September 2008

Mungkinkah Lim Guan Eng Lebih Layak !!!

Mungkinkah Lim Guan Eng Lebih Layak !!!

Seorang kawan yang berasal dari Pulau Pinang bercerita kepadaku tentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau menyatakan, banyak cerita-cerita menarik yang berlaku pada Lim Guan Eng, menyebabkan Lim Guan Eng kini merupakan Ketua Menteri yang disayangi oleh rakyat, sama ada dari kalangan melayu, cina mahupun India.

Antara cerita-cerita itu adalah seperti berikut;

CERITA SATU

Diceritakan, Lim Guan Eng sudah ditawarkan untuk mendapat "Dato' Seri", tetapi ditolak mentah-mentah oleh beliau dengan alasan, beliau mahu jadi macam Omar Abdul Aziz. Memandangkan gelaran Dato' Seri itu tidak diterima oleh beliau, menyebabkan beliau mencadangkan gelaran itu diberikan kepada Wan Azizah yang ketika itu ahli Parlimen Permatang Pauh.

CERITA DUA

Begitu juga, Penanti yang merupakan DUN Timbalan Menterinya dilihat seperti kurang diambil perhatian oleh Fairus. Beliau mengetahui masalah rakyat di DUN Penanti, menyebabkan beliau telah bertindak turun padang bersama isterinya dengan menaiki kereta Estimanya yang dipandunya sendiri.Apabila ada sebilangan rakyat Penanti bertanya tentang Fairus, beliau hanya menjawab bahawa Fairus sibuk di Kuala Lumpur, walaupun pada masa itu, Fairus memang ada di Pulau Pinang pun.

CERITA TIGA

Juga, ketika beliau turun di salah satu Parlimen (tidak perlu disebut Parlimen mana) yang didakwa kononnya rakyat di sana agak marah dengan YB mereka disebabkan kurang turun padang berjumpa rakyat.

Beliau telah turun di sana tanpa memaklumkan kepada sesiapa pun. Setelah keletihan berjalan mengelilingi Parlimen tersebut, beliau berehat di sebuah kedai makan melayu untuk minum teh. Sedang minum, dua orang suami isteri yang agak tua telah terperasan Lim Guan Eng, tetapi tidak menyangka bahawa ianya adalah Lim Guan Eng.

Mak Cik itu berkata kepada Lim Guan Eng, bahawa mukanya macam Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang. Sambil tersenyum Lim Guan Eng berkata, bahawa namanya memang Lim Guan Eng pun.

Tanpa disedari lagi, Mak cik itu berkata lagi bahawa tak sangka dalam Pulau Pinang ini, ada manusia yang mukanya serupa Lim Guan Eng dan namanya pun serupa.

Lim Guan Eng ambil kad pengenalannya, dan memberikan kepada mak cik itu, dan tunjuk mukanya, kemudian menyebut bahawa dia memang Ketua Menteri Pulau Pinang.

Mak Cik dan Pak Cik itu terkejut, kerana tidak disangka-sangka bahawa manusia yang mereka jumpa itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kehadiran beliau di kedai makan itu tanpa disedari oleh mana-mana orang pun, demi melihat masalah rakyat di Pulau Pinang.

CERITA EMPAT

Diceritakan juga, Lim Guan Eng pada awal perlantikan beliau menjadi Ketua Menteri, orang-orang melayu agak tidak melayan beliau dikala beliau turun padang. Memandangkan keadaan ini berlaku, menyebabkan beliau mengarahkan segala jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri agar turun berjumpa dengan rakyat bawahan, untuk mendengar masalah rakyat, seperti masalah kemiskinan, masalah tanah tidak bergeran dan sebagainya.

Apabila segala jabatan-jabatan ini turun, menyebabkan ramailah rakyat yang turun untuk memberi aduan kepada mereka.

