31 Julai 2008

Berakhirnya kisah cinta sejati Soleha apabila......


Saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
menyinari dunia yg tlah kau singgahi
mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
di hadapanNya
di hadapanMu ya Allah
sesungguhnya manusia takkan bisa
menikmati surga tanpa ikhlas di hatinya
sesungguhnya manusia takkan bisa
menyentuh nikmatnya tanpa tulus di hatinya

Salam...itu bait-bait indah lagu kumpulan ungu yang juga lagu tema sinetron indonesia Soleha yang hangat ditayangkan di kaca TV9 (dekat dihati)..erm,diakui cerita ini tidaklah mencapai tahap 100% islamik tetapi ada nilai baik juga dalam cerita ini..tidak perlu saya ulas nilai-nilai baik cerita ini kerana saya yakin yang akan membaca posting ini pasti tengok cerita lakonan Marshanda ini..

Namun yang agak sedih dan saya ingin bocorkan ini bukanlah apa yang akan terjadi esok atau lusa akan terjadi pada soleha tapi bab Final endingnya..akhirnya Erfan berjaya juga menawan hati Soleha dari Rendra...inilah kesudahannya cerita sinetron dari indonesia ini..watak heronya mati ditikam..ermm..sungguh sedih penamatnya..rasa macam tak puas hati,tapi nak buat macam mana dah ceritakan..haha

Mula-mula tidaklah teruja sangat saya nak tengok cerita ini tapi bila hari-hari balik kerja sahaja cerita ni yang tengah dibuka di rumah saya..nak tak nak..tengok juga lah..bila dah hari-hari tengok seronok pulak jalan ceritanya walaupun ada 1-2 perkara yang tak baik dalam nilai cerita ini..bila timbul nak tahu jalan ceritanya akhirnya berjaya juga saya melihat ending nya..macam mana saya cerita tadi lah ending nya..Soleha kawin sama erfan bukan rendra..yang agak mengejutkan satu nilai Islam yang gagal dibawa di penamat cerita adalah,Soleha (berkata dalam hati di depan pusara rendra) masih mencintai rendra sampai bila-bila.

Tidak sepatutnya terjadi macam tu kerana tugas seorang isteri hanya mencintai suaminya,dalam cerita itu Soleha isteri Erfan,mana bisa dia mencintai Rendra lagi dong..haha
tapi biasalah cerita indon..suka campur-campur budaya...ok..sebelum terlupa,sebelum tengok cerita Soleha ni solat asar dulu kenkawan..ok

Hala tuju PAS diketahui hari ini..?


apakah hala tuju PAS...masih di dalam Pakatan Rakyat atau berkecuali selepas ini..nantikan keputusan mesyuarat tergempar Parti Islam terbesar Malaysia ini..apa-pun keputusan diharap semua penyokong menghormati dan terima..yang pasti semua penyokong PAS tetap berdiri teguh dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa..tiada siapa mampu gugat ukhwah yang dibina PAS dalam perjuangan suci menegakan ISLAM dibumi berdaulat ini..takbir!! ALLAHUAKBAR

30 Julai 2008

Malaysia Mampu Sekat Chelsea

*Untuk peminat bola sepak sahaja..inilah dikatakan terdetik dihati.......

Salam....pertama sekali saya ucapkan jutaan tahniah kepada skuad pilihan Malaysia kerana berjaya mengekang kehandalan Chelsea dari membolosi lebih banyak gol pada pertemuan malam tadi di Stadium Shah Alam..kehadiran hampir 50,000 penyokong Chelsea warga Malaysia langsung tidak mematahkan semangat anak buah B.Sathianathan dari bermain baik sejak mula tiupan wisel.

Ternyata sebenarnya Malaysia bukan lawan Chelsea walaupun mereka hanya kalah tipis 2-0 sahaja tetapi perlu diingatkan kapten jerman Micheal Ballack tidak diturunkan pada perlawanan malam tadi dan pasukan Malaysia jangan lupa penyerang sensasi Chelsea Didier Drogba tidak sertai jelajahan asia ini..hmm mungkin ini spekulasi Drogba akan ke Inter Milan dalam masa terdekat ini,jika ia berlaku satu skuad yang hebat akan berpengkalan di Itali..kembali pada tajuk utama yang ditulis...saya taknak ulas pasal Inter Milan nanti sahabat saya Sdr Arip Dollah senyum lebar dan saya tak sampai hati nak mengguris hati Sdr Izwan Effendi yang masih berkabung dengan pemergian Jurulatih kesayangannya Avram Grant....haha...

Erm...Adakah mampu anak buah Luis Felipe Scolari (gambar) ini mampu mengejar impian bergelar juara liga Perdana Inggeris musim yang baru ini,adakah corak yang akan dipamerkan jurulatih berbangsa Brazil ini mampu mengatasi corak serangan yang pernah dipamerkan jurulatih yang telah "dikorbankan" iaitu Avram Grant..pada saya sebagai peminat bola sepak tidak ada apa-apa istimewa Pasukan Chelsea walaupun dibarisi bintang-bintang ternama.

Dalam masa lima tahun tiga jurulatih menghiasi di Stamforf Brigde..semua mereka masih gagal menempatkan Chelsea sebaris dengan Manchester United dan Arsenal di kancah liga..memang diakui Chelsea menjadi pencabar perebutan mahkota kejuaraan setiap musim tetapi jika diamati betul-betul tiada produk tulen yang bermain di Chelsea..tidak seperti Pengurus berbangsa Scotland yang melatih Mantester United selama 22 tahun,Sir Alex Ferguson (gambar dibawah) banyak bakat bernilai
lahir dari didikannya..tidak perlulah saya sebutkan satu persatu kerana saya yakin ramai juga tahu siapa bintang bolasepak yang pernah dilahirkan di bawah bimbingannya..dengan rekod sebagai penyandang Juara Liga Perdana Inggeris dan Juara Liga Juara-Juara Eropah adakah sekali lagi dari pasukan timur laut london ini mampu menggegarkan arena persada bola sepak Inggeris dan Eropah..dengan kehadiran Luis Scolari dijangkakan saingan liga kali ini pasti sengit.

Namun saya tetap optimis bahawa Pasukan Manchester United mampu sekali lagi meletakannya di kelas tersendiri,walaupun Chelsea hadir dengan bintang-bintang baru dan liverpool dan Arsenal dijangkakan akan mengumumkan pembelian pemain mereka dalam masa terdekat ini..tapi keyakinan saya kekal tinggi yang Pasukan Manchester United ini adalah pasukan paling dicemburui oleh penyokong lawan..termasuk sahabat-sahabat saya terutama Sdr IE (izwan effendi) dan Sdr Syed Dzarif..tetapi tidak mengapa kerana Manchester United tetap Glory...Glory..!!


28 Julai 2008

Ini sahaja jalan penyelesaiannya..tiada yang lain..?


Salam.......berpalu-palu kompang media arus perdana melaporkan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat agar UMNO-PAS dibubarkan dan ditubuhkan satu parti yang baru..saya secara peribadi memang bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru tetapi bagaimanakah puak yang bertentangan dengan PAS ini boleh bersetuju dengan Parti baru ini...? soalan lain lagi,Bagaimana nak satukan dua jadi satu jika yang satu itu terlalu kuat pegangan bangsanya? pada saya memang sukar nak dilaksanakan....benar juga kata Menteri Pelajaran Dato' Seri Hisamuddin Tun Hussain "agak terlalu awal nak bergabung"...

Tapi pada saya bukan "agak terlalu awal nak bergabung" tetapi Fahaman itu berbeza..mana boleh puak yang bertentangan nak terima fahaman ISLAM kerana mereka agak tegar semangat bangsa melayunya...saya masih segar kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semasa wartawan bertanyakan kepada beliau tentang hal bangsa ini,dan beliau berkata "Fahaman semangat bangsa ini kerja orang yahudi,disisi islam semangat bangsa ini tiada nilai,baik dia arab kalau dia ingkar Islam neraka juga lah sebaik-baik tempatnya".

