31 Ogos 2008

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak -Tuan Guru Presiden.

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Perutusan Ikhlas;
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Bin Awang
(Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang)

27 Ogos 2008

Jom Sambut Merdeka cara diredhoi ALLAH...

Program Ambang Merdeka 2008
(Padang MPAJ berhadapan Balai Bomba Pandan Indah,Ampang)

pada 30 dan 31 Osos 2008


7:00 pm : Solat Maghrib dan Kulliah disampaikan oleh

Ust. Sallehin Bin Mukhyi (Ketua Pemuda PAS Selangor)



9:30 pm : Pidato Perdana 25 Tahun dibawah kepimpinan Ulama' disampaikan


Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Naib Presiden PAS)

YB Sallahuddin Bin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi ( Timb. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

Ust. Azman Syafawi Abd Rani (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)



12:00mn : Laungan Takbir dan Doa Wehdah Merdeka dipimpin oleh

Ust. Riduan Mohamad Nor



4:30 am : Qiamullail Dan Munajat Perdana dipimpin Oleh

Ust. Zulkifli Ahmad



6:15 am : Forum Ihya Ramadhan disampaikan Oleh

Ust. Nik Abduh Bin Nik Abd. Aziz ( Exco Dewan Pemuda PAS Pusat)

Ust. Narazli Musa (Ketua Pemuda PAS Perak)

YB Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan)

*Semua yang berkesempatan dijemput Hadir

26 Ogos 2008

Anwar Dilahirkan Semula....

Salam...Anwar Menang besar lebih 15,671 undi di P44 Permatang Pauh..Kejayaan ini melengkapkan kejayaan berganda Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008..sesungguhnya kejayaan ini tidak datang dengan sendirinya,semua ini sebenarnya signal ALLAH kepada penentang DSAI yang bertubi-tubi membaitai DSAI dengan serangan peribadi di media arus perdana.

Ini juga boleh dikatakan signal rakyat kepada BN kerana pada pilihanraya umum lalu bekas penyandang kerusi Datuk Seri Wan Azizah Ismail menang hanya majoriti lebih 13,000 sahaja menumbangkan bekas imam besar masjid negara Datuk Pirdaus Ismail..

Insyaallah tiada aral melintang Esok Datuk Seri Anwar akan ke Parlimen untuk mengankat sumpah sebagai ahli dewan rakyat sekaligus Ketua Pembangkang yang baru di hadapan Tan Sri Pandikar Amin Mulia (speaker Dewan Rakyat)..




Kepada Datuk Seri Anwar,kejayaan ini sebenarnya dugaan yang lebih besar pada diri anda dan penyokong anda..contohilah kepimpinan Saidina Umar Al-Khatab melalui kata-kata agungnya "akulah orang terakhir yang akan merasa kenyang sesudah rakyatku kenyang,dan akulah orang yang pertama lapar sebelum rakyatku merasai lapar" inilah kata-kata agung khalifah agung islam yang low profile walaupun jawatan yang dipegangnya lebih besar dari ketua pembangkang dan lebih.lebih.lebih besar dari Perdana Menteri sekalipun kerana Khalifah Umar adalah pemimpin ISLAM seluruh pelusuk dunia pada ketika itu..


"Harapan Baru Untuk Malaysia" kegembiraan jelas terpancar kepada penyokong dan pendukung amanah rakyat...setiap titisan peluh dan air mata telah berbayar dengan rakyat memberi mandat..Syabas Rakyat Permatang Pauh kerana menyelamatkan Rakyat Malaysia..

Ayuh PAS,PKR dan DAP pantas memacu ke PUTRAJAYA jangan toleh-toleh lagi kebelakang..rakyat dahagakan sebuah kerajaan yang adil dan beramanah..



25 Ogos 2008

Realiti Suasana Kemerdekaan kali ke 51

Salam....."Entah Mana Silapnya" itulah unkapan paling cocok boleh saya ungkapkan mengenai sambutan bulan kemerdekaan kali ke 51.Berbanding tahun lepas sambutan gilang-gemilang diadakan baik dari pihak kerajaan mahupun swasta tetapi suasana kali ini berbeza sekali,seolah-olah kita bukan berada dibulan kemerdekaan sedangkan beberapa hari sahaja lagi tanggal 31 ogos akan tiba.

Dimana Silapnya..kempen kibar lajur gemilang disambut sunyi rakyat kebanyakan,jika dulu kalau kita memandu dijalan raya hampir kesemua kenderaan mengibarkan jalur gemilang tetapi kali ini lain pula situasinya,hanya terdapat 2 ke 3 buah kereta sahaja yang mengibarkan jalur gemilang..Jika tahun lepas semua rumah pangsa dan apartment contohnya di sekitar kuala lumpur berlawan-lawan mengibarkan bendera Malaysia tapi lain pula sekarang bendera yang dikibarkan tahun lepas entah mana hilangnya.

Silap siapakah dalam hal ini? adakah kerana kerajaan tidak memberikan bendera "FREE" atau kerana kurang promosi di media-media arus perdana ataupun "Save bajet" menandakan sambutan tahun ini adalah yang terhambar sepanjang 51 tahun kita merdeka.Radio pun dilihat kurang memainkan lagu sentimen kebangsaan,jika adapun selang 8-9 jam sekali,ini situasi yang tidak sama macam tahun lepas hampir setiap jam ada sahaja lagu kemerdekaan.Namun pujian luar biasa harus diberi kepada Arwahyarham Sudirman kerana tidak kira Merdeka atau Hari Raya Beliau lah yang paling bersemangat seolah-olah beliau sahaja yang menyambut merdeka dan Hari Raya.

