21 Julai 2008

Muzakarah yang diinginkan...



“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”(al-anfal 61-62)

Inilah ayat dari kitab suci yang menerangkan betapa muzakarah UMNO-PAS patut diadakan seperti mana saranan Tuan Guru Presiden yang tidak keberatan untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO.

Ini satu perkembangan baik dan positif kearah kesejahteraan umat islam dan melayu di bumi Malaysia ini.Insyaallah jika ianya terjadi mungkin ia menjadi titik tolak kepada kecermerlangan Umat islam di Bumi Malaysia ini,dan sejarah baru dua parti terbesar negara dapat duduk semeja membincangkan permasalahan umat islam dan melayu khususnya.

Namun nun jauh di Kota Darul Naim,Al-Mursyidul am-Pas yang juga Menteri besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berlainan pendapat dan bertegas tiada rundingan dengan UMNO untuk dibuat,ini satu kenyataan yang berbeza dengan Tuan Guru Presiden yang bersedia duduk semeja dengan UMNO.



Sebenarnya,apa yang diperjelaskan TG Nik Aziz itu adalah tiada rundingan melibatkan Parti tetapi beliau tidak menghalang mana-mana pemimpin tertinggi PAS untuk berunding dengan UMNO tetapi rundingan itu haruslah bersifat peribadi.


Seperti yang dilaporkan akbar komuniti Sinar harian hari ini,Tuan guru Nik Aziz takut ini hanyalah perangkap UMNO disaat parti tunjang belakang pemerintahan itu berada dalam keadaan tenat.

Apa yang diperjelaskan Tuan Guru pada saya jelas yang beliau tidak mahu jadi macam tahun 1970 an dahulu dimana PAS masuk sertai Barisan Nasional disaat UMNO cemas menghadapai kemelut 13 mei 1969.


Bak kata Tuan Guru dalam akhbar Siasah keluaran terbaru,beliau bersedia bermuzakarah dengan UMNO tetapi UMNO perlulah bertaubat nasuha terlebih dahulu,dan benar-benar mengakui menerima islam dan perjuangan Nabi Muhammad sebagai landas perjuangan.


Berkata Tuan Guru lagi "kalau kita nak anak gadis orang mestilah tunjuk sungguh-sungguh nak dan mestilah tunjukkan kebaikan kita" kata-kata itu sebenarnya berdasarkan pengalaman Tuan Guru mentadbir kelantan selama 18 tahun dengan penuh cabaran dan dugaan,itu sebab Tuan Guru menyarankan UMNO bertaubat nasuha dahulu sebelum nak mengajak bermuzakarah kerana UMNO sangatlah lantang menetang PAS setiap kali pilihanraya,dan yang paling terkini semasa PRU 12 lepas dengan kempen "PADE DOH 18 TAHUN".


Maka pada pendangan peribadi saya,kedua-dua kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ada maksud tersendiri.Bak kata Ustaz Nik Abduh Nik Aziz "marilah kita masuki era politik damai"..