Kenyataan Tuan Guru itu sebenarnya adalah sindirin kepada puak yang disebelah sana,walaupun penggabungan akan berlaku jika diizinkan allah tetap ISLAM itu akan tegak walaupun nama parti itu akan berbeza....kalau ia tidak menjadi sekalipun PAS sudah dikira mamadai membawa mesej ISLAM kepada umat manusia di Malaysia..cuma sebenarnya isu perpecahan bangsa melayu yang berlegar sekarang.? saya pun akui Bangsa Melayu ini sedang berpecah..ada melayu PAS dan ada melayu UMNO..pada saya tak kira parti apa pun kita perlu bergabung atas nama ISLAM..kembali kepada al-quran:-

(Al-quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. ( Ali Imran: 138)

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran ( Al-Qamar: 17)

Katakanlah "Jika kalian mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian." Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(ali imran : 31)

agak rugi kalau kita berbalah kerana berbeza fahaman Politik...alangkah sedihnya Nabi s.a.w umatnya berpecah kerana berbaza ideologi politik..kembali semua pada ideologi Islam yang sebanar kerana :-

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)

Inilah ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida',dan tidak kah kita ingat semasa khutbah ini disampaikan rasullullah Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar menangis teresak-esak kerana mengetahui yang rasullullah SAW akan pergi selama-lamanya kerana tugas Baginda SAW sudah selesai..alangkah sedih jika bagaida SAW melihat kita sekarang tidak meneruskan agenda yang telah Baginda SAW sampaikan..balik-balik nak ambil bangsa juga..kembalilah kepada ISLAM keseluruhannya..

kerana ini saya tidaklah hairan jika satu Parti baru ditubuhkan seperti mana yang Tuan Guru katakan kerana yang diperjuangkan bukan PAS tetapi yang diperjuangkan adalah ISLAM..ada apa pada Parti PAS..PAS bernilai pun kerana ia bawa ISLAM jika ia bawa bangsa ia sama sahaja macam Parti lain..itulah parti baru yang akan ditubuhkan mesti berlandaskan ISLAM tidak kira namanya masih kekal PAS mahupun ada nama baru akan muncul kerana dengan dalam surah al-maidah ayat 3 dah terangkan segalanya..disini saya sertakan petikan khutbah terakhir rasullullah SAW :-

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

maka jawapannya telah nyata..perlu atau tidak penggabungan ? tiada win-win situation akan berlaku..salah satu akan kena mengalah..jika tidak berlaku pun penggabungan ini,dah memang ada Parti yang membawa ISLAM sebagai perlembagaan di Malaysia ini..cuma diharap parti yang tidak berfahaman ISLAM tidak menjadi penghalang kepada negara ini untuk "Membangun Bersama Islam"..

wassalam

27 Julai 2008

Bahang semakin terasa....


(Dijangka menang lagi pasukan ini....yakin)
*
Post ini hanya untuk sahabat-sahabat yang tinggal di Taman Tasik (dan kawasan sekitar Sahaja...orang lain boleh baca tapi...jgn buat spekulasi (inilah yang dikatakan Terdetik dihati)...bolehkan..hehe....insyaallah...

Salam...

Rasa terlalu cepat berlalu,erm tahu-tahu dah nak masuk bulan 8 kalau ikut kalender masihi dan bulan sya'aban pun tinggal lebih kurang 4 hari saja lagi..huh.....Bulan 8 selalunya tiap-tiap tahu saya akan gembira kerana perang Bola Sepak Liga Perdana England akan bermula tahun ini Pasukan Pujaan saya,Sdr Roshihan Rahaizad,Sdr Jihan,Sdr Syafik Malik,dan tak keterlaluan saya sertakan nama Macha Ibrahim "no'oru donovan sonna madre..wokeh!!" ( Manchester United) dan majoriti sahabat sesekolah saya (walaupun ada yg masih tak dengki dengan pasukan ini) akan bermain pada perlawan pertama Piala Perisai Komuniti menentang pasukan yang dijangka tidak akan dapat fight..hehehe Portsmouth...

Tapi tujuan utama post bulletine ni saya nak tujukan pada sahabat baik saya Sdr Izwan Effendi yang nun jauh di terengganu supaya jangan lupa create liga "Fantasi Football" yang anda kobar-kobarkan lepas....walaupun fahaman anda sekarang dah tak macam avram grant namun still kita musuh masa tgk bola...haha.....dan tak lupa juga pada Sdr Zainol Aizat (bekas kawan yg duk ampang,la ni duk kat putrajaya) jgn lupa juga main "Fantasi Football"takda alasan lutut sakitlah dan 4 bulan takleh jalanlah,nehi sori mintak sertai juga..ok..walaupun arsenal mungkin takde peluang menang tahun ni tapi insyaallah no2 tu dalam genggaman..hehe.... tapi dlm fantasi lutut tak penting yang penting akal yang allah bagi kat kita..hehe insyaallah

erm,kalau kepada Sdr Syazwan Abdullah yg nun jauh di UTM skudai dan Sdr Hafizan saya sarankan anda (sy yakin senada dengan Izwan Efffendi) ...... jgn angan-angan tinggi sangat yang liverpool akan menjuarai Barclays Premier League..tapi kerana keyakinan anda tinggi saya terimalah...tapi hujung musim minta tolong sokong ManUtd Lah ea...hehehehe

erm.....apa-pun kita jumpalah nanti di "Fantasi Football" kita perang dlm alam maya jek..ok...balik Taman Tasik (kecuali Zainol) kita bincang-bincanglah mcm mana format,dan sape tewas mcm mana kita nak buat....yang pasti kita ikut undang-undang islam juga,tiada yang ditindas insyaallah......ohhhh!! sebelum terlupa kepada Hafiz Zainal training betul-betul,kreatifkan taktikal anda,jgn jadi mcm Euro 2008 lepas....anda pasti mampu,Syed Ahmad Dzarif saya harap anda pon sertai jgn nak tumpang tuah orang jek,bersukan sikit apa guna muka hensem tapi bersukan malas....haha..,tapi sahabat-sahabat yang di ATMA Sdr Aufa dan Azrol saya tak mengharap penyertaan anda kerana anda askar dan sukar nak tuntut apa-apa ngan anda........akhir sekali walaupun kita berperang dalam "Fantasi Football" namun antara kita ada titik pertemuan yakni "Kita semua penyokong PAS"....hehe..k wassalam....

*arip dollah sori beb,terpaksa gugurkan nama anda kerana anda penyokong liga perdana Itali,kami semua masih dibumi nyata liga perdana Inggeris (Aufa dan azrol mcm biasalah tali barut liga pape pon on pada dia)..sori arip..k...terpaksa tulis ni pasal aufa ugut aku suh masukkan nama ko.....dia risau takut ko mengamuk satu kampung..haha bukan apa maklumlah ko se taman saga ngan dia..aku lain taman tasik..hehe harap izwan dan syazwan tak kecik hati.

24 Julai 2008

Kasih Seorang adinda kepada kekandanya.


Mesra - (Kasih seorang adik dengan abangnya)

Salam...Segala kemelut dah settle..TV3 dan RTM apa lagi.. keluarkan lah berita Yang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (Al-Mursyidul am-PAS) ok sebenarnya dengan adindanya Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)..Inilah cara politik Islam bila kita berselisih sesuatu pendapat kita duduk bersama (bermusyawarah) menyelesaikan apa yang dihadapi,ikut kembali sunnah rasulullah s.a.w..

Gambar ini memang mahal dan dirakamkan oleh akhbar siasah semalam semasa perjumpaan Tuan Guru Haji Hadi,Tuan Guru Dato' Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul am PAS),Ustaz Nasaruddin Mat Isa,Dato' Ustaz Mohamed Daud (Ketua Dewan Syura PAS),Datuk Abdul halim Abd Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa),Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) keatas Tuan guru Nik Abd Aziz Nik Mat di kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 kota Bharu..

