30 Jun 2008

Bersabarlah Anwar



Salam.....nampaknya Dato'Seri Anwar Ibrahim masih belum boleh tenang lagi dalam hidupnya..
setelah mahkamah agung memutuskan 5 tahun lepas yang beliau tidak bersalah atas salah laku liwat kali ini kes itu bergema kembali disaat karier politiknya memuncak..adakah benar atau sebaliknya hanya allah s.w.t yang tahu...tapi saya tetap yakin yang Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak seburuk itu akhlaknya...mungkin disaat kehadirannya di putrajaya hampir pasti ramai musuh-musuh politiknya mengaturkan langkah untuk mematikan hasratnya agar rakyat yang memberikan sokongan pada beliau semasa pilihanraya umum lepas merasakan dirinya hipokrik dan bertopengkan syaitan...

eloklah rakyat Malaysia bersabar dan mendengar nasihat YAB Perdana Menteri agar biarlah mahkamah menentukan...kepada pelapor itu ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang beriman..janganlah kerana duit sanggup memfitnah..dunia ini hanya sementara dan akhirat itu adalah sebaik-baik tempat kembali...saya sedih surat khabar arus perdana melaporkan berita berat sebelah pada Penasihat Parti Keadilan Rakyat ini...sepatutnya kita beri ruang yang cukup untuk Dato'Seri Anwar menjawab tuduhan keatasnya bukanlah menghentamnya seolah-olah dia telah bersalah...

ingatlah firman allah bermaksud: Dan (ingatkah bahawa angkara) fitnah iaitu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. (Surah al-Baqarah:ayat 191)

Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 25:
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.”

Kepada Dato' Seri Anwar dan penyokong-penyokongnya Sabarlah dalam Menghadapi Ujian dan Kesulitan...sesungguhnya ada hikmah mengapa ia nya kembali terjadi pada diri anda dan pengikut anda...

Takbir!!!!




27 Jun 2008

Salam Buat Dunia..


salam...pertama sekali masa dapat gambar ini diperoleh saya telitikan juga siapa gerangannya lukisan cantik ini...dah lama-lama melihat tgk rupanya YB Nurul Izzah Anwar (ahli Parlimen Lembah Pantai) yang juga digelar puteri reformasi,padanlah macam peneh tengok... tapi tertanya-tanya juga kenapa tajuknya "salam buat dunia" dan ditampilkan gambar Tunku Abd Rahman Putra, Tan Sri P.Ramlee dan seorang lagi saya tak kenal siapa..??? mungkin ada tersirat disebalik gambar itu...??? Ya lah Perdana Menteri Pertama adalah ikon bagi negara kita dan P.Ramlee adalah Lagenda Perfileman Malaysia..dan mungkin juga insyaallah YB Nurul Izzah Anwar satu hari nanti bakal PM Malaysia wanita pertama...Kerana itu tajuknya "Salam Buat Dunia" mungkin Puteri Sulung Pemimpin Karismatik Dato' Seri Anwar Ibrahim (De Factor PKR) ini bakal menggegarkan dunia Politik tanah air..dan mungkin juga gambar yang dibuat diatas menunjukan seseorang yang tabah dalam perjuangan..Tunku Abdul Rahman seorang yang tabah dalam menuntuk kemerdekaan dan P.Ramlee juga seorang yang gigih berusaha menghasilkan karya yang bermutu dan sekarang lihatlah hasilnya masih lagi segar walaupun sudah beribu kali diulang tayang setiap filem-filemnya..Mungkin juga YB Nurul Izzah Anwar akan menjadi ikon pada seseorang kerana beliau juga seorang tabah dalam hidup,pernah lalui kesukaran hidup semasa penahanan bapanya,dan kini bergelumang dengan dunia politik dan seorang ibu muda..mungkin ada sesuatu yang boleh diambil iktibar dari hidup beliau...kepada wanita khasnya diluar patut mencontohi beliau kerana berjuang bukan sahaja untuk keluarga malah berjuang untuk rakyat..dan terpilih mewakili lembah pantai satu kawasan yang padat dengan penduduk dan berbagai-bagai karenah manusia..sama-sama kita merenung...
wallahu'lam