Dalam majlis itu, beliau berucap dan menyatakan bahawa, beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, kalau rakyat benci kepada beliau, boleh ditukar dalam pilihanraya akan datang. Tetapi sekarang, rakyat terpaksa terima beliau sebagai Ketua Menteri. Dan kini, kedatangan beliau adalah untuk mendengar masalah rakyat, dan beliau akan berusaha segala kemampuan yang boleh untuk menyelesaikan masalah rakyat disitu.

CERITA LIMA

Dalam pemerintahan di Pulau Pinang, beliau agak memanjakan orang melayu berbanding bangsa dia sendiri.
Ini dapat dibuktikan dengan tindakan beliau berjumpa dengan masyarakat melayu, dan menyatakan bahawa beliau mahu hidupkan balik sekolah agama rakyat di Pulau pinang, tetapi dalam masa yang sama, beliau mahu hidupkan sekolah untuk orang cina dan India. Kalau orang melayu tidak izinkan beliau bangunkan sekolah untuk orang cina dan India, maka sekolah agama rakyat pun dia tak mahu majukan.

CERITA ENAM

Dulu Mat Sabu (Naib Presiden PAS) ada bercerita bahawa beliau pergi berjumpa dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Asal pertemuan hendak dibuat di kediaman rasmi ketua Menteri, tetapi di tolak Lim Guan Eng. Kemudian Lim Guan Eng mencadangkan agar pertemuan itu dibuat di salah sebuah kedai mamak di Pulau Pinang, tetapi di tolak oleh Mat Sabu. Yang akhirnya, pertemuan itu berlaku di rumahnya yang asal, iaitu di rumah kediamannya sebelum dia menjadi Ketua Menteri lagi.

Dalam pertemuan itu, Mat Sabu menyebut bahawa Lim Guan Eng semuanya sudah bagus, mengikut ciri-ciri pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, cumanya beliau agak kekurangan disebabkan beliau tidak masuk Islam lagi.

Mendengar kata-kata Mat Sabu itu, Lim Guan Eng menyebut, "tunggu ayah saya mati dulu".

PENUTUP

Cerita-cerita Lim Guan Eng ini, mengingatkanku kepada kejadian yang berlaku pada ayahku sendiri, yang ketika itu aku baru darjah empat.

Ayahku seorang bilal surau ketika itu, tetapi masih lagi "bermazhab UMNO". Setelah selesai azan, beliau melihat seorang tua sedang menunaikan solat sunat, yang mukanya seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ayahku tidak menyangka demikian, kerana kedatangan beliau pada ketika itu dengan berpakaian jubah, berserban dan menaiki kereta biasa sahaja.

Setelah solat fardu ditunaikan, ayahku bertanya kepada orang tua itu, bahawa mukanya macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Orang tua itu terus berkata, memang dia adalah Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Mendengar itu, ayahku terus cium tangan Tuan Guru Nik Aziz, dan kini Alhamdulillah, ayahku bukan lagi orang UMNO (melayu harbi) lagi, tetapi seorang berkeahlian PAS.

Keadaan ini amat sama berlaku pada Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.
Kalau kita hadiri ceramah pada 15 september di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kita akan dapat lihat perbezaan antara pemimpin-pemimpin parti berucap pada malam itu.

Yang peliknya, Lim Guan Eng seorang sahaja yang menyebut bahawa "kita mahu kerajaan yang bertawakkal kepada Tuhan dan kerajaan yang melaksanakan Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar".

Melihat kepada karisma Lim Guan Eng, padaku, kalau Lim Guan Eng masuk Islam, orang yang lebih layak Menjadi Perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim tetapi Lim Guan Eng, itu pun kemungkinan ketika itu nama beliau adalah "Muhammad Lim Guan Eng".
Sekian, Wallahua'lam



Sumber:-http://www.pasjohorbahru.com/?p=4&no=366

19 September 2008

Lima Puluh Amalan Terbaik Dalam Hidup

1. Sesiapa yang berwudhuk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwudhuk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati , mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi Muhamad S.A.W. membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya - Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih
dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi Muhamad SAW apabila berwudhuk, beliau membasahi janggutnya - Tirmizi.