Dengan ini terjawablah spekulasi yang hangat dipaparkan di media-media arus perdana..bak kata Tuan guru dalam buletin utama (TV3) semalam..."tiada muzakarah dengan umno,tapi muqabalah insyaallah.."..hurm...saya sendiri tak tahu dan paham apa maksud muqabalah (Pertemuan) itu,maklumlah saya ni bersekolah pahaman Sekular bukan arab,muqabalah ini ada maksud disebalik maksud utamanya yakni pertemuan.haha.tapi dari apa yang saya baca dalam blog Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz maksudnya macam lebih kurang sama dengan maksud muzakarah yakni "DAMAI" (wallahu'lam) tetapi untuk kefahaman lebih lanjut tentang maksud Muqabalah ni rujuklah blog beliau atau tanya sendiri mana-mana al-ustaz atau Ustazah yang anda kenali..haha... hurm..kepada seluruh ahli parti PAS..tutuplah cerita ea,terbukti jemaah kita ni cepat aman dan tenang kalau dilanda ribut mahupun taufan,..ini semua kerana berkat dukong ISLAM sebagai perlembagaan tertinggi..wallahu'lam


(Gmbr ini Dirembat tanpa izin dlm blog ar-rash ar-rahim..hehe)

23 Julai 2008

Marilah Bersembahyang



Apabila sembahyang ditinggalkan
Atau bersembahyang dalam kejahilan
Atau bersembahyang di dalam kelalaian
Hubungan hamba itu dengan khaliqnya sangat cacat
Atau akan terus terputus,
Kutuk dan laknat pun berlaku
ke atas dirinya Oleh Allah, para malaikat, seluruh makhluk Allah
kecuali dari kutukan jenis jin dan manusia

Kalau begitu apalah ertinya kekayaan?
Tiada erti lagi pangkat kebesaran dan kekuasaan!
Nama dan mencari glamour tiada berguna
Bintang dan darjah kehormatan yang akan menempa celaka
di hari kelak,kerana kegagalan bersembahyang,
Dirikanlah sembahyang di atas waktunya
Di awal waktunya yang ditetapkan

Pertahankanlah jemaah setiap waktu
Betulkan dan luruskan saf-safnya
Betulkan bacaannya Hadirkan hati ketika itu
Fahamkan akan maksudnya yang dilafazkan
Hayatilah tuntutan-tuntutannya
Rasakan kehebatan dan keagungan Allah
Menghina dirilah di hadapan-Nya dengan ikhlas
Agungkan dan besarkan zat-Nya dengan rasa gerun di jiwa
Hilangkan segala yang ada dibenak fikiran dunia
Hanya kewujudan-Nya sahaja yang kita rasa pada waktu dan ketika itu

Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula diperiksa
Dirikanlah sembahyang, jangan hanya bersembahyang
Agar seluruh amalan kita diterima
tetapi bersembahyang lah kerana kita ini seorang Hamba yang hina.
Jangan rasa ianya berat kerana ia berat kerana ke jiwa
miskin iman..Marilah bersolat.utamakan jemaah dahulu.

wallahua'lam

21 Julai 2008

Masa Memilih Jalan Yang Lurus.



Salam...disini saya postingkan satu cadangan berharga dari Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz yang juga anakanda kepada Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat tentang muzakarah antara PAS-UMNO yang amat hangat dipaparkan dimuka-muka depan akhbar arus perdana dan Media-media elektronik di seluruh negara.

kenyataan Ustaz Nik Abduh pada saya amat lengkap dan wajar diamati semua pejuang ISLAM di dalam PAS dan tidak ada masalah untuk pencinta UMNO pun membacanya.ikuti dan bacalah kenyataan al fadhil ustaz Nik Abduh ini..mungkin kenyataan al fadhil Ustaz berbeza dengan kenyataan ayahandanya (yang baru saya baca dlm http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15925&Itemid=1) tetapi penulisan beliau amatlah wajar direnungi dan difahami bersama untuk kearah Malaysia yang aman dan damai.

wallahua'lam


POLITIK DAMAI

Salam Kamunting,

Ramai datang bertanya saya mengenai rundingan PAS-UMNO. Saya jadi laku untuk disoal sebab saya sendiri telah menulis di laman ini mengenainya. Saya menyokong, sedang yang bertanya itu pelbagai. Ada yang datang bertanya sambil membawa kalungan tahniah, ada yang membawa selambak kekeliruan dan yang betul - betul berang dan marah, belum datang lagi walaupun ada yang memang betul - betul berang dan marah dengan tulisan saya.
Bila saya jawab, harapan saya ia menenangkan mereka. Itulah harapan daripada sebuah jawaban. Tapi, siapalah saya untuk menenangkan semua, sedang persoalannya adalah besar. Ia isu terbaru politik semasa walaupun ia bukanlah baru dalam politik Malaysia, apatah politik Islam.

Saya rasa elok untuk dikongsi beberapa persoalan dan jawaban yang merungkai.

1) Bila Islam akan berdaulat di Malaysia dan bagaimana?
Jawaban saya: Bila itu janji Allah. Bila Allah berjanji maka janjiNya adalah benar dan dekat. Dunia ini terlalu dekat dan akhirat itu tidak jauh. Cukuplah bagi seorang mukmin itu sebuah keyakinan yang terpaku di hatinya. Keyakinanlah asas segala pergerakan dan natijahnya.
Bagaimana? Ia berlaku dengan sunnah Allah dan jadualNya. Islam itu milikNya dan kita hanya menikmati perjalanannya. Apabila Allah menghendaki, dijadikan hambaNya yang beriman itu tersedia dengan kekuatan yang cukup, kualiti dan kuantiti, lalu tercetuslah kemenangan yang di nanti.

Kualiti itu mendahului. Ia bermaksud taqwa, ikhlas dan menjadikan ar Rasul sebagai ikutan ( mutaba’at ul Rasul ). Kemudiannya adalah kuantiti. Dihijrahkan ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam demi menyempurnakan tuntutan bilangan yang diperlukan untuk sebuah kemenangan Islam. Dulu satu mampu menewaskan sepuluh. Adapun untuk ummat Nabi akhir zaman, ia memerlukan satu jumlah yang lebih baik ( Rujuk al Anfal:64-65 ).

Bagaimana di Malaysia? Ia sama. Sunnah Allah berjalan. Dalam bicara konteks demokrasi pilihan raya hari ini, Islam akan berdaulat dengan penyempurnaan tuntutan sunnahNya jua.
Kita perlukan undi kualiti. Setiap kita ada satu undi. Tetapi undi seorang ‘Carburator Dung’ untuk PAS tak sama dengan undi seorang tuan guru. Undi tuan guru mengaut ribuan undi pengikutnya. Itulah undi kualiti. Jikalah kita pemilik undi kualiti..

Maka tiadalah jalan untuk perjuangan ini tanpa kehadiran para ulama yang bertaqwa.
Kemudian, kita perlukan undi umat Islam yang ramai. Islam didaulatkan oleh umatnya jua. Tiada dalam sunnah Allah golongan bukan Islam menjadi pendukung kemenangan sebelum umat Islam sendiri. Mereka sekadar membantu. Sesetengah mereka yang dibuka pintu hatinya oleh Allah. Allah memegang hati setiap manusia.

Bangsa Melayulah yang akan memenangkan Islam di Malaysia jika ianya hari ini. Melayu adalah kekuatan Islam. Yang akan memenangkan Islam di Malaysia adalah Melayu PAS, Melayu UMNO dan semua Melayu. Kemudiannya adalah undi muslim bukan Melayu. Undi mereka mungkin lebih berkualiti tetapi bukan pada kuantitinya.