Pada pendapat saya,terjadinya kejadian kurangnya rakyat kibar bendera kali ini mungkin kerana rakyat sudah tidak lagi gembira dengan situasi sekarang.Bebadan kos sara hidup yang tinggi tidak kira dibandar mahupun luar bandar semua rakyat terasa dihimpit kos sara hidup yang tinggi dan mungkin sebab ini rakyat kebanyakan memprotes seolah-olah perayaan merdeka kali ke 51 ini satu situasi berkabung kesedihan dihimpit masalah bebanan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Tahun lepas rakyat masih lagi ditahap selesa,kerana rata-rata kakitangan awam mahupun swasta dinaikan gaji dan elaun ditambah kos bahan bakar yang masih dianggap berpatutan (walaupun tinggi) tapi kali ini berbeza,ia tidak sama lagi,apa yang dikecapi rakyat bawahan tidak kekal lama kerana kos makan,minum,tempat tinggal,bahan bakar dan apa sahaja yang memerlukan bayaran naik melambung dan menggila.Mungkin sebab ini rakyat tidak ada hati lagi nak kibar jalur gemilang.

Namun,sebagai Rakyat Malaysia kita tetap harus bersyukur kepada Allah akan kemerdekaan yang dikecapi,kerana yang terpenting sekali adalah kibaran iman dihati itu lebih utama dari jalur gemilang,tidak bermakna tidak mengibarkan jalur gemilang roh kemerdekaan itu luntur.Insyaallah sambutan kemerdekaan kali ke 52 tahun hadapan akan ada sinar baru untuk rakyat bawahan..kerana inilah yang dikatakan "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA"

24 Ogos 2008

Hebat Sungguh Fitnah Media.

Salam...."Harapan Baru Untuk Malaysia" ..inilah slogan utama kempen pilihanraya kecil terhangat dalam sejarah pilihan raya kecil sepanjang diadakan..Malaysia sebuah negara yang akan mencapai usia 51 tahun bebarapa hari lagi akan melangkah ke satu dimensi baru politik Malaysia dengan kembalinya pemimpin karismatik (Dato' Seri Anwar Ibrahim) ke dalam Parlimen Malaysia (insyaallah)..

Namun,apa yang ingin dibangkitkan ialah kecewaan saya tentang laporan berat sebelah media arus perdana.Bertubi-tubi serangan dilancarkan kearah DSAI,media seolah-olah seronok menabur fitnah yang entah benar atau tidak kesahihannya.Hari-hari naik meluat tengok Berita kerana seolah-olah pihak "hantu raya" itu sahaja benar.Saya akui,memang tidak pernah dalam sejarah media arus perdana cenderung kepada pembangkang,tetapi yang naik geramnya,kali ini lebih hebat serangan fitnahnya..hari-hari dok tayang Saiful Bukhari Azlan angkat sumpah mendakwa diliwat DSAI.

Sedangkan sumpahnya bukan laku pun di mahkamah,apa boleh dikatakan mungkin laku sedikit di permatang pauh sumpahnya,itupun orang yang jahil sahaja yang percaya.Saya tidaklah ingin mengatakan DSAI itu suci,tetapi dakwaan liwat yang dicanangkan sekarang ini masih dalam perbicaraan mahkamah,tak payahlah dok cerita hari-hari seolah-olah rakyat bodoh dan bangang menilai..tak cukup dengan itu timbul pula "DSAI kacau bini bekas menteri dan dakwaan terima suapan 60 juta duit magnum" ini semua kerja munafik alaf baru..! banyak hari sebelum ini taknak pulak nak dedah,tapi bila DSAI masuk bertanding macam-macam isu timbul..

Saya bukanlah penyokong tegar DSAI dalam perjuangan saya,tapi sebagai seorang muslim yang dikurniakan allah otak dan akal terasa tekanan juga dengan sentimen media arus perdana baik yang eletronik dan cetak..namun apa-pun saya tetap berdoa calon perdana menteri ini akan menang besar menumbangkan lawannya.

akhir sekali saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya Tun Abuya As-Suhaimi kerana dapat bergambar dengan DSAI di permatang pauh..erm memang menarik dan saya sebagai salah seorang yang meminati DSAI pasti rasa cemburu..tidak mengapalah..impian saya sepanjang saya hidup tidak pernah terniat nak tangkap gambar ngan mana-mana pemimpin tetapi nak salam ngan pemimpin itu mesti ada..dan alhamdulillah kalau saya meninggal pun saya dah dapat bersalam dengan pemimpin yang ingin saya salam..erm saya ingin salam mereka kerana saya kagum dengan mereka..cekal dalam perjuangan termasuk calon perdana menteri ke 6.

Salam merdeka dari saya...supaya kemerdekaan ke 51 ini membawa sinar baru untuk rakyat Malaysia..

wallahua'lam

22 Ogos 2008

Free Al-Quds..


19 Ogos 2008

Memang selayaknya kau dipuak sana..?