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan - Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan : Aku lihat Nabi Muhamad SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah) - Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wudhuk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadis : Sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya - Abu Daud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi Muhamad S.A.W seri ng menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

19. Nabi tidak makan sambil bersandar - Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isya ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

21. Nabi Muhamad S.A.W. seri ng beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. memohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman mus uh serta bahaya fitnah..

24. Apabila Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA.

26. Ketika Nabi Muhamad S.A.W. tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh) mohon perlindunganNYA) - Bukhari.

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.

28. Wudhuk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwudhuk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya Syaitan yang melalaikan.

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis : Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari.

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

32. Adakalanya Nabi Muhamad S.A.W amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Daud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati , sesiapa yang berhajat menemui Nabi Muhamad S.A.W dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Setelah bersolat Nabi Muhamad S.A.W. mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali ? - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.

35. Nabi Muhamad S.A.W. seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari.

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang .

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadis : Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Daud.

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.

39. Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim.

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis : nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari.

41. Sesiapa yang seri ng mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis : Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis : Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sebagai tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih.

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tidak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain.

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi seri ng melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu daud.

46. Membaca selawat 1,000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya.

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tidak berjawab, beliau beredar.

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadis : Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah - Ad-Dailami.

50. Para ulama berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

16 September 2008

Kemaatian Yang Tidak Diundang...

Manusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia, dikuasai oleh hawa nafsu dan hidup dibelenggu dengan perbuatan maksiat amat sikit bahkan mungkin juga sama sekali tidak mengingati bahawa malaikat maut pasti akan datang membawa perintah Allah S.W.T untuk meragut nyawanya.

Sekiranya golongan ini mengingati kematian, pasti mereka bukan ketakutan atau bersedih hati kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapinya di alam akhirat kelak, tetapi ia gusar mengenangkan harta-bendanya serta segala kemewahan dunia yang bakal ditinggalkannya.

Firman Allah S.W.T.:- Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. ( Aali `Imraan :3 : 185)

Ketahuilah bahawa kematian pasti akan tiba terhadap seluruh umat manusia tanpa mengenal erti bangsa, kedudukan dalam masyarakat, kekayaan harta benda mahupun golongan yang dilihat gagah perkasa. Tiada sesiapa pun yang boleh melarikan diri dari menghadapi maut.

Apabila telah ditetapkan waktu kematian bagi seseorang maka ianya tidak akan tertunda atau dipercepatkan walaupun sesaat. Firman Allah S.W.T.:-
Katakanlah (wahai Muhammad), "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya) ". (Al-Jumu'ah :62: 8 )

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)". (Nuh :71 : 4)

Dengan mengingati kematian maka kita akan lebih berwaspada dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Kita akan sentiasa berusaha untuk menurut perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya dan meninggalkan segala larangannya kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita.

Dengan mengingati kedatangan kematian ianya boleh menyebabkan kita teruja untuk membuat persiapan yang rapi untuk menghadapinya nanti. Oleh itu Islam amat menganjurkan agar kita sentiasa mengingati tentang kematian.

Di antara cara-cara yang terbaik untuk mengingati kematian adalah seperti berikut:-

a) Kita menegenangkan ahli keluarga kita, sahabat handai kita mahupun sesiapa sahaja yang boleh mempengaruhi hidup kita yang telah terlebih dahulu meninggal dunia. Kita kenangkan mereka semasa hidup dahulu mungkin memiliki harta kekayaan yang banyak, jawatan yang besar serta disanjung masyarakat tetapi kini dibiarkan keseorangan di dalam kubur. Hartanya, kedudukannya serta sanjungan orang ramai tersebut kini telah terpisah darinya. Rentetan dari itu hendaklah kita serapkan dijiwa kita bahawa kematian juga pasti akan menjemput kita dan kita juga bakal akan keseorangan di alam kubur.

b) Hendaklah kita menziarahi kubur kerana ianya dapat membantu kita untuk mengingati bahawa kita juga akan menghadapi nasib yang serupa dengan ahli kubur tersebut.

"maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian.(Hadis riwayat Imam Muslim")

Malah doa yang disunnahkan ketika menziarahi kubur juga mengingatkan yang sedang berdoa bahawa dia juga bakal menyertai ahli kubur tersebut di masa hadapan. Di antara doa-doa tersebut adalah:-

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. - (Hadis riwayat Imam Muslim, )

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. ( Hadis riwayat Imam Muslim).

c) Islam juga menganjurkan kita untuk menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengkebumian seorang Muslim yang lain kerana sedikt-sebanyak perkara-perkara tersebut dapat mengingatkan kita tentang kematian.

Al-Barra' bin `Aazib r.a berkata:- Rasulullah s.a.w. menyuruh menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazah, menyambut doa pada orang bersin, menepati sumpah, menolong orang yang teraniaya, mendatangi undangan dan menyebarkan salam. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Menyedari bahawa mengingati kematian ini dapat membawa nilai-nilai yang positif terhadap setiap insan maka terdapat banyak dalil yang menganjurkan manusia agar selalu ingat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian" (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Namun begitu mengingati kematian bukan bermaksud kita mendoakan agar dipercepatkan kematian terutamanya ketika kita ditimpa musibah kerana perbuatan tersebut adalah dilarang oleh syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w.:- Janganlah seseorang itu menginginkan mati kerana bala yang menimpanya, tetapi jika dia terpaksa menginginkan kematian maka hendaklah membaca (doa): "Ya Allah, lanjutkanlah hidup saya sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan segeralah matikan saya sekiranya mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Mengingati kematian sekadar meyakini bahawa lambat laun ajal kita pasti akan ditamatkan dan kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi maut. Rasulullah s.a.w. juga telah mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia yang paling bijaksana.

Dari Ibnu `Umar dia berkata:- Aku bersama Rasulullah s.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepada baginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w. lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab:- Yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik? Baginda menjawab:- Yang paling banyak mengingati kematian di antara mereka, dan yang paling bagus persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik. ( Riwayat Imam Ibnu Majah)

Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa bagi seseorang yang sedang menghadapi kesulitan hidup. Ia akan menimbulkan kesedaran bahawa dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya kekal abadi selama-lamanya.

Bagi mereka yang dianugerahkan dengan kesenangan dalam kehidupan, maka mengingati kematian dapat menjauhkannya dari segala kerlipan serta godaan duniawi. Kematian akan menyedarkannya bahawa segala kesenangan berbentuk duniawi itu tidak kekal dan dia bakal akan berpisah darinya.

Hanya kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkan jiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia itu demi untuk mencapai kebahagian di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w.:- Perbanyakkan mengingati pemutus kenikmatan iaitu kematian, kerana sesungguhnya tidaklah seseorang yang mengingatinya di waktu sempit kehidupannya, kecuali (mengingati kematian) itu melonggarkan kesempitan hidup atas orang itu. Dan tidaklah seseorang mengingatinya di waktu luas (kehidupannya) , kecuali (mengingati kematian) itu menyempitkan keluasan hidup atas orang itu. ( Hadis riwayat Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami' al-Saghir no: 1400.)

Oleh itu dengan menyedari setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi maut dan maut itu akan datang pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T. tanpa penangguhan mahupun dipercepatkan waktu kehadirannya, pasti ianya akan menimbulkan semangat untuk segera melakukan amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sekiranya seseorang itu menangguh-nangguhka n untuk melakukan amalan yang soleh dan ternyata ajalnya tiba ketika sedang asyik melakukan maksiat maka dia termasuk orang yang merugi dan bakal mendapat balasan yang buruk di akhirat kelak.