Kemudiannya pula adalah undi bukan Islam. Beberapa individu bukan Islam ( musyrikin ) membantu RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam di dalam perjuangan baginda. Di dalam negara

kita, akan ada sekelompok bukan Islam yang terpesona dengan Islam dan kecewa dengan sistem lain yang akan membantu Islam. Ramaikah? Mungkin, tetapi ia tak mungkin diimpikan daripada mereka melebihi harapan kepada umat Melayu Islam sendiri.

Gobala mungkin ya, tetapi belum lagi Tian Chua, apatah Xavier Fernandes.

Di Kelantan, Islam tidak menang kecuali sesudah Melayu UMNO dan Melayu atas pagar beralih kepada PAS. Samada mereka mendaftar sebagai ahli PAS atau Allah memaut hati mereka untuk mengundi PAS. Jadilah PAS menang dalam demokrasi berpilihan raya.

Justeru, kemenangan Islam adalah melalui gerakan Islam yang dipimpin ulama ( kualiti ) dengan sokongan bangsa Melayu seramainya.

Jika anda memahami ini, maka anda akan faham mengapa orang UMNO begitu bernilai untuk PAS demi kemenangan Islam.

Jika anda memahami ini, maka anda akan faham bagaimana mendekati UMNO adalah tuntutan yang tidak akan berubah dan pudar.

Jika anda memahami ini, anda akan faham betapa berusaha memecahkan tembok keras UMNO yang memagari dan menutup orangnya daripada didekati adalah tuntutan sepanjang masa.

Jika anda sudah faham, fahamilah bahawa berunding dengan UMNO yang telah membuka pintu itu adalah peluang keemasan untuk memperkenalkan Islam kepada ahli UMNO yang telah lama dikongkong pemikiran mereka.

Saya mengupas dalam konteks kita di dalam sistem demokrasi hari ini. Allah lebih tahu bila dan bagaimana sebenarnya. 1% adalah usaha, 99% adalah tawakkal. Sekelumit kecil daripada kita. Itupun kerana Allah inginkan untuk kebaikan kita. Seagungnya adalah penyerahan segala daya dan upaya kepada Allah jua. Itulah akidah kita para pejuang.

2) Tidakkah UMNO itu ditakuti kejahatan mereka dan disempadani tipu daya dan makar mereka? Apa lagi yang diharapkan daripada mereka selepas mereka sendiri menetang Islam mendahului DAP sendiri?

Jawaban saya: Ya, sejarah kejahatan UMNO siapa boleh mengubahnya? Tipu daya adalah sebahagian kejahatan. Tetapi, adakah penyelesaiannya adalah dengan hanya menjauhinya?

Sedang anda memerlukan orang UMNO untuk didekati. Memanggil dari jauh tidak sama dengan memanggil dari dekat. Dari dekat anda mudah didengari dan mudah dikenali.

Adakah kita ini buruk sehingga dijauhi sesudah dikenali atau kita pasti didampingi sesudah dikenali kebaikan kita?

Kemudian, adakah kita sudah begitu lemah untuk berhadapan tipu daya mereka? Mengaku kalah sentiasa selepas perit ditipu berkali - kali.

Adakah kita lemah atau bilakah pula kita akan gagah? Tidakkah kita sendiri yang berkata dan berbangga bahawa kitalah lebih kuat hari ini?

UMNO jahat kerana mereka berkuasa. DAP sudah pun tunjuk belang sebelum mereka berkuasa. Mereka tidak pernah menerima sistem Islam. Hanya wujud beberapa individu yang tampak bersedia menerima. Apa beza dengan UMNO? Anda yakin mereka lebih baik? Yakin? Atau itu hanya satu telahan daripada jutaan. Anda kata UMNO sudah terbukti.

Saya kata, DAP sudah terbukti. Adakah anda menunggu bukti sesudah mereka berkuasa?
Kemudian, sudahkah anda membaca dan memahami ayat ini ( al Anfal:61-62 ) sejelasnya sebelum anda bermati - matian bertempik - tempik menolak rundingan dan menganggap bodoh terhadap penerima rundingan ( sebagaimana ucapan seorang pemimpin di PUTIK ) ?

Mari saya tuliskan maksudnya: “Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”

Lebih cemerlang jika anda memahami bagaimana ayat ini menyusul selepas ayat ke 60 dan disusuli ayat 63. Di situ ada keindahan sungguh. Belajar berilmu dan jangan asyik membodohkan orang. Nanti kamu diperbodohkan. Ayat di atas mudah difahami maksudnya. Tetapi anda akan lebih jelas jika menelaah tafsirnya. Cari dan baca sendirilah. Saya malas nak tulis panjang - panjang.

Kemudian pula, sudahkah anda meneliti dan fana dengan fiqh perjanjian Hudaibiyah di antara ar Rasul dan kaumnya yang musyrikin di Makkah? Jelaskah di kotak faham anda bagaimana demi perdamaian dan keluhuran, ar Rasul memilih penangguhan 10 tahun ( atas kertas perjanjian ) memasuki Kota Makkah dengan kemenangan daripada memilih kemungkinan kemenangan keesokannya melalui serangan dan libasan pedangnya yang perkasa ke atas kota pembukaan itu?

Cerita panjang Hudaibiyah bacalah sendiri. Ada masa saya akan ulas, insya Allah. Sekarang saya malas.

Kita hanya tahu politik perang dengan UMNO. RasuluLlah tahu berperang dan tahu berdamai dengan UMNO Makkah. Baginda mengajar kita politik.
Adakah anda tak nak belajar politik damai sesudah anda mahir politik perang? Nak tak nak? Hah..?

Atau, jika anda mahu menjenguk ke Palestin hari ini, maka di sana ada pelajaran.
Israel itu zalim dan terzalim. Ia membunuh dan membakar. Antara senjatanya, perjanjian damai. PLO seribu kali terperangkap dalam perdamaian. Kemudian datang HAMAS yang lebih baik sebagai pengganti demi perjuangan yang lebih suci.

Adakah HAMAS berkata, NO for peace with Israel? Tidakkan? HAMAS terlibat dengan pertemuan, rundingan dan gencatan senjata dengan Yahudi itu. Bezanya, HAMAS lebih sedia dan lebih cemerlang berbanding PLO dan Fatah sebelumnya. HAMAS pun ditipu, tetapi Israel mengaku HAMAS semakin kuat.

Begitu politik damai!

PAS dan HAMAS, pada perjanjian Hudaibiyah itu adalah ikutan yang baik buat semua pejuang Islam.

Saya tidak akan kata PAS pasti bertambah kuat selepas berdamai dengan UMNO. Saya hanya akan kata, PAS mungkin akan bertambah kuat. Pandai - pandailah pemimpin kita bawa diri.

Struktur parti PAS gagah untuk membuat keputusan. Saya yakini.
UMNO tidak akan rugi jika PAS kuat. UMNO hanya rugi jika mereka semakin jauh daripada Islam. PAS untuk semua. PAS untuk UMNO dan PAS untuk bukan Islam juga.

3) Bagaimana dengan PKR? Tidakkah kita diangap pengkhianat? Kita pengkhianat rakyat?
Saya yakin PKR tidak akan dipinggirkan. Salah besar jika PAS meminggirkan PKR. Tetapi salah lebih besar jika PKR meminggirkan Islam. Jika PKR meminggirkan kepentingan Islam, PKRlah yang mengkhianati PAS.

Saya hanya tahu bahawa PAS berkerja sama dengan PKR sesudah wujud persefahaman bahawa PKR, jika diberi kuasa bersama, mereka akan memberi ruang lebih selesa untuk Islam dan menyekat usaha - usaha membantutkan laluan kepada Islam. Itulah yang saya tahu dan itulah yang anda kena tahu kerana itulah siasah syar’ieyah pada segala maksudnya ( maqasid ).