26 Jun 2008

PENDORONG IBADAH

Usaha-usaha membaiki diri ini memang susah kerana tiga faktor iaitu:

1. Memerlukan mujahadatun nafsi yang serius.

2. Latihan mengawal nafsu ini satu kerja yang sangat menjemukan dan meletihkan. Risikonya, payah hendak istiqamah.

3. Banyak halangan dan rintangan yang menyekat iaitu dunia dan tarikannya serta keluarga dan sahabat-handai yang melalaikan kita.

Kalau begitu halnya, apa yang patut kita buat untuk mengatasi keadaan ini? Apa pula pendorong untuk kita terus berjuang membaiki diri? Jawapannya ialah ilmu rohaniah inilah pendorongnya. Yang patut kita buat ialah:

1. Suluh kelemahan diri kita.

2. Bangkitkan kesedaran jiwa.

Kedua-dua ini hendaklah dibuat melalui tafakur. Antara perkara-perkara yang boleh kita tafakurkan ialah:

A. Lemahnya diri kitaMari kita sama-sama tafakur, merenung sekejap ke dalam diri kita. Rasakan di hati kita bahawa kita ini hamba Allah yang maha dhaif, lemah dan hina. Buktinya:

1. Bolehkah kita elak diri kita dari sakit? Kalau terkena atau tercucuk duri yang halus dapatkah kita menahan bisanya? Itupun sudah terlalu sakit, sudah tidak tertahan lagi rasanya. Itulah tanda lemahnya kita. Bolehkah kita melihat kalau jarum tercucuk di mata kita? Bolehkah kita bernafas kalau air tersumbat di hidung kita? Tentu tidak boleh. Itulah tanda lemahnya kita ini. Apatah lagi kalau Allah tarik satu sahaja urat saraf kita, meranalah kita seumur hidup.

2. Bolehkah kita elak dari orang caci maki dan kata kita?

3. Bolehkah kita menolak dari bencana alam yang melanda mengejut pada kita? Tentu tidak boleh walaupun berkumpul seluruh tenaga makhluk yang berada di langit dan di bumi. Bencana alam tetap terjadi juga. Kita tidak mampu menahannya. Banjir yang melanda, datangnya tidak mampu diempang. Angin taufan, ribut yang mengangkat dan menghumban, tidak mampu kita membendungnya. Gempa bumi yang dahsyat yang membunuh segala hidupan, tidak kuasa manusia menahannya. Lemahnya manusia ini.

4. Dapatkah kita menahan kematian orang yang kita cintai? Akhirnya kita juga akan mati. Dapatkah kita menolaknya? Tentu tidak mampu. Betapa lemah dan hinanya kita. Sudah mati jadi bangkai. Tidak seorang pun yang mahukan jasad kita itu. Isteri tidak mahu. Suami tidak mahu. Anak-anak pun tidak mahu. Ibu ayah tidak mahu. Kekasih pun tidak mahu. Sebab itulah orang hantar cepat-cepat ke kubur kerana kalau dibiarkan, busuk!

Bila dinilai bukti-bukti tadi menggambarkan betapa hinanya kita. Cuba kita rasakan kehinaan dan kelemahan itu setiap ketika dan kita bawa perasaan itu di mana-mana.

B. Nikmat yang kita dapatHitung-hitungkan pula nikmat-nikmat yang ada pada kita. Mata, hidung, mulut, telinga, kaki, tangan, akal dan lain-lain lagi yang sangat penting untuk kehidupan kita itu.