Firman Allah S.W.T.:- "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) . Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh". Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan- Nya mengenai segala yang kamu kerjakan". ( al-Munaafiquun :63 : 9-11)

Justeru itu setiap umat Islam seharusnya memanfaatkan seluruh kehidupannya dengan cara yang terbaik iaitu dengan mengerjakan segala amalan yang diperintah oleh Allah S.W.T. dan Rasul-Nya dan meninggakan larangan-Nya sebelum ditimpa kematian.

Dari `Abdullah bin `Umar dia berkata:- Rasulullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda:- Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah seorang yang asing atau seorang musafir. Dan Ibnu `Umar menyatakan: Jika engkau masuk waktu subuh, maka janganlah engkau menanti senja. Jika engkau masuk waktu senja, maka janganlah menanti subuh. Ambillah dari kesihatanmu untuk sakitmu dan ambillah dari hidupmu untuk matimu. ( Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Oleh itu diwaktu badan kita sedang sihat ini hendaklah kita manfaatkan semaksimum mungkin untuk menjadi hamba yang beriman, bertakwa dan mengerjakan amal soleh. Mana tahu entah esok mahupun lusa kita ditimpa kecelakaan sehingga terpaksa hidup di dalam keuzuran sampaikan kita tidak mampu melakukan amalan-amalan yang soleh. Kita pergunakan hayat kita ini dengan menghindari perbuatan maksiat kerana mungkin entah esok mahupun lusa malaikat maut akan datang untuk mencabut nyawa kita sedangkan kita masih bergelumang dengan dosa.

Semoga penulisan ini akan mengingatkan diri kita semua terutamanya penulis sendiri akan kematian yang bakal tiba dan mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan keinginan kita untuk melakukan apa jua persiapan yang sewajarnya demi untuk menghadapi kematian tersebut.

Hamid al-Qaishari pernah berkata:- Kita semua telah menyakini kematian, tetapi kita tidak melihat orang-orang yang bersiap-sedia menghadapinya! Kita semua telah meyakini adanya syurga, tetapi kita tidak melihat orang yang beramal untuknya! Kita semua telah meyakini adanya neraka, tetapi kita tidak melihat orang-orang yang takut terhadapanya! Maka terhadap apakah kamu bergembira? Kemungkinan apakah yang kamu nantikan? Kematian! Itulah yang pertama kali yang akan datang kepadamu dengan membawa kebaikan atau keburukkan. Wahai saudara-saudaraku! Berjalanlah menghadapi Penguasamu (yakni Allah) dengan perjalanan yang bagus. (Mukhtashar Minhajul Qashidin, ms. 483, tahqiq Syaikh Ali bin Hassan al-Halabi.)

15 September 2008

Siapa

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia adalah sementara.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Antara situasi "standard" dan pelik malam ramadan

Salam ramadan karim...

alhamdulillah 15 hari sudah kita menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini..bulan dimana turunnya al-quran,bulan dimana terdapat satu hari yang lebih baik dari 1000 bulan,dan banyak lagi nama-nama gelaran bagi bulan ramadan ini..

Seperti biasa,amalan biasa rakyat malaysia dan dunia ISLAM umumnya akan bersolat tarawih di malam hari..dan seperti biasa juga menjelang masuk ke malam ke 16 malam ini dijangkakan indeks kedatangan jemaah akan berkurangan lagi..tidak seperti hari pertama,kedua dan ketiga yang mencatatkan jumlah kedatangan luar biasa,memasuki 15 malam terakhir memang diakui indeks kedatangan jemaah itu akan berkurangan..

Saya tidak pasti benda ini berlaku dinegara lain selain Malaysia ini,namun saya yakin jika dinegara arab jemaahnya konsisten,mungkin bukan orang arab yang bersolat dan ramai mengunjungi masjid tetapi orang-orang yg datang melawat dan ziarah kesana..