Salam...lihatlah telatah comel lagi berpahala dari anak-anak muda berpakaian "pink" semasa proses penamaan calon di Parlimen Parmatang Pauh..erm memang sopan kelakuan mereka,mungkin sebab umur mereka masih belum sampai 40 tahun kot,itu sebabnya telatah mereka masih keanak-anakan..takpelah semua boleh menilai dari gambar yang diberi..lihat sahaja lah tangan dan jari perempuan yang manis bertudung "pink" itu dimana arah tunjuknya..?

saya bersangka baik,mungkin mereka teruja ditangkap gambar mereka,maklumlah bukan senang nak masuk surat khabar malah nak masuk blog saya pun susah,ni kira alhamdulillah saya masukan gambar mereka..hehe..saya rasa mereka nak tunjuk yang budak lelaki itu pakai "seluar jeans levi's yang beli kat padang besar" maklumlah padang besar ngan permatang pauh tak jauh sangatkan..haha bukannya menunjukan punggung lelaki itu.. saya tidak tahulah kepada siapa yang mereka tujukan..rasanya kepada sesiapa yang tidak memakai seluar jeans kot..mcm saya tak pakai seluar jeans..

tapi saya kagumlah kesopanan dan ketatasusilaan wanita-wanita bertudung "pink" ini..bukan senang nak carik wanita sesopan macam ni sekarang tau? puas carik kehulu kehilir akhirnya di permatang pauh mereka timbul,bukan 1-2 orang tapi ribuan keluar..pada saya memang sepatutnya mereka di puak sana..! ish..gembiralah mereka,rasa cemburulah..hehe dah lah ayu bertudung "pink" ditambah dengan kesopanan kelakuan..hmm calon jodoh pada lelaki berbaju melayu putih dan bersamping songket merah memang layak dengan wanita bertudung pink macam ini,..teringat hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:-

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

wallahua'lam...

HARAKAH : Pencerah Minda Rakyat


Salam...saya akui posting saya ini bolehlah dikira agak terlewat mengucapkan tahniah kepada akhbar "HARAKAH" yang telah diberi keizinan oleh kerajaan PakLAh Badawi untuk terbit 2 kali dalam seminggu..saya antara jutaan pembaca setia harakah sejak 4 tahun lepas teramat gembira dengan pengeluran 2 kali seminggu ini..alhamdulillah sepanjang itu saya tidak pernah ketinggalan mendapatkannya..pada saya harakah bukanlah sebuah akhbar yang hanya memfokuskan politik sahaja tetapi harakah adalah sebuah akhbar pencerah minda rakyat..

Sahabat-sahabat pernah bertanya.."tak bosan ke baca harakah" mereka kata ini surat khabar politik...saya tidaklah marah atas kenyataan demikian,pada saya mereka mungkin tidak pernah membelek atau membaca isi kandungan harakah itu sendiri..pada saya harakah bukanlah semata-mata lidah rasmi untuk PARTI Al-ISLAM seMalaysia tetapi harakah adalah hak semua rakyat Malaysia..



Kandungan harakah tidaklah memfokuskan semata-mata agenda PAS dan matlamat perjuangannya,tetapi didalamnya penuh dengan ilmu dan maklumat yg berguna dari ulama-ulama tersohor negara sebagai bahan dakwah dan tarbiyah kepada pembaca..misal contoh rungan muidzah yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz,inilah satu-satu ruangan tarbiyah menuju solat yang khusyuk dan sempurna..pada saya input dan hasil sampaian Tuan Guru amatlah bermanfaat dan berguna..

Antara ruangan yang saya kira boleh memberi peransang jiwa untuk kita adalah ruangan tafsir al-quran oleh Tuan Guru Haji hadi yang pada masa ini dikeluarkan dalam tulisan jawi pada edisi jumaat dan dialih tulisan kepada rumi dalam edisi isnin..inilah satu ruangan yang baik dan bermanfaat pada kita..tidaklah harakah itu semata menyogok kepada perkara politik sahaja..

disamping itu dalam sisipan fikrah ada ruangan soal jawab agama yang diolah dan dijawab oleh dua ulama yakni Tuan Guru Haron din dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin..pada saya memang sudah biasa soal jawab agama dalam mana-mana akhbar di Malaysia dan banyak juga kita boleh jumpa di majalah-majalah..tetapi yang menariknya soal jawab agama di dalam Harakah adalah,apa yang dijawab oleh 2 orang Tok Guru itu adalah jawapan yang berani dan adil..yakni jawapan yang tidak gentar langsung menegur sesiapa yang difikirkan salah disisi islam..

Ini semua tiada dalam ruangan soal jawab agama di dalam akhbar lain..akhbar lain lebih berhati-hati mengeluarkan artikel dari ustaz yang menjawab kerana takut kerajaan merajuk nanti dengan artikel yang boleh dianggap keras dan tegas..inilah yang dikira tarbiyah kurang sampai dihati pembaca...melainkan Harakah yang berani,pada saya inilah akhbar yang perlu dibaca semua kerana ianya pencerah minda rakyat..ia juga banyak ilmu dan maklumat..tidak semata-mata akhbar pro PAS..

Banyak lagi rungan bermanfaat yang mampu mengetuk minda kolot kita seperti ruangan Tuan Haji Mohamad Sabu (membedah demokrasi),Tuan Haji Subki Latif yang saya terlupa apa nama ruangangannya (kerana bahasa agak pelik..) saya tidak pernah terlepas membaca tulisan Haji Subki Latif kerana pada saya rugi sebab Subki Latif penulis hebat dan banyak bahasa-bahasa hebat lahir dari penulisannya..