Fikirkanlah tentang akal yang dikurniakan pada kita. Alangkah berharganya. Dengan akal itulah kita jadi cerdik, pandai dan bijaksana. Dengan akal itu juga kita membelah bumi, menerobos angkasa, menguasai lautan dan daratan. Kita bebas buat apa saja semahu-mahunya. Hatta jadi kaya-raya dan berkuasa.

Menungkanlah, apakah layak akal yang begitu mahal kita gunakan hanya semata-mata untuk meruntuhkan tamadun manusia dengan berperang dan membunuh? Rasakan di hati takut pada Tuhan kerana sebelumnya kita tidak gunakan akal itu untuk memikirkan kebesaran-Nya dan nikmat-nikmat pemberian-Nya yang ada pada kita.

C. Nikmat di luar diri kitaFikirkan dan hitungkan pula nikmat-nikmat Allah yang berada di luar diri kita. Hitung berapa banyak harta, duit, rumah, kereta, perabot, pinggan mangkuk, periuk belanga, kain baju, kasut, barang kemas, makanan yang kita simpan, berapa jenis lauk yang dimakan untuk satu hari, berapa banyak kenderaan kita, kebun, anak-anak, isteri-isteri, kawan-kawan, pengikutpengikut, pembantu-pembantu, udara yang dihirup, bumi yang dipijak, cahaya matahari yang kita dapat manfaat darinya.

Rasakan di hati bahawa alangkah banyaknya kurniaan Allah pada kita selama ini.Kemudian pandang ke langit. Lihatlah besarnya ciptaan Tuhan itu. Tergantung tanpa tiang. Walhal rumah kita yang kecil pun ada tiangnya. Bumi yang terhampar tempat kita berpijak, sangat berguna pada kita.

Saksikanlah matahari yang turun naik, yang cahayanya sangat memberi manfaat, yang menjadikan silih bergantinya siang dan malam, memberi peluang untuk kita bekerja dan rehat. Menjadikan waktu yang bermusim juga sangat berfaedah pada manusia. Air yang disedut naik, hujan yang turun, ini memberi bekalan air untuk seluruh hidupan.

Memeriahkan alam dengan cahaya. Tenaga solar serta tenaga elektriknya. Rasakan ke dalam hati kita betapa pentingnya ini semua. Rasakan betapa perlunya nikmat-nikmat ini dalam kehidupan kita.

Fikirkanlah! Bolehkah manusia mencipta tanah, api dan air itu? Dapatkah kita tumbuhkan pokok? Yang kayunya kita gunakan untuk membuat rumah itu? Dapatkah kita buat segala keperluan-keperluan asas yang jadi peralatan hidup kita itu? Bolehkah hidup tanpa kita gunakan barang-barang ciptaan Allah itu? Tentu tidak.

Oleh itu datangkan rasa insaf pada diri kita bahawa kita tidak mampu mengadakan itu semua.Bila kita sedar begitu barulah kita terasa perlunya Allah itu pada kita. Barulah kita terasa patut kita menyembah-Nya. Barulah terasa patut kita taat perintah-Nya. Kalau begitu bukankah patut kita patuh kepada-Nya. Bukankah patut kita jadikan Allah itu Tuhan kita. Tidaklah kita hendak bertuhankan diri kita lagi. Inilah pendorong untuk kita beribadah.Bila kita bawa berfikir tadi barulah kita terasa Tuhan itu terlalu berjasa dan pemberi.

Barulah terasa patutnya kita bersyukur pada Allah kerana segala-galanya adalah ciptaan-Nya dan pemberian- Nya. Bukan kita buat sendiri. Inilah pendorong.

D. Kehidupan selepas matiLihatlah kepada kehebatan dunia ini. Semua yang kita miliki itu nanti akan terlucut dari kita kerana dunia ini negara yang fana. Allah jadikan kita bukan untuk tinggal terus di sini buat selama-lamanya. Tetapi akan mati dan pulang ke negara asal, negara Akhirat yang kekal lagi abadi. Yakni Syurganya kekal, Nerakanya juga kekal.