Namun ramadan tahun ini bolehlah dikatakan cara sambutan ramadan baru di Selangor..bukanlah saya mengatakan satu benda bidaah berlaku di Negeri Selangor ini,tetapi benda yang ingin disampaikan ini adalah suatu yang tidak pernah ada sejak dulu di bulan ramadan di selangor..Di Selangor pihak Jabatan Agama Islam buat kali pertamanya membenarkan tazkirah di sampaikan pada malam bulan ramadan,pada saya sebagai seorang yang hidup di Negeri ini adalah suatu yang pelik kerana jika dahulu seolah-olah haram tazkirah dibulan ramadan ini disini,katanya dulu "takut salah guna masjid jadi medan politik"

Pada saya nak takut buat apa,sepatutnya dari dulu lagi dah kena buat macam mana orang kelantan rasa tarawih diselang seli dengan tazkirah,sepatutnya pentadbir lama tidak perlu gerun dan goyang kerana memang yang ramai ke masjid pun di bulan ramadan "orang bulan" kerana ramai "orang keris" buka puasa dihotel..jadi buat apa nak takut salah guna masjid..kesannya sekaranglah??

semalam di tempat saya diadakan tazkirah selang 4 rakaat..namun apa yang menyedihkan,tatkala jemaah yang ramai bila sampai masa tazkirah hampir tiga suku jemaah hilang..kemana hilangnya?? tidak diketahui,adakah rasa kecewa tidak dapat meneruskan tarawih seperti biasa pun tidak diketahui?? adakah masjid berbahang kerana ramai jemaah?? pada saya tidak mungkin kerana masjid ditempat saya "air cond" dan masa itu pun hujan lebat diluar...kenapa jadi mcm ni?? jawapan dari saya ialah mereka "terkejut besar"..hahaha.. kerana tiba-tiba ada tazkirah,satu perkara aneh yang tidak pernah ada masa dulu-dulu,tapi diadakan sekarang gara-gara kerajaan baru menghalalkan..

Saya berharap malam ini dan malam-malam yang akan datang jemaah tidak terkejut lagi dengan adanya tazkirah,walaupun tazkirah yang disampaikan itu dah selalu kita dengar namun pada saya susuatu benda berkaitan islam itu tidak pernah bosan diperkatakan walaupun ia berulang 1000 kali pengucapannya..adalah suatu perkara baik dan terpuji yang dilakukan Jabatan Agama Islam kerana membenarkan tazkirah..

Namun,jauh dalam benak fikiran saya masih lagi merenung,kenapa jemaah makin kurang di malam-malam terakhir?? kenapa mereka jadi macam ini ?? adakah mereka tidak sedar ke,malam-malam terakhir ini banyak kelebihannya?? sedih.....namun inilah manusia,kena selalu ditarbiyah jiwa dan nafsu agar tidak lari dari landasan yang ditetapkan ALLAH..

wallahua'lam

10 September 2008

Ramadan peluang mengislah diri

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Umat Islam seluruh dunia wajib bersyukur kerana masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Apapun Ramadan memang benar-benar menjanjikan yang terbaik berupa amalan-amalan, yang bukan sahaja tidak dijanjikan pada bulan-bulan lain selainnya, malah setiap amalan itu pula diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ia bertujuan untuk menggalakkan umat agar suka beribadat untuk mencari keredaan Allah SWT.

Ditambah pula dalam Ramadan terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada allah SWT.

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan
Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

08 September 2008

Siapa Kata Orang Kopiah Putih tidak mampu..?

Salam Ramadan..

kurang beberapa jam dari waktu posting ini ditulis,keberangkatan DYMM Tuanku Sultan Selangor ke Masjid Al-ubudiah,taman tasik buat kali pertama bagi meraikan anak-anak yatim di kawasan sekitarnya.Seperti yang tertera di tajuk yang saya tulis "Siapa Kata Orang Kopiah Putih tidak mampu..?" saya memilih tajuk itu sebagai sindiran balas kepada puak bekas kerajaan alat penimbang kuno masyarakat dunia.