Sekarang harakah telah pun terbit 2 kali seminggu...kalau dulu 2 kali sebelum kini dengan wajah baru dan komitmen tetap sama saya berharap harakah kekal menjadi "pencerah minda rakyat" kerana saya percaya rakyat dah bosan hari-hari diperbodohkan bila membaca akhbar..cuma apa yang boleh diperkatakan harakah perlulah memperbanyakan lagi ruangan agama kerana sebagai akhbar rasmi PAS,semua ahli-ahli sedar dan tahu PAS bukan sekadar badan politik tetapi juga dalah sebagai badan dakwah dan tarbiyah kepada rakyat..itu sebab muktamar baru-baru ini menggunakan tema "PAS untuk SEMUA"...bila PAS untuk Semua ini bermakna secara automatiknya "HARAKAH" juga untuk SEMUA..,tidak semata-mata untuk ahli PAS sahaja..

teruskan perjungan dalam menerbitkan artikel-artikel hebat dan bermanfaat sesuai dengan slogan anda "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"........Takbir!!!

18 Ogos 2008

Permatang Pauh Saksi Kekuatan Rakyat..







13 Ogos 2008

Kenyataan Balas..Sila Fahamkan..

Salam....merujuk pada posting saya pasal jalur gemilang lepas,rupanya perdebatan hebat berlaku dalam kotak chating saya..saya secara jujur telah membaca dahulu sebelum saya posting,dan saya tegas saya waras dalam posting sesuatu tajuk,apa yang saya lihat benda ini sebenarnya salah faham pada tajuknya sahaja..isi yang saya tulis itu tidak nampak apa-apa yang boleh diragukan dan boleh menyebabkan saya dilabel "menyekutukan allah" seperti seseorang kata pada saya di dalam CBOX..

Pada saya tanda seseorang itu bersyukur atas nikmat Allah memanglah kita kena menyucapkan Alhamdulillah,tidakpun kita bertasbih,bertakbir dan berzikir dengan nama-nama allah yang lain..dan saya nak tanya kepada yang telah menyerang hebat dan bertubi-tubi keatas posting saya? sebagai contoh:-

kita mendapat satu khabar gembira yang teramat sangat lepas tu kita mengalirkan air mata sebagai tanda teramat gembira contoh kita dapat apa yang kita hajati dari Allah sehingga tidak mampu berkata-kata kerana teramat gembira dan air mata mencurah-curah jatuh...? dan saya nak tanya orang yang hebat mempertikaikan....adakah ianya syirik seperti anda katakan ?
adakah air mata kegembiraan tandanya kita "menyekutukan allah"..

Ya saya akui,bab air mata memang tiada dalam posting lepas...ianya berkisar bendera sahaja..dan saya agak terkejut antara komen mengatakan saya sanjungi bendera macam seorang pemimpin negara hormat dan sembah tugu negara..astagfirullah!! kenapa sampai macam itu?


Mungkin yang membaca itu tidak paham apa mesej yang saya nak sampaikan...Kepada yang hebat memberi komen di cBox pasal bendera ini,saya harap anda mengerti mesej yang dibawa,adalah tidak wajar anda membandingkan bendera dan tugu..ia dua situasi berbeza,dan untuk pengetahuan bendera atau panji-panji ada dalam islam..kepada yang komen itu, cuba belek-belek kitab atau internet ada tidak bab panji-panji (bendera ini) dalam ISLAM..

Kepada sahabat sekalian..tegas disini saya terima komen dan teguran anda semua,malah kritikan pedas sehingga berapi PC pun saya terima..? tapi saya mohon bukan serangan sesuatu bersifat peribadi..

Terima kasih kepada yang menghangatkan cBox saya...saya maafkan jika ada yang tidak puas hati pada saya atas artikel yang pernah dikeluarkan..dan saya mohon maaf kepada sahabat-sabahat yang terasa..pada saya ini pengalaman "guru yang paling berkesan adalah pengalaman"

Kerana artikel lepas,saya akui sukar kita nak beri pemahaman kepada seseorang,apatah lagi kita bercita-cita menjadi pemimpin,baru 4-5 orang dah terjadi khilaf sehingga berlakunya perang perkataan..saya terbayang macam mana nak memahamkan orang ramai jika saya menjadi pemimpin..pasti saya kena belajar dari pengalaman lagi...

..Salam Muktamar Pemuda PAS..allahuakbar!!!!

12 Ogos 2008

Selamat Bermuktamar....

Salam....."Selamat Bermuktamar"..kepada Perwakilan Parti Al-Islam Semalaysia seluruh negara (13-17 ogos 2008)..Muktamar kali ini buat julung kalinya diadakan di Stadium Indera Mulia,ipoh Perak..Muktamar kali ini bolehlah dianggap muktamar paling manis untuk dikenang..

Selain Badan Perhubungan PAS Perak sebagai tuan rumah,muktamar kali ini juga lain dari muktamar yang lepas-lepas kerana kali ini kita dalam keadaan kekuatan perpaduan dalam jemaah..akhirnya PAS telahpun sampai ke puncak,kerja keras setiap ahli-ahlinya dilihat sangat berkesan pada pilihanraya umum lepas..

Disini marilah kita panjatkan rasa syukur pada ALLAH keatas kemenangan yang diperoleh,diharap perbahasan kali ini berkualiti dari muktamar yang lepas-lepas..PAS sekarang bukan dilihat Parti orang kampung ataupun Parti untuk orang pantai timur dan utara sahaja,tetapi imej PAS sekarang adalah untuk semua..tidak kita bangsa dan agama apapun,kerana ISLAM itu sendiri sudah cukup adil..