Nikmatnya kekal, azab siksanya pun kekal.Cuba kita rasakan nikmat Syurga yang kekal itu. Tiada bandingan dan tandingannya. Masya-Allah terlalu hebat! Patah lidah untuk mengungkapnya. Tiada bahasa yang dapat menggambarkannya. Tiada mampu mata pena untuk menulisnya. Mahligainya saja sudah seluas langit dan bumi, dibuat daripada emas, permata, dinding yang berkilau-kilau cahayanya, atapnya intan berlian yang tidak terkata indahnya dan nikmat berada di dalamnya.

Seorang yang bertaqwa saja memiliki berpuluh-puluh buah bandar. Kalau rumahnya saja seluas langit dan bumi, agaknya berapa pula luas sebuah bandar? Apatah lagi kalau berpuluh-puluh buah bandar. Tentulah tidak dapat hendak dibayangkan betapa luasnya bandar-bandar kepunyaan seseorang itu. Tidak dapat pena menulisnya. Tidak ada kiraan di dunia ini. Peralatan mewah dalam mahligai itu pula tidak pernah rosak-rosak.

Bahkan makin dipandang, makin cantik. Semakin terasa nikmat. Sekali pandang lain cantiknya. Dua kali pandang, lain pula cantiknya. Tidak pernah jemu-jemu menikmatinya.Kenderaan di Akhirat pula ialah apa saja yang kita inginkan. Teringat saja, sekelip mata datang. Teringat hendak naik kapal terbang, niat saja terus berada dalam kapal terbang yang diidamidamkan. Terbanglah selaju mana yang kita mahu dan ke mana saja yang kita ingin tuju, tidak pernah rasa bimbang dan cemas. Kalau naik kapal terbang dunia, hati selalu diragut takut tetapi di Akhirat, kalau ingin jatuh, ia jatuh tapi tidak sakit. Sebaliknya tetap lazat.

Rasakan pula nikmat di Akhirat itu tidak pernah lapar-lapar. Atau tidak pernah haus-haus. Sentiasa kenyang. Makanan yang kita makan tidak pernah menjemukan. Sebab rasanya berlainan. Suapan pertama dengan yang kedua, berlainan rasanya. Begitulah seterusnya. Untuk satu jenis buah, kita akan dapat berpuluhpuluh jenis rasa. Jadi tidak pernah jemu memakannya. Makin di- makan makin hendak dan semakin lazat.

Demikian juga dengan jenis-jenis makanan yang lain. Makanlah sebanyak mana pun tidak akan memudaratkan. Tidak menyakitkan perut. Tidak juga susah payah untuk ke jamban. Tidak payah buang najis yang busuk itu. Tidak ada istilah tahi lagi seperti tahi mata, tahi telinga dan tahi gigi. Semuanya sedap-sedap, baik-baik, lazat dan indah-indah sahaja.

Hatta peluh kita pun berbau wangi.Rasakan pula setiap orang bertaqwa itu hadiahnya ialah bidadari-bidadari yang cantik jelita. Bukan seorang tetapi berpuluh-puluh dan beratus-ratus orang, yang nikmat dan kepuasannya tiada tolok bandingannya dengan dunia ini. Seperti firman Allah dalam Al Quran:Maksudnya:“Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli. Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka inginkan. Di dalam Syurga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tidak pula perbuatan dosa. Dan sekeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk melayani mereka, seakan mereka itu mutiara yang tersimpan.” (At Thur: 20 - 24)

Kemudian kita rasakan ke lubuk hati kita betapa azabnya Neraka yang kekal itu. Penderitaannya amat dahsyat dan mengerikan Api yang dahsyat itu 70 kali ganda panasnya dari panas api dunia. Api di dunia pun kita tidak boleh pegang, apatah lagi api Neraka. Kita berada dalam rumah api, dinding api, bumbung api, lantainya api, makanannya api, minumannya api, pakaiannya api, bantalnya api dan segala-galanya dalam api. Apabila hancur daging-daging tubuh kita maka digantikan dengan daging baru, dibakar lagi hingga jadi bara dan diganti lagi.Begitulah terus-menerus.