Masih segar dalam benak fikiran saya,puak yang tertonggeng tewas ini berkokok dan memekik kehulu kehilir mengatakan orang Taman Tasik (Ampang) sudah tolak tuah dengan mengundi parti kopiah putih..teringat lagi seorang makcik yang masih lagi dibelenggu semangat parti alat penimbang kuno masyarakat dunia dengan mengatakan "lepas ini dah xda lagi bantuan untuk orang susah dan anak yatim pasal korang semua tolak tuah,tolak rezeki allah."

saya mendengar macam-macam itu sahaja,malas nak layan..maklumlah kali pertama rebah sujud ke bumi macam itulah ayatnya..lain puak di puak kopiah putih yang dah selalu sujud ke bumi bila ia dapat bangun dan berdiri tegak ia tetap ingat bumi tempat asal kejadiannya..bila ia mula niat dan seterusnya takbirraturihram barulah sesiapa layak mengkomen kesudahannya,tetapi ingat! biarlah tunggu sampai abis salam dulu, bukannya baru tengah tahiyyat awal dah pandai nak nak usik-usik kata tidak betul.

alhamdulillah,tahun ini juga ramadan 1429 hijriah masih lagi ada sambutan untuk fakir miskin dan anak yatim di tempat saya..apa yang diperkatakan menolak tuah tidak langsung terjadi malah dilontarkan kembali kemuka mereka..kalau ramadan lepas hanya setakat ADUN kewasan sahaja yang datang memberi sumbangan kali ini ia lebih bermakna
DYMM Sultan Selangor berkenan berangkat ke Majlis ini,bukan hanya ADUN kawasan datang malah insyaallah Dato'Menteri Besar pun akan tiba sekali..

apa yang ingin saya sampaikan ini adalah pengajaran kepada kita sendiri..apakah niat memberi bantuan kita itu tidak ada apa-apa motif disebaliknya..jika tidak ikhlas dan menunjuk-nunjuk baik tak payah bagi..apa salahnya puak yang telah tersembam menyembah bumi ampang ini memberi kerjasama dan berbangga dengan kerajaan baru yang masih lagi prihatin nasib rakyat bawahan di bulan mulia ini..

Sebagai rakyat bawahan saya mampu menilai dan kenal mana pentadbir yang ulul amri secara perlaksanaan dan mana pentadbir yang ulul amri hanya di "signboard" tepi-tepi jalan raya..pemerintah yang adil dan berkebajikan ia memberi tanpa mengunkit walaupun yang diberi bantuan itu tidaklah menyukai kerajaan itu..

07 September 2008

Riwayat Palsu Yang Popular Sekitar Ramadhan

Riwayat Palsu Yang Popular Sekitar Ramadhan ..

Berhati-hati dengan hadis-hadis berikut:

1. Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

STATUS HADIS : Palsu

2. Awal Bulan Ramadhan Rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya pelepasan dari azab neraka

STATUS HADIS : Dhoif Jiddan / Munkar

3. 5 perkara yang membuatkan batal puasa dan wudhuk iaitu menipu, membawa fitnah, mengeji, melihat dengan syahwat dan sumpah palsu

STATUS HADIS : Palsu


*Kadang-kadang saya sendiri rasa pelik kenapa yang mengirimkan hanya pandai mengirimkan sahaja tetapi tidak pandai menilai ianya hadis sahih atau palsu,senang cerita main hantar je mesej hadis yang palsu ini tanpa mengetahui apa akibatnya.

*..saya terima teguran dan sila turunkan teguran anda diruangan cBox jika apa yang dipaparkan ini bercanggah..

04 September 2008

Menjungjung Kasih



Menjungjung Kasih

Keatas Keberangkatan DYMM

Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Al-Haj

(Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan)

ke Majlis Sambutan Ramadan dan Berbuka Puasa Bersama Rakyat di

Masjid Al-Ubudiah Taman Tasik Tambahan,Ampang

pada

08.September.2008