Salam....merujuk pada posting saya pasal jalur gemilang lepas,rupanya perdebatan hebat berlaku dalam kotak chating saya..saya secara jujur telah membaca dahulu sebelum saya posting,dan saya tegas saya waras dalam posting sesuatu tajuk,apa yang saya lihat benda ini sebenarnya salah faham pada tajuknya sahaja..isi yang saya tulis itu tidak nampak apa-apa yang boleh diragukan dan boleh menyebabkan saya dilabel "menyekutukan allah" seperti seseorang kata pada saya di dalam CBOX..Pada saya tanda seseorang itu bersyukur atas nikmat Allah memanglah kita kena menyucapkan Alhamdulillah,tidakpun kita bertasbih,bertakbir dan berzikir dengan nama-nama allah yang lain..dan saya nak tanya kepada yang telah menyerang hebat dan bertubi-tubi keatas posting saya? sebagai contoh:-
kita mendapat satu khabar gembira yang teramat sangat lepas tu kita mengalirkan air mata sebagai tanda teramat gembira contoh kita dapat apa yang kita hajati dari Allah sehingga tidak mampu berkata-kata kerana teramat gembira dan air mata mencurah-curah jatuh...? dan saya nak tanya orang yang hebat mempertikaikan....adakah ianya syirik seperti anda katakan ?
adakah air mata kegembiraan tandanya kita "menyekutukan allah"..
Ya saya akui,bab air mata memang tiada dalam posting lepas...ianya berkisar bendera sahaja..dan saya agak terkejut antara komen mengatakan saya sanjungi bendera macam seorang pemimpin negara hormat dan sembah tugu negara..astagfirullah!! kenapa sampai macam itu?

Mungkin yang membaca itu tidak paham apa mesej yang saya nak sampaikan...Kepada yang hebat memberi komen di cBox pasal bendera ini,saya harap anda mengerti mesej yang dibawa,adalah tidak wajar anda membandingkan bendera dan tugu..ia dua situasi berbeza,dan untuk pengetahuan bendera atau panji-panji ada dalam islam..kepada yang komen itu, cuba belek-belek kitab atau internet ada tidak bab panji-panji (bendera ini) dalam ISLAM..
Kepada sahabat sekalian..tegas disini saya terima komen dan teguran anda semua,malah kritikan pedas sehingga berapi PC pun saya terima..? tapi saya mohon bukan serangan sesuatu bersifat peribadi..
Terima kasih kepada yang menghangatkan cBox saya...saya maafkan jika ada yang tidak puas hati pada saya atas artikel yang pernah dikeluarkan..dan saya mohon maaf kepada sahabat-sabahat yang terasa..pada saya ini pengalaman "guru yang paling berkesan adalah pengalaman"
Kerana artikel lepas,saya akui sukar kita nak beri pemahaman kepada seseorang,apatah lagi kita bercita-cita menjadi pemimpin,baru 4-5 orang dah terjadi khilaf sehingga berlakunya perang perkataan..saya terbayang macam mana nak memahamkan orang ramai jika saya menjadi pemimpin..pasti saya kena belajar dari pengalaman lagi...
..Salam Muktamar Pemuda PAS..allahuakbar!!!!