Tuan Guru Haji Hadi pernah berkata sebelum beliau menjadi Presiden PAS "Membela ISLAM bermakna Melayu selamat,tapi jika terlalu bela MELAYU belum tentu ISLAM selamat"..pada saya bukan sahaja melayu akan selamat jika terima islam tetapi seluruh bangsa di Malaysia ini,
ISLAM bukan agama paksaan kepada penganut agama lain,sekarang imej PAS agak menonjol dengan tertubuhnya kelab penyokong PAS yang dianggotai oleh hampir 10,000 ahli bukan melayu diseluruh Malaysia..

Diharap Kelab penyokong PAS ini diterima salah satu sayap dalam PAS..parti terbesar ISLAM di Malaysia ini kenalah mengambil satu lagi langkah kedepan dengan mengikhtiraf kelab penyokong PAS kerana kejayaan Parti PAS pada pilihanraya lalu tidak boleh dinafikan orang bukan melayu antara penyumbang terbesar kejayaan..

"Selamat Bermuktamar"

11 Ogos 2008

PKR patut hormati pandangan YB Zulkifli

Salam.....tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Nordin dengan vocal menentang forum antara agama yang dianjurkan majlis peguam sabtu lepas dikatakan tidak disenangi oleh pemimpin PKR yang bukan beragama ISLAM..

Namun,pada saya sepatutnya kepimpinan tertinggi PKR menghormati apa yang YB Zulkifli lakukan,antara pemimpin lain PKR yang turut menyertai demontrasi lepas ialah Ustaz Badrul Amin Baharum (Ahli Majlis Tertinggi PKR)..Walaupun PKR bertindak berkecuali dalam hal ini,sepatutnya kepimpinan PKR harus sedar juga yang majoriti ahli-ahlinya adalah ISLAM dan apa yang dibuat Majlis Peguam lepas adalah boleh dikira mencabar agama ISLAM..

Sebagai seorang ISLAM yang beriman dan tidak kiralah siapa,pasti akan terasa agama ISLAM dicabar,sepatutnya majlis peguam tidak patut mengajurkan forum yang boleh mengganggu ketenteraman penganut agama ISLAM...kenapa harus jadi begini? apa salah YB Zulkifli adakah kerana beliau tidak mendapat restu kepimpinan PKR menyebabkan beliau salah dalam hal ini?
pada saya kepentingan agama melebihi segalanya..maka tidak timbullah kenapa terjadi perkara ini kerana saya percaya YB Zulkifli Nordin melebihi kepentingan agama dari kepentingan Parti..

Syabas saya ucapkan kepada yang terlibat sabtu lepas,terutama kepada Pemuda PAS dan Pendukungnya kerana membela agama dan kepentingan ISLAM di Malaysia, demontrasi aman ini turut disertai UMNO,GAMIS,danGPMS..sebagai pandangan peribadi saya tabik Pemuda PAS walaupun media arus perdana terlalu menfokuskan Pemuda Umno itulah Pembela ISLAM dan hero..bukan nak cari siapa hero dalam hal ini..? tetapi yang kita nak cari dalam hal ini,konsisten dalam perjungan menegakan ISLAM,jangan pada hari ini sahaja kita nampak semangat tetapi esok lusa kita kembali berpeluk tubuh,apabila kita tersepit baru nak cari dan nak bela ISLAM bila senang lenang kita terlupa akan agama kerana asyik ingatkan bangsa sahaja ..wallahu'lam..

08 Ogos 2008

Kibarkanlah Demi Tanda Kesyukuran Pada Allah.


Salam Merdeka,terdetik dihati sempena bulan menyambut kemerdekaan yang ke 51 bagi Negara Malaysia yang dicintai ini,saya menyarankan agar semua yang membaca posting saya ini mengibarkan jalur gemilang di kediaman masing-masing,tidak kiralah dirumah ataupun di hostel sekalipun.Sebagai rakyat Malaysia seharusnya kita berbangga dan bersyukur keatas nikmat yang ALLAH berikan ini kepada kita..

Namun saya agak sedih melihat beberapa laman blog terkenal tanah air yang hangat berkempen mengibarkan bendera Malaysia terbalik..!! huh~ pelik dan pada saya tidak patriotik langsung dan tidak menghormati Panji-panji negara Malaysia ini..Bendera adalah lambang kehormat sesebuah negara,ianya bukan hanya sekadar bendera..lihatlah gambar dibawah yang saya salin dari sebuah laman web terkenal (tidak perlu saya sebut) yang juga penyokong parti pembangkang...



Perlukah begini..? sebagai negara yang mempunyai raja berperlembagaan adalah tidak wajar kita mengibarkan Bendera dengan terbalik,walaupun melalui kempen dikatakan bagi memprotes pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi,pada saya adalah tidak patut sekali kita mengibarkan bendera terbalik gara-gara ketidakpuasan hati dengan Pemerintah...Bendera hak rakyat bukan hak mana-mana parti politik,tidak kira kita dari PAS,PKR,DAP,PSM,UMNO,MCA,MIC,Gerakan,SAPP,PBS dan banyak lagi parti politik tetap memakai satu lambang yang sama,yakni bendera Malaysia..

Sebagai rakyat dibawah naungan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,sepatutnya tidak guna kita memprotes kibar lajur gemilang terbalik,sebaliknya kibarkanlah jalur gemilang seperti biasa.

Janganlah jadi macam orang barat yang panji-panji sendiri pun tidak dihormati,disini saya sarankan kepada sahabat-sahabat pro Pakatan Rakyat supaya kibarkan bendera Malaysia macam biasa,hormatilah Bendera kita,siapa lagi nak hormat kalau bukan kita sendiri...salam..Takbir!!