Rasakan di hati, aduh, betapa sakitnya. Dahsyat dan ngeri. Rasakan di hati takut yang amat sangat.Di penjara Akhirat itu, seluruh kaki tangan diikat dan disatukan. Dihumban dan tenggelam di dalam api yang ombaknya bergelombang, menggulung dan membakar. Bila tubuh kita jadi bara dan hangus, diganti dengan kulit yang baru, kemudian diseksa lagi.

Di samping itu malaikat Zabaniah yang tidak pernah senyum-senyum mencemeti terus setiap detik hingga jadi hancur-lebur, bersepai-sepai.Gambarkan betapa dahsyatnya azab yang pedih itu yang tidak akan tertanggung oleh kita. Itu baru sedikit gambaran yang dapat digambarkan. Tidak akan tertulis hal keadaan yang sebenarnya betapa rasa azab itu. Yang diceritakan itupun sudah cukup untuk menggambarkan betapa ngerinya.Kemudian datangkan rasa takut itu berterusan di hati kita.

Di sana tidak ada yang boleh membela dan membantunya. Pangkat kita, kereta menjalar, pengikut-pengikut, pemimpin-pemimpin, ibu ayah, suami, isteri, anak-anak dan sahabat-handai kita, seorang pun tidak menjenguk kita. Tidak ada sebarang makhluk pun yang akan datang menolong meringankan penderitaan yang maha dahsyat itu.

Rasakanlah di hati, kita sendirian nanti menanggung kesakitan itu, yang penderitaannya puluhan kali ganda seperti yang disebutkan.Kalau kesemua rasa-rasa yang kita gambarkan di atas tadi dapat diresapkan secara serius ke dalam hati nurani kita, langsung kita bawa hati itu ke mana-mana, itulah yang jadi motor atau power yang kuat untuk mendorong hingga kita mudah dan ringan untuk membaiki diri. Inilah yang dikatakan hati mukmin. Al hasil kita tidak tergamak untuk melakukan dosa-dosa kecil, apatah lagi dosa besar. Kita akan rasa malu.

Hati mukmin ini walaupun fizikalnya bersama dengan makhluk tetapi hatinya tetap dengan Allah. Hatinya sentiasa meneroka alam Akhirat. Hatinya sentiasa takut dengan Allah, rindu dengan Allah dan Syurga-Nya. Perasaan-perasaan inilah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan di Akhirat. Tetapi kalau kesedaran jiwa dalam hati seseorang itu tidak ada, apakah yang akan jadi pendorong untuk mengelak daripada kemungkaran? Apakah yang jadi pendorong untuk cinta Allah dan hari Akhirat?

Tentu tidak ada.Kalau perasaan ini tidak wujud di hati, apa yang akan terjadi ialah:

1. Makin tinggi ilmu seseorang, makin alim dia, makin jahat lagi sifatnya.

2. Bertambah kaya seseorang itu, makin dia angkuh dan sombong.

3. Makin berkuasa seseorang itu, bertambah lagi zalim dan kejamnya.

4. Bolehkah kita percaya dia dapat berlaku adil, tidak rasuah, tidak menipu, tidak mencuri masa dan lain-lain lagi? Apakah jaminannya? Tentu tidak ada.Oleh itu sematlah perasaan-perasaan di atas. Moga-moga ia dapat membantu kita dalam membaiki diri. Inilah jalan yang menyelamatkan kita yakni bila hati kita selalu sedar dan insaf. Tetapi jika sebaliknya berlaku, ertinya hati dalam kelalaian, hati tidur atau hati buat. Hati kalau sudah buat, dia tidak nampak lagi jalan yang selamat untuk ke Akhirat.

wallahu'lam...

25 Jun 2008

Oh Marshanda (SOLEHA)..