Selepas pilihan raya yang menyaksikan segenggam kuasa telah diberi dan PKR diberi mandat untuk terus memburu kuasa, PAS menuntut satu penegasan semula atas jaminan sebelumnya.
Apakah jaminan untuk Islam yang lebih baik jika bersama PKR? UMNO sudah datang dengan tawaran baru yang tidak pernah dicadangkannya sebelum ini. UMNO datang begitu sebab mereka lemah dan mereka mengaku kita kuat hari ini. Saya yakin tawaran UMNO menggiurkan.

Di dalamnya ada madu. Di dalamnya ada racun juga.
PAS perlu mengukur pada pengukur Allah. PAS hanya setia pada satu iaitu Islam. Selagi Islam, PAS tidak akan khianat pada rakyat. Ini, kecualilah rakyat lari daripada Islam. Maka jangan kata PAS khianat. Yang khianat ialah rakyat.

Politik tiada hukum selain siasah syar’ieyah. Siasah syar’ieyah bergerak bagai air yang mengalir. Di mana Islam dijunjung, di situlah ia bertakhta.

Jangan hidup dalam teka teki kehidupan. Teka teki membingungkan. Hiduplah pada yang pasti. Tiada yang pasti selain Islam.

4) Adakah PAS akan bergabung dengan BN?
Dua yang saya tahu dan dua yang saya tak tahu.
Yang saya tahu ialah pertemuan telah berlaku. Mungkinkah akan wujud persefahaman, saya tak tahu.

Yang saya tahu ialah tiada pernah wujud usaha bergabung dengan BN. Ia jauh sekali dari tuntutan siasah syar’iyah hari ini. Mungkinkah ia berlaku, saya tak tahu.

Saya harapkan persefahaman berlaku demi Islam. Saya tak harapkan penggabungan berlaku. Saya tak nampak baiknya berbanding hodohnya.

5) Tidakkah ahli PAS akan marah jika perdamaian PAS - UMNO berlaku? Bagaimana jika rakyat marah, apatah bukan Islam?

Adakah anda boleh bayangkan ahli PAS akan marah pada pemimpinnya? PAS bergerak dalam kerangka sebuah gerakan Islam. Ia hidup dengan kekuatan sendiri yang tiada dalam parti politik lain. Dengan jaminan seorang ketua dan syura yang ditaati, adalah sukar dibayangkan ahli bangkit melawan.

Marah itu mungkin berlaku. Marah itu tanda sayang. Marah itu akan reda bila datang keredhaan.

Ya, rakyat mungkin marah sesetengahnya. Tapi ia akan diganti dengan yang lain. Rakyat adalah sokongan yang ditagih, tetapi dalam politik ia seperti angin. Ia datang dan ia berlalu. Yang tetap hanyalah daripada yang memahami perjuangan.

Begitulah bukan Islam. Dalam sejarah politik Malaysia, PAS bukan pengkhianat bangsa dan negara, apatah agama.

diambil darihttp://nikabduh.wordpress.com

Muzakarah yang diinginkan...



“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”(al-anfal 61-62)

Inilah ayat dari kitab suci yang menerangkan betapa muzakarah UMNO-PAS patut diadakan seperti mana saranan Tuan Guru Presiden yang tidak keberatan untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO.

Ini satu perkembangan baik dan positif kearah kesejahteraan umat islam dan melayu di bumi Malaysia ini.Insyaallah jika ianya terjadi mungkin ia menjadi titik tolak kepada kecermerlangan Umat islam di Bumi Malaysia ini,dan sejarah baru dua parti terbesar negara dapat duduk semeja membincangkan permasalahan umat islam dan melayu khususnya.

Namun nun jauh di Kota Darul Naim,Al-Mursyidul am-Pas yang juga Menteri besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berlainan pendapat dan bertegas tiada rundingan dengan UMNO untuk dibuat,ini satu kenyataan yang berbeza dengan Tuan Guru Presiden yang bersedia duduk semeja dengan UMNO.



Sebenarnya,apa yang diperjelaskan TG Nik Aziz itu adalah tiada rundingan melibatkan Parti tetapi beliau tidak menghalang mana-mana pemimpin tertinggi PAS untuk berunding dengan UMNO tetapi rundingan itu haruslah bersifat peribadi.


Seperti yang dilaporkan akbar komuniti Sinar harian hari ini,Tuan guru Nik Aziz takut ini hanyalah perangkap UMNO disaat parti tunjang belakang pemerintahan itu berada dalam keadaan tenat.

Apa yang diperjelaskan Tuan Guru pada saya jelas yang beliau tidak mahu jadi macam tahun 1970 an dahulu dimana PAS masuk sertai Barisan Nasional disaat UMNO cemas menghadapai kemelut 13 mei 1969.


Bak kata Tuan Guru dalam akhbar Siasah keluaran terbaru,beliau bersedia bermuzakarah dengan UMNO tetapi UMNO perlulah bertaubat nasuha terlebih dahulu,dan benar-benar mengakui menerima islam dan perjuangan Nabi Muhammad sebagai landas perjuangan.


Berkata Tuan Guru lagi "kalau kita nak anak gadis orang mestilah tunjuk sungguh-sungguh nak dan mestilah tunjukkan kebaikan kita" kata-kata itu sebenarnya berdasarkan pengalaman Tuan Guru mentadbir kelantan selama 18 tahun dengan penuh cabaran dan dugaan,itu sebab Tuan Guru menyarankan UMNO bertaubat nasuha dahulu sebelum nak mengajak bermuzakarah kerana UMNO sangatlah lantang menetang PAS setiap kali pilihanraya,dan yang paling terkini semasa PRU 12 lepas dengan kempen "PADE DOH 18 TAHUN".


Maka pada pendangan peribadi saya,kedua-dua kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ada maksud tersendiri.Bak kata Ustaz Nik Abduh Nik Aziz "marilah kita masuki era politik damai"..

19 Julai 2008

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN SEORANG WANITA


Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya,
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya,
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas,
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada,Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada,
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya,Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja,
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada,Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya,
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya,Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan,Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya,
Beribadah dengan Allah tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya,Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya,
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya,
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya,Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya,
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya,Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja,
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, “Abang ke mana? Dari mana?Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?”
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik,Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya,
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya,Tidak meninggikan suara dengan suaminya,
kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya,Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja,Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya,Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita,
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?
tetapi ia ada pada semua jiwa wanita cuma mungkin masih lagi tercari-cari bagaimana untuk dikeluarkan..
wallahu'lam..


kenyataan balas kepada Tun_abuya

Salam....

masih lagi tentang apa yang seya tulis semalam...urm..timbul satu salah tafsir Tun_abuya pada saya tentang penulisan semalam..disini saya tegas dengan artikel yang saya tulis dan saya yakin artikel yang saya tulis itu tidaklah menyebabkan mana-mana pihak rasa tersinggung dan tergugat..kenyataan saya berdasarkan pada pengalaman saya sahaja..saya menulis dan mengeluarkan pandangan berdasarkan keatas kapasiti sampai bila sahaja saya berkhidmat dengan organisasi itu...

Mungkin tun_abuya rasa seolah-olah saya melancarkan satu kemelut tanda-tanya? Ya,saya akui kenyataan saya yang Sdr Ismail Zul perlu lari dari bayang-bayang anda..dan saya kekal dengan kenyataan itu dan tidak akan menarik balik...ni bukan nak ajak kearah kemulut tapi sebagai satu peringatan sahaja dari saya kepada sdr Ismail Zul...sebagai seorang sahabat saya mahu Sdr Ismail Zul mempunyai jiwa kepimpinan yang karismatik dan tersendiri.

Tun_abuya mcm saya kata,mmg ada gaya tersendiri maka pada saya tidak perlulah lagi Sdr Ismail Zul untuk mencedok gaya Tun_abuya kerana setiap manusia ada gaya tersendiri,ini lah yang saya kata Sdr Ismail Zul kena lari dari bayangan Tun_abuya...bukan nak suruh jangan ikut caranya? tapi perkayakan lagi cara dan gaya kita..