Ingatlah kita tidak lama lagi disini....


Ingatkanlah kematian kita itu kerana kita tidak lama lagi disini,
dari detik ke detik dan dari saat ke saat dan dari hari ke hari,
Justeru Allah tidak menjanjikan kematian kita di waktu tua
Begitu juga Allah tidak menjanjikan kematian kita disebabkan sakit
Tidak sakit pun boleh menyebabkan mati,
Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu,
Kerana semua orang perlu tahu,bukankah kita ini hanya membuat persinggahan sahaja,
Ada orang mati masa masih kecil, ada orang mati masa dalam usia remaja,
ada orang mati apabila sudah tua,ada orang mati tanpa sebab
Tatkala sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlintuk saja,
Ditengok nafas sudah berhenti,
Oleh itu janganlah bersenang-senang hati dengan kematian,
Kematian bila-bila masa akan berlaku,
Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas
Agar kita tidak ada khayal dengan angan-angan yang melalaikan
Hendak membangun, membangunlah, Tapi ingatlah waktu itu boleh mati,
Hendak maju, majulah tapi kematian boleh berlaku di waktu itu juga
Hendak kejar kekayaan kejarlah
Tidaklah salah selagi ianya halal tetapi ingatlah kita tidak lama lagi disini,
Ingatlah mati di dalam sebarang hal dan perbuatan,
Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Allah
Bila jiwa takut dan gentar dengan Allah
Kita takut dan malu hendak membuat dosa di dalam sebarang hal,
kerana kita takut dosa itu akan menjadi aib diri di masyar kelak,
ingatlah kita tidak lama lagi disini..hanya menanti saat masa dijemput illahi..

06 Ogos 2008

Memalukan PAS sahaja....

Salam....saya amatlah berasa sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Puan Siti Aishah Abdullah bekas isteri kedua ADUN PAS kawasan MELOR YB Wan Ismail Wan Jusoh. Satu Malaysia dah tahu cerita wanita dari kemboja ini telah diceraikan oleh Adun Melor itu,apa saya nak kata secara peribadi perkara ini MEMALUKAN PAS lebih-lebih lagi Wan Ismail Wan Jusoh adalah ADUN di kawasan Kelantan negari paling kuat pengaruh PAS didunia,secara tidak langsung telah memalukan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS...

Sudahlah perkahwinannya tidak didaftarkan di Malaysia lepas itu bercerai pulak dan mengikut laporan berita malam semalam Wanita ini diugut pula,saya mengerti isu penceraian ini adalah hal peribadi,dan didalam Islam pun penceraian itu tidak diharamkan allah tetapi sebagai Adun tidak sepatutnya beliau bertindak macam ini dalam menyelesaikan masalah,daftarlah dulu perkahwinan itu masa lepas berkahwin,bukan tak sah pun kawin kat negera lain.Dalam hal ini tidak kiralah siapa salah sekarang ini tetapi dengan tersebarnya hal rumah tangga secara langsung dimedia-media, Parti Islam Semalaysia mendapat tempias dan malu atas kes penceraian ini..ramai musuh-musuh PAS akan mencanang-canang cerita ini..

Saya berharap kepimpinan tertinggi PAS dapat mengambil tindakan tatatertib keatas adun melor ini,tindakannya ibarat "kerana nila setitik habis susu sebelangan"..cadangan saya agar (walaupun boleh dianggap keterlaluan) agar adun melor ini meletak sahaja jawatan kerana seorang yang ada masalah peribadi tidak layak menjaga rakyat..saya yakin kalau beliau letak jawatan sekalipun kawasan DUN Melor insyaallah PAS akan kembali menang (situasi politik Malaysia masakini) walupun DUN Melor pada pilihanraya lepas hanya menang tipis ..yang penting sekali YB Melor kena memberi penjelasan kepada penyokong PAS satu Malaysia,kerana tindakannya ini telah "menconteng arang" pada PAS Kelantan dan PAS pusat secara amnya..

PAS membawa harakah islamiah,adalah tidak patut seorang yang dipertanggungjawab memalukan perjuangan..apa kata orang bukan islam keatas kes ini yang semakin diperbesarkan media arus perdana...fikirkanlah? kita tidak suci bila masuk PAS...kerana PAS itu hanya badan politik sahaja,PAS itu suci kerana ia bawa ISLAM dan bercita-cita menegakan ISLAM..janganlah kita runtuhkan Organisasi kerana Hal Peribadi..tidak mampu kita undur diri,supaya tidak termakan diri dan parti...Takbir!!

*Mungkin pos saya kali ini agak emosi..haha saya menafikan jika ada anggapan sedemikian,apa yang dilakukan ini hanyalah sekadar terdetik dihati.....mohon maaf kepada yang terasa....sama-sama kita muhasabah diri yang hina ini.

Tak kasihanikah engkau.....


Salam Sinaran Putra....erm,apa yang anda lihat melalui gambar yang saya letak,tentu ramai tahu ia dari kisah mitos klasik orang-orang melayu dahulu kala..kisah si tanggang yang amat derhaka pada kedua ibubapa nya..tapi apa yang saya nak tulis kali ini bukan kisah cerita tanggang dahulu kala..tetapi kisah Tanggang sekarang ini,mungkin ada sahabat yang melihat cerita "akukah tanggang" yang ditayangkan di TV3 jam 4:30 ptg dan ulang tayang kembali pada jam 8:30 mlm di saluran TV9 dekat dihati...

Saya bukanlah peminat siri-siri televison ini,situasinya sama macam mana saya mula-mula tengok cerita siri Sinetron Indonesia Soleha..,cerita "akukah tanggang" ini hanya sempat saya lmenonton 3 episod sahaja,last update pun semalam (selasa) tapi hari ini dijangka tidak dapat mengikuti siarannya kerana banyak kerja perlu diselesaikan...erm berbalik pada cerita saya amatlah sedih melihat cerita ini,seorang anak yang pada saya bukan derhaka lagi tetapi terlalu derhaka kepada kedua orang tuanya..

Kisah cerita ini,tidak sama dengan versi asal dimana "tanggang" pada mula-mulanya anak yang soleh tetapi berubah jadi derhaka bila hidup sudah senang,tetapi "tanggang" yang ini,dari kecik telah pun berani melawan dan derhaka pada ibubapa dan sampai besar terus mengaku tiada ibubapa..lakonan yang bersahaja dari hero drama bersiri ini pada saya dilihat sangat menjadi untuk menghidupkan cerita ini...tetapi apa yang saya nak ketengahkan ini adalah nilai keibuan dalam cerita ini..

Saya amat sedih sekali melihat tatkala seorang ibu tetap mempercayai anaknya akan juga pulang ke kampung sedangkan impiannya itu hanya khayalan semata-mata..lakonan Seniwati Fauziah Nawi amatlah berkesan untuk menyentuh hati siapa yang melihat drama ini..tetap menyanyai anak tunggalnya walaupun anak telah banyak melakukan kesalahan kepadanya,saya amat sedih bila babak ibu ini memasak kuih kegemaran anaknya untuk dikirimkan,selepas dikirimkan dia masih lagi sedih dan termenung kerana nak tahu anaknya itu dah makan ke belum....yaa allah sedihnya masa babak itu,saya kagum lakonan Seniwati Fauziah Nawi yang berjaya menghidupkan situasi...bak kata sahabat saya Sdr Azuhan Tahir seorang krew produksi drama yang pernah bekerja dengan Seniwati ini,lakonan beliau memang berkesan sehinggakan krew yang melihat lakonannya pun akan turut serta menangis seolah-olah ianya benar-benar terjadi....

tapi apa yang dilakonkan bukanlah khayalan,tapi ianya adalah realiti...seorang ibu memang mempunyai sifat sedemikian...berbanding dengan seorang bapa..dalam cerita itu pun ditunjukan bapanya seorang keras hati,tak kisah langsung kehilangan anak tunggalnya malah memarahi lagi isterinya yang selalu sedih ingatkan anaknya...tapi saya percaya bapanya masih sayangkan dia hanya dek terlalu marah dengan anaknya maka tidak terzahirlah sayang itu...kasih seorang bapa sebenarnya meliputi...

Seorang ibu ibarat bumi dan Seorang bapa ibarat langit...kita sebagai anak berpijak dibumi,begitu hampirnya kasih seorang anak dan ibunya...dan cuba kita lihat antara kita dan langit..huh~ sungguh tinggi tidak tercapai,itulah bapa kita...walaupun ianya tinggi dan sukar dicapai tetapi kasihnya meliputi..orang-orang melayu lama ada kata,sumpah ibu hanya dimulut tetapi tak sampai dihati tetapi sumpah bapa kepada anaknya mungkin boleh sampai dihati jika ia benar-benar kecewa...

dengan ini Hormatilah dan perbaikilah hubungan dengan ibubapa...saya ingatkan diri saya dan diri sahabat-sahabat sekalian...jangan sampai seorang ibu itu benar-benar marah dengan kita sehingga berbekas dihatinya,kalau ianya terjadi...yaa allah amat berat dosa yang akan ditanggung...sama-samalah kita ambil ikhtibar dari siri Drama ini...saya dah cuba masuk laman web Tv3 dan Tv9 masih tidak dimasukan lagi drama bersiri ini...kepada yang telah tertinggal untuk menonton Drama ini,cubalah buka-buka web TV3 dan Tv9 esok lusa manalah tahu dah masuk pulak...hmm..

wassalam....

05 Ogos 2008

Liga Fantasi Futbol Bermula...join now!!



Salam...Hari Ini Saudara saya, Sdr Izwan Effendi telah memukul kompang dan gendang Fantasi Football...diharap sahabat-sahabat yang ingin menyertai masuklah kelaman web ini http://fantasy.premierleague.com/ dengan kod liganya 645891-126052..webmaster bagi laman ini adalah Sdr Izwan Effendi yang nun jauh dinegeri Dato' Ahmad Said..walaupun beliau yang buat liga ini namun kejuaraan saya lihat lebih cenderung pada....erm (malas sy nak ulas)..haha kang ada orang kata saya dah angan-angan mat jenin...

Apapun tentangan sengit dari team saya untuk semua kenkawan terutama Sdr Izwan tak ketinggalan Maneger berbakat Sdr Shazwan Abdullah..harap msg ini sampai pada anda,saya akui anda bila dah balik UTM tak ingat Ampang dah...ok tak lupa juga pada maneger underdog Sdr Hafiz Zainal,anda ttp boleh bagi cabaran..tak dilupai juga Pojie Taman (abg Moto kuat) yg sekarang di Pahang harap join,jgn cite je kuat mcm bunyi enjin tapi bila ajak takut...erm sori sorang lagi Sdr Syed di kuittho..mcm sy cite dulu jgn tumpang tuah orang sahaja..anda wakil khas dari negara arab..wakil padang pasir mesti hebat punya..ok..