Apapun saya 'respeck' Sdr Ismail Zul kerana berani...!! ini satu jiwa yang perlu ada pada setiap jiwa orang islam,anda ada peluang dan saya yakin dengan anda,anda seorang imam yang baik dan konsisten dalam solat..kepada Tun_abuya,saya bangga dengan anda,anda seorang yang ada prinsip hidup namun anda kena akui yang anda telah tidak lama lagi disana..buah fikiran anda memang banyak yang bernas dan menjadi tapi anda sekali lagi kena akui,masa anda sekarang hanya melihat sahaja apa yang dilakukan mereka disamping memberi nasihat yang perlu,

saya tak tahu sama ada Tun_abuya dah carik atau tidak pelapis,saya pegang kata-kata Tun_abuya yang mengatakan dengan saya yang JPI tiada pelapis yang benar-benar terampil..sama ada Tun_abuya ingat atau tidak itu saya tidak tahu..apapun saya mendoakan Ismail Zul menang pemilihan dan jika ada wang taruhan harap hilangkanlah ya wang taruhan calon yang ditentang itu.. apa-pun ketidak persefahaman antara saya dan Tun_abuya adalah perkara normal, namun kita kena ingat pernah bersama-sama dalam membincangkan sesuatu,anda kenal saya dan saya pun kenal anda....setakat bertikam pendapat tu pada saya memang dah hobi kita walupun yang kita bincangkan itu hal semut merah dan semut hitam sahaja..he...he...

*kepada tun abuya harap nyatakan maklum balas (jika Mahu) di blog anda,plz jangan komen di ruangan chat saya..ok kerana artikel anda seolah-olah mcm tak cukup je nak tulis...ok...

salam...

Yang Benar.....abuurwah

18 Julai 2008

Siapa Pilihan Saya?

Salam dari abuurwah....,

Pagi yang hening tatkala sedang dalam tugas ini saya mencuri sedikit masa untuk mengulas tentang hasrat sahabat saya Sdr Ismail Zul yang akan bertanding merebut kerusi tertinggi ketua pelajar di Mantan tempat saya menimba ilmu dahulu..walaupun telah pun hanyut dibuai mimpi malam namun saya tetap angkat juga telefon bagi menjawab pertanyaan beliau..

Urm....saya akui ini satu revolusi yang tak pernah terjadi dan yang tidak pernah saya terfikir akan berlaku disana...pertembungan Sdr Ismail Zul dan Sdr Anuar yang juga sahabat saya tidaklah meng'TERKEJUT'kan saya kerana saya mengenali kedua-dua tokoh ini..Secara peribadi dan pengalaman saya tidaklah pernah duduk dibawah naungan kedua-dua calon ini,tetapi saya dapat agak siapa yang akan memenanginya,tetapi ini hanyalah satu ramalan bak kata Saidina Ali Abi Talib K.W "sangkaan orang yang berakal hanyalah satu ramalan"

Antara satu cara untuk menjadi pemimpin ini adalah mempunyai satu jiwa yang lain dari yang lain,jiwa yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin itu perlulah berlandaskan keinginan untuk membantu orang yang dipimpin,bagi saya ini satu jiwa yang perlu ada dalam diri calon itu sendiri.Jika sekadar masuk bertanding kerana ingin nama dan populariti saya yakin keikhlasan perjuangan kita akan dipertikaikan.

Saya mengenali Sdr Ismail Zul sebagai pemimpin pelapis semasa di JPI lagi dan Sdr Anuar semasa dia aktif di Kamsis lagi,kedua-duanya ada ketokohan tersendiri dan kedua-duanya ada personaliti tersendiri..disini bagi saya taktik dan cara berkempen kedua-dua pihak sahaja akan menentukan siapa yang layak untuk menduduki kerusi tunggal itu.Mungkin Sdr Abuya As-Shuhaimi ada formula dan tonik untuk merialisasikan kemenangan Sdr Ismail Zul ,saya kenal cara Sdr Abuya bekerja dan kehadirannya sebagai 'support kepada Ismail' adalah seolah satu kelebihan pada calon..cuma saya berharap dimata pejalar disana tidak memandang pertembungan ini adalah antara Sdr Abuya dan Sdr Anuar...tetapi sebenarnya adalah antara Sdr Ismail dan Sdr Anuar.

Urm....jauh di benak hati saya masih tertanya-tanya kenapa tidak Sdr Abuya sahaja bertanding menentang Sdr Anuar kerana selama hari ketokohannya agak terkedepan dari kedua-dua calon,semasa saya masih ada dahulu pun Sdr Abuya telah menunjukan satu personaliti kepimpinan yang nyata dan berbeza dari pentadbiran Sdr Fauzi..dan tidak keterlaluan saya berkata kehadiran Sdr Abuya menjadi "tink tank" takut menjadi bayang-bayang kepada kepada Sdr Ismail dan kesempatan ini baleh diambil oleh Sdr Anuar untuk menang dengan selesa kerusi itu.

Saya tidak tahu siapakah disebalik Sdr Anuar kerana tiada gambaran yang diberikan oleh Sdr Abuya kepada saya..tapi dari apa yang pernah dilihat oleh saya,ciri-ciri kepimpinan memang ada pada jiwa Sdr Anuar dan dia juga nampak karismatik dalam berkata-kata,mungkin ini menjadi kelebihannya dikhalayak pengundi..yang penting disini jikalau Sdr Ismail Zul ingin mencapai kejayaan dia perlulah ada corak kepimpinan karismatik dan tidak terbawa-bawa sentimen takut dan gabra semasa dalam memimpin sesuatu organisasi,ketegasan memang perlu dalam memimpin kerana yang kita pimpin adalah manusia.

Mungkin orang yang membaca akan tertanya-tanya siapa yang saya sokong?

,jawapannya telah jelas dan pada saya tidak perlu diperjelaskan lagi,jika saya masih didalam mood anda, yang akan saya pilih ialah seorang ketua yang mampu meng'imam'kan solat..antara Sdr Ismail Zul dan Sdr Anuar,kedua-duanya saya pernah mengikut mereka sebagai makmum,tetapi telahan saya mungkin anda yang membaca telah tahu siapa saya sangka menang? seperti kata saya kepada Sdr Abuya "Sayang saya tidak pernah berubah kepada JPI,walaupun jasad telah mati disana" mana saya pergi sekalipun saya akan ingat detik saya dan Sdr Abuya yang ketika itu kami dianggap puak berhaluan kiri dalam organisasi dan Sdr Ismail Zul sebagai pengikut pada masa itu..urmm..."kini yang kiri itu akan menjadi kanan dan dalam islam pun kanan lebih berkat dari kiri" maka anda mungkin dah agak siapa yang akan menjadi pilihan dan menang?? Pilihlah pilihan yang tepat dan telus..


Membangun Bersama Islam

wassalam...





17 Julai 2008

Rindulah untuk ke Baitullah....














Salam..

Unsur dan Perbahasan ibadah memiliki banyak aspek. Antara lain, niat dan keinginan kuat agar mampu melaksanakannya. Ini merupakan motivasi yang bagus, kerana sebahagian remaja dan juga orang muda merasa hairan dan tertanya – tanya, “Untuk apakah kita berbincang tentang ini? Ibadah ini bukanlah untuk kita... Haji adalah ibadah untuk generasi tua!”

Mereka kerap menyangka haji adalah untuk orang – orang yang banyak berbuat maksiat di masa muda serta banyak mengumpul dosa menggunung, sehingga di masa tuanya dia pergi mengerjakan haji agar Allah mengampuni dosa – dosanya itu.