Yang lain kenkawan harap join juga..lagi ramai lagi banyak yang merana..haha

*msg ini hanya disampaikan untuk kenkawan yg memegang i.c biru sahaja..ic askar mcm Kapten Aufa dan Kapten Azrul tak digalakan menyertai kerana takut bila dah tewas ada yang kena Bom dengan anda..haha

03 Ogos 2008

Selamat Datang Syaaban..

Salam...."Selamat Datang Bulan Syaaban",setelah sebulan melalui bulan rejab akhirnya tiba di bulan syaaban,bulan terakhir sebelum kedatangan Bulan penuh keberkatan Ramadhan al-mubarak.Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :- "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak
sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban juga adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:-



  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)



  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Bulan Syaaban juga banyak kelebihan sama seperti kelebihan bulan-bulan lain di dalam kalender Islam.Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya :-
"Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya :
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Didalam Bulan ini juga letaknya suatu hari yang dinamakan nisfu syaaban,malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.Kita digalakan berdoa pada malam ini seperti doa di bawah:-

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Luh Mahfudz."

Ternyata Bulan Syaaban ini penuh dengan keberkatan seperti bulan-bulan yang lain juga,diharap para pembaca juga mengambil berat situasi bulan syaaban ini sebelum kedatangannya bulan Ramadhan kerana pada bulan ini lah digalakan kita ke masjid berjemaah dan meningkatkan amalan,ini bukan apa? kerana apabila mencapai bulan Ramadhan nanti tidaklah jasad dan roh kita terkejut melakukan solat-solat sunat,boleh diumpamakan seperti kita bermain Bola Sepak juga,sebelum kita mula bermain pasti kita akan melakukan senaman kecergasan bagi mengelakan pancit di tengah jalan,sama juga dengan ibadah solat tarawih yang insyaallah kita akan lalui kelak,sebelum kita bersolat tarawih sama ada 8 atau 20 rakaat digalakan dari sekarang kita melakukan solat-solat sunat dengan kerap agar tidaklah apabila masuk ramadhan nanti hanya semangat 10 hari pertama sahaja Tarawih selebihnya dan terlompat-lompat nak raya..

Dari sekarang adalah lebih elok kita perbanyakan doa agar kita dapat lalui syaaban dan seterusnya ramadhan dengan penuh keberkatan.Janganlah kita hanya semangat bila ramadhan sahaja tetapi bulan lain iman kita luntur..sepatutnya dari awal lagi kita kena semangat tak kira dalam apa jua kerja dakwah dan kebajikan..tanamlah dalam jiwa kita untuk berubah dari sekarang supaya ramadhan yang akan datang menjadi ramadhan terbaik dalam sejarah kehidupan kita..

wassalam...

01 Ogos 2008

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya...

Salam...."selamat kembali ke Parlimen Malaysia" itulah ungkapan yang tidak keterlaluan saya ucapkan kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding buat kali pertama selepas beliau terpaksa mengosongkan kerusi itu 10 tahun lepas kerana dimasukan ke Universiti Awam Sungai Buluh..

Memilih kerusi Parlimen Permatang Pauh yang juga kubu kuat Parti Keadilan Rakyat dianggap adalah satu jalan selamat bagi meneruskan impian beliau dan penyokongnya bergelar Perdana Menteri Malaysia ke 6..dijangkakan tiada masalah untuk Dato' Seri Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ini kerana dalam pilihan raya tsunami lepas penyandang kerusi Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) menang besar dengan majoriti 13,388 undi menumbangkan Mantan Imam Besar Masjid Negara Dato Pirdaus Ismail..

Ditambah dengan Dato' Seri Anwar adalah anak tempatan dan juga bekas ahli Parlimen kawasan berkenaan,dijangkakan majoriti undi akan bertambah kepada PKR atas beberapa faktor antaranya isu kes dakwaan fitnah beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan,isu kenaikan harga minyak dan beberapa lagi isu nasional yang dijangka siapa pun calon parti lawan yang bertanding akan berputih mata untuk menduduki kerusi Parlimen ini..

Pilihanraya kecil kali ini dilihat sebagai medan terbaik Dato' Seri Anwar melihat sejauh mana penerimaan rakyat keatasnya,jika kemenangan yang akan dicapai nanti terbukti segala tohmahan keatasnya akan lenyap begitu sahaja kerana rakyat sebagai hakim masih lagi memihak keatasnya..siapakah calon terbaik parti lawan yang akan dikorbankan sekali lagi di Permatang Pauh..adakah Dato' Pirdaus Ismail akan kembali sekali lagi mencuba untuk melawan arus kebangkitan rakyat buat kali ketiga ataupun ada kejutan meletakan "The Sumpah Keramat Men" Sdr Ezam Mohd Nor yang juga bekas orang kuat PKR bertanding disana..

Insyaallah,Allah maha berkuasa dan Allah akan berpihak keatas orang-orang yang benar..Gendang telah dipalu,Dari Permatang Pauh akan ke Putrajaya...disangkakan Kulim Bandar Baru menjadi taruhan,mengetepikan andaian Bandar Tun Razak,akhirnya Permatang Pauh engkau diletakan,jauh sekali untuk ke kelana Jaya,tetapi matlamatnya satu untuk meniti jambatan ke Putrajaya..Selamat Berjuang Pakatan Rakyat..Takbir !! Allahuakbar....................