Saudara seangkatanku.... Tidakkah anda rindu untuk mengunjungi Rasulullah s.a.w.? Tidakkah anda rindu untuk berhaji ke Baitullah Ar – Haram (Rumah Allah yang suci)? Anda pasti mengatakan, “Tentu saja saya merindukan itu...” Saya tahu anda begitu rindu akan semua itu. Kerana itu, pupuklah niat untuk mengerjakan haji tersebut mulai sekarang juga.

Saudaraku tercinta... Bangkitkanlah hati sanubari anda.... Sebab kita memerlukan sebuah kepekaan rasa yang akan membekaskan keharuan. Perbicaraan kita ini akan berkisar mengenai nilai spiritual haji yang bergelojak di dalam hati dan insyaAllah akan menumbuhkan buahnya dalam jiwa. Tanamkanlah dalam jiwa akan kerinduan yang teramat sangat terhadap Baitullah.

Percayakah anda jika saya katakan ibadah ini betul – betul penting, khususnya bagi kalangan remaja dan orang muda? Bagaimana jika anda gigih berdoa kepada Allah agar mengurniakan kesempatan dan kemampuan pergi haji ke Baitullah, kemudian ternyata Dia mengabulkannya?

Demi Allah, ini bukanlah hal yang mustahil bagi – Nya.

Sekarang saya berharap dapat mendengar anda mengatakan walaupun di dalam hati, “Ya Allah, kurniakanlah kami (kesempatan dan kemampuan) untuk berhaji ke rumah Mu yang suci.”

Kembali saya ingatkan, aspek niat dalam ibadah haji merupakan aspek yang amat penting! Ibadah haji memerlukan biaya yang besar dan kadang – kadang keadaan ekonomi kita tidak memungkinkan untuk itu.Namun tiada yang mustahil?

Berdoalah kepada Allah dengan hati yang tulus ikhlas, dan pupuklah niat serta motivasi kuat untuk berhaji. InsyaAllah ibadah ini akan dikurniakan untuk anda.Lupakanlah sementara nafsu untuk memiliki kebendaan dan keperluan hidup sebelum anda mengerjakan Haji di Baitullah,tidakkah anda teringin mengerjakan Haji diwaktu Muda sebelum datangnya waktu dimana kudrat anda sudah lagi tidak bermaya?

Ya, siapa tahu? Seseorang itu mungkin berdoa, “Ya Rabbi, berikan kepada kami kemampuan dan kesempatan untuk mengunjungi Rumah – Mu yang suci.... ya Rabbi, hatiku telah rindu untuk mengujungi Rasul-Mu.... Ya Rabbi... janganlah hempaskan harapanku... Ya Rabbi... kabulkanlah permintaanku.”

Adakah Tulisan ini dapat mempengaruhi jiwa anda? Berniatlah sekarang juga dan tuluskan niat anda! bukannya berangan dan menetapkan satu tempoh untuk anda ke Baitullah,Bersedialah untuk kesana bila-bila masa diizinkan allah..rindulah untuk ke Baitullah..

wassalam

16 Julai 2008

Jangan Lupa..

Ingatkanlah kematian kita itu dari detik ke detik dan dari saat ke saat,
Justeru Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua
Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit
Tidak pun sakit boleh mati juga,Hal ini sepatutnya tidak payah diberitahu
Semua orang tahu, kan pengalaman bersama
Ada orang mati kecil, ada orang mati muda,
ada orang mati tua Ada orang mati tanpa sebab apa-apa
Sedang rehat-rehat atas kerusi tiba-tiba terlintuk saja
Ditengok nafas sudah tiada.Oleh itu janganlah senang-senang hati dengan kematian
Kematian bila-bila masa berlaku,Kita tunggulah kematian itu dari nafas ke nafas
Agar kita tidak ada angan-angan yang melalaikan.
Hendak membangun, membangunlah! Tapi ingatlah waktu itu boleh mati
Hendak maju, majulah! tapi kematian boleh berlaku di waktu itu.
Hendak kejar kekayaan kejarlah!
Tidaklah salah selagi halal tapi ingatlah mati
Ingatlah mati di dalam sebarang hal
Agar kita tidak lalai, jiwa sentiasa takut dan gentar dengan Allah
Bila jiwa takut dengan Allah Kita takut hendak membuat dosa di dalam sebarang hal.
Masalahnya Jiwa ni sombong dan Bongkak pada Allah
terlalu merasa hebat dan akan hidup selamanya.
Sedangkan Hakikatnya akan mati
Percayalah manusia tidak akan sedar selagi tiada nilai Taqwa dalam jiwanya.

11 Julai 2008

"Battle of the opposites"? -Ye ker

DEBAT PERDANA
"Hari ini Memerintah,esok turun harga minyak"
Live di TV3 dan Astro Awani (saluran 501) di Dewan Bahasa Dan Pustaka,KL
15 Julai 2008,Jam 09:00pm


Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim
(Ketua Umum PKR)
vs
Datuk Ahmad Shabery Cheek
(Menteri Penerangan Malaysia)


"Harapan Baru Untuk Malaysia"







"Pakatan Rakyat ke Putrajaya 16 September 2008."



08 Julai 2008

Betul Tok Guru !!

Salam......saya baru terbaca satu artikel dari blog Roslan sms akan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mensyaratkan sesiapa yang ingin berkerja sebagai kakitangan awam negeri kelantan diwajibkan bersolat 5 waktu dan solat jumaat sebagai syarat utama selain dari kepujian Bahasa Melayu di dalam SPM, malah Tok Guru juga menyarankan agar ia nya dijadikan syarat Mandatori..saranan ini pada saya sungguh sesuai dan tidak keterlaluan kerana solat itu sendiri adalah wajib bagi seorang penganut agama islam..
Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:
Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).
Saranan Tok Guru ini sebenarnya adalah perlu diterima semua pihak dan tidaklah dianggap hanya sekadar meraih publisiti sahaja..Tidak kira kerajaan Kelantan mahupun lain-lain negeri wajar mewajibkan kakitangan awam mereka bersolat kerana hanya dengan solat sahaja kemungkaran dapat dicegah..Kalau ia nya berjaya direalisasikan saya yakin insyaallah gelaja rasuah,pecah amanah,ponteng kerja,curi tulang dan menggunakan harta kerajaan seperti harta peribadi dapat dikurangkan malah tidak mustahil ia nya akan lenyap terus..dan apa salahnya juga Kerajaan yang menjaga Putrajaya juga mewajibkan solat 5 waktu kepada kakitangannya,jika berjaya nanti saya yakin Alamanda Putrajaya,CSC alamanda,medan Selera Presint 8,Medan Selara Tun Teja Presint 9 hanya akan dipenuhi diwaktu rehat sahaja kerana kakitangan awam dah ada pedoman dan pegangan agama yang kuat melalui wajibnya solat itu..
wallahua'lam......

07 Julai 2008

Siapa Artis Bertudung ni...!!

Pertama Kali terlihat Gambar di Papan Billboard diatas saya sangkakan ia adalah seorang model iklan biasa...rupa-rupa bila diperhatikan ia adalah Cik Farah Fauzana,seorang DJ radio popular tanah air dan juga seorang pelakon...melihat pada Billboard sungguh ayu dan manis Cik Farah Fauzana mengenakan tudung semasa menggayakan sesi pengambaran iklan nescafe ini..Mungkin ramai kawan-kawan menyangkakan ia adalah billboard di Kelantan tetapi sebenarnya ia adalah di Negeri Kedah Darul Aman...sebuah negeri yang baru sahaja diambil alih Oleh PAS melalui kepimpinan Menteri Besar Yang Baru Ustaz Azizan Abdul Razak...


Disinilah cara sesebuah kerajaan mentarbiyah rakyat..tak tertakluk kepada siri-siri ceramah sahaja,dengan gaya iklan di billbord pon boleh juga mendidik rakyat..disinilah letaknya kecantikan islam itu dalam mentarbiyah manusiawi..diharap Negeri Pulau Pinang,Perak dan Selangor juga dapat mengikut jejak Kedah dan terlebih dahulu Kelantan telah mengetatkan syarat pada paparan di billboard disemua kawasan PBT..Hmmmm selepas Maya Karin yang ayu bertudung kini tiba pula Farah Fauzana menghiyasi paparan Billboard di sekitar Kelantan dan Kedah...diharap semua PBT seluruh negara dapat juga mengikuti jejak langkah kedah dan kelantan walaupun Negeri itu diperintah Barisan Nasional.

wassalam

06 Julai 2008

Ucapan Penghargaan Kepada Bilal.



Alhamdulillah... Setinggi Penghargaan Kepada Saudara Bilal @ Billy Joe @ abuya @ As-shuhaimi shuhardi keatas keikhlasan anda membantu saya menghilangkan lagu Juara Akademi Fantasia 6, Stacy dilaman blog saya....selama hampir 4-5 hari saya gagal update blog ini akibat virus menyerang sistem PC saya...alhamdulillah keadaan semakin dapat diatasi dan saya terima baik segala kritikan keatas posting-posting saya dan lagu yang dihidangkan untuk pelawat blog ini...

Sungguh hebat kritikan dari pengunjung tentang lagu Stacy itu bukan seorang malah hampir semua pelawat membelasah saya termasuk orang yang bergambar diatas itu....alhamdulillah lagu itu telah pun dikeluarkan oleh sabahat seperjuangan saya (seperti digambar)...saya mengalu-alukan kritikan pedas dari semua pengunjung blog saya ini...kritikan boleh lah disampaikan di dalam ruangan chating yang disedikan...wassalam..

01 Julai 2008

MUSUH BATIN MANUSIA


Tentu ada sebagian hati kecil kita berkata, kalau benarlah manusia itu patut menyembah Allah, mengapa hati kecil kita selama ini tidak mengajak menyembah Allah, tidak mengingatkan kita menyembah Allah.

Sebabnya, selama ini di dalam diri manusia ada 2 musuh batin yang senantiasa mempengaruhi hati dan akal manusia, yaitu syaitan dan hawa nafsu, yang selalu menggoda manusia, membawa manusia pada jalan kesesatan.Dalam Al Quran disebutkan :"Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang sangat nyata"(Al Baqarah : 168)

Tentang nafsu Allah juga berfirman :"Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan"(Yusuf : 53)

Karana dalam hati manusia itu ada 2 musuh batin, maka hati manusia terus lalai dan derhaka kepada Allah. Kalau takdirnya syaitan dan hawa nafsu tidak ada, maka tentulah manusia akan kenal dengan Allah, cinta dengan Allah, bahkan akan tenggelam dalam mabuk kecintaan pada Allah karana fitrah manusia sejak sebelum ditiupkan roh telah mengenal dan mencintai Allah, Allah lah yang patut disembah dan dibesarkan.

Selain itu kalau kita kaji dengan hati dan akal yang jernih dan bersih,membaca sejarah maka bukanlah sudah menjadi sunnatullah,atau sudah ditakdirkan oleh Allah, manusia di mana ia berada, di peringkat mana pun manusia itu, apa yang Allah takdirkan kepadanya, walau bagaimana pun hebatnya seseorang itu dikhalayaknya,namun mereka tidak dapat mengelak dari bala bencana, ataupun dari perkara yang tidak disukai oleh manusia.kerana ujian itu pasti.

Bala bencana, ujian dan musibah itu ditimpakan kepada semua orang..Orang yang muslim mahupun orang yang kafir, baik orang yang taat mahupun yang durhaka. Misalnya siapakah manusia yang dapat mengelakkan diri dari miskin, kalau tak miskin harta, miskin jiwa. Miskin jiwa lebih parah sebab manusia selalu merasa tak cukup dan tak pernah rasa bahagia.

Karana iman lemah walaupun duit banyak selalu merasa kekurangan. Lebih parah lagi sudahlah miskin harta, miskin jiwa.Kalaulah manusia itu dapat mengelak dari miskin, maka dapatkah manusia mengelakkan diri dari jatuh sakit,sedangkan seorang doktor pun banyak yang ditimpa penyakit dan jatuh sakit. Inilah keadilan dari Allah, sakit itu ditimpakan pada semua orang,tak kira siapa pun. Sakit sebagai utusan dari Allah untuk mengingatkan manusia,jika ia telah terlalai ataupun jika dia telah melampaui batas.

Jikalau manusia tidak miskin, tidak sakit, dapatkan manusia itu mengelak dari fitnah dan umpatan orang sekelilingnya.mesti tidak?? kerana Manusia tidak akan dapat mengelak dari kesusahan yang ditimpakan oleh manusia lain.Selain itu dapatkah manusia mengelak dari bencana alam,taufan, badai, krisis makanan,ekonomi, dll. Ataupun apakah kita dapat mengelak dari kematian ibu dan ayah, isteri, dan anak-anak. Tak ada manusia yang mahu itu semua, tapi Allah timpakan juga. Tidak ada manusia yang dapat melepaskan diri dari ujian hidup.

Semua manusia pasti akan ditimpan ujian,yang kafir kena, yang Islam pun kena. Yang sembah Allah juga akan kena, yang tidak sembah Allah pun kena. Yang taat akan ajaran islam pun kena, yang derhaka pun kena .Semua manusia boleh merasakan, maka tentu lebih baik jadi orang mukmin yang diuji daripada orang kafir diuji. Lebih baik orang yang menyembah Allah itu diuji daripada orang derhaka diuji .

Tidak pernah terpikir dalam pengalaman kita, yang kena uji itu semua yang baik-baik dan alim-alim, yang menyembah Allah, yang patuh kepada Allah sedangkan yang kafir tidak pernah diuji, tak pernah sakit, tak pernah miskin, tak pernah disusahkan orang. Tapi dalam pengalaman kita, semua orang merasakan tak kira orang baik ataupun sebaliknya.Karana itu lebih baik kita ditimpa bencana dalam keadaan patuh, menyembah,dan taat akan Allah, sebab orang mukmin yang sejati, kalau ditimpa sedikit kesusahan dari Allah, maka kesusahan itu adalah sebagai penghapusan dosa. Allah turunkan hukuman pada yang taat di dunia lagi sebelum dihukum di akhirat, sebab hukum di akhirat lebih berat dan pasti tidak akan sesiapa dapat menanggungnya.

Jikalau orang mukmin itu tidak berdosa dan dia redho dengan ujian dari allah, maka itu merupakan satu proses peningkatan darjat dan pangkat dari Allah. Kalau orang itu derhaka terlebih-lebih lagi orang Fasiq,Munafiq dan kafir, maka ujian itu merupakan kutukan Allah di dunia dan akhirat. Di dunia sudah ditimpakan neraka dunia, di akhirat akan ditimpakan neraka yang lebih berat lagi, boleh jadi kekal abadi.Jadi tidak ada alasan untuk kita tidak menyembah Allah.

Kalau kita katakan sembah Allah nanti boleh sebabkan kemiskinan, maka bila kita tidak menyembah Allah pun boleh menjadi miskin malah miskin kita itu miskin hina. Kalau kita baca dan tengok di akhbar dan TV berita-berita orang bunuh diri,dibunuh,kecelakaan jalan raya, maka bukan saja orang yang taat terkena, yang tak kenal langsung Allah pun kena juga.Cuma akal dan hati kita tak dapat menilai, sudah diganggu oleh syaitan dan hawa nafsu, maka kita sudah tidak kenal akan Allah. Padahal kalau kita dapat menilai, betapa setiap bala dan ujian itu diratakan kepada semua manusia, maka mengapa kita takut susah, takut miskin karana menyembah Allah,kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya,mengapa kita takut akan masa depan sedangkan Allah itu maha kasih dan sayang terhadap hambanya,dan mengapa kita masih derhaka pada Allah sedangkan kita langsung tiada daya upaya nak melawannya.

wallahu'lam