Sebelum membuat ulasan lebih lanjut tentang perkara ini eloklah saya tenteramkan sahabat-sahabat saya tentang gambar disebelah ini..ok...haha (jgn lah timbul kan spekulasi yg bukan-bukan tentang pic pelakon terkenal indonesia ini...insyaallah ada jodoh adalah nanti..huhu),takdelah ayat tadi itu hanyalah gurauan semata-mata...kat dalam posting saya kali ini saya dah mengulas sedikit tentang cerita sinetron yg sedang hangat ditayangkan di TV9 (dekat dihati) yg bertajuk SOLEHA.......

Ramai suka cite ni....dan ramai juga yg sebut-sebut akan cite sinetron bintang muda indonesia ini (marshanda) termasuk sahabat saya yg kuat integriti keislamannya..huhu semalam sepanjang tayangan cerita itu barulah saya berkesempatan menyaksikan 30 min cerita itu semasa pulang dari kerja....huh~ cantik juga marshanda bertudung...haha tapi bukan cantik kerana marshanda bertudung yg saya nak bawakan tetapi jalan ceritanya yg saya nak ulas sedikit...



Pada saya keseluruhan ceritanya ok!! mcm cite-cite lain juga yang ditayangkan baik dari produksi malaysia mahupun indon....unsur jalan ceritanya berunsur "CINTA" lah, satu unsur standard mane-mane cite kerana cinta ini mmg manusia suka.tetapi setelah saya perhatikan ceritanya ternyata jalan cerita itu dicampur adukkan dengan tatacara kehidupan barat....Sape yg tgk cite tu mesti tahu yg Marshanda ni seorang konduktor bas disamping "part time" ajar budak mengaji di pasenteran (pondok agama) pd sebelah petang dlm rutin hidupnya...disini satu nilai yg baik ditunjukan kerana secara tak langsung menunjukan seorang wanita yang gigih dalam mencari rezeki dan keredhoan ALLAH s.w.t

Yang cacat celanya dalam cerita ini adalah si SOLEHA ini bercinta dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai "drebar bas"(nama pelakon ni saya tak tahu)...Umum tahu bercinta sebelum kahwin ni adalah salah disisi islam kerana ia banyak mendatangkan kemurkaan ALLAH daripada rahmat ALLAH...mmg secara pandangan tepat cerita ini nmpk mcm sempurna...Ya lah si SOLEHA ini pun baik dan teman lelakinya pun baik akhlaknya saya lihat dlm cerita tu...tapi "slacknya" mereka bercouple....sepatutnya ditunjukan satu contoh teladan yang baik dlm cerita sinetron ini...SOLEHA ini dah cukup dah imej wanita muslimah idaman lelaki baik tapi kegagalannya mengawal nafsu tu yg menyebabkan dia bercinta dengan "drebar bas"..dalam cerita ini juga ada babak si "drebar bas" itu memberi cincin tanda sayang 'bangat' sama soleha..haha.....cara yang diterjemahkan oleh si "drebar bas" itu adalah cara orang nasrani melamar teman wanitanya...islam dah gariskan kalau seseorang lelaki suka akan seseorang wanita itu hendaklah dia merisik dan hantar rombongan meminang seperti yang ditetapkan islam....ni dah lah si "drebar bas" tu kasi cincin kat tempat yang tersorok..dan bukankah islam melarang berdua-duaan Seperti sabda Rasulullah (saw): "Janganlah seorang laki-laki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya." (HR. Imam Bukhari Muslim).


Disitu sahaja dah nampak betapa rendahnya pegangan agama SOLEHA walaupun dia seorang yang zahirnya nmpk alim...kerana mereka berdua telah pun mendekati zina sesuai dengan firman allah "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." Surah al-isra ayat 32..jika SOLEHA ini benar-benar berpegang utuh akan ajaran islam pasti dia tahu Cinta yang paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah bukannya kerana manusia..

memang akan ada pembaca blog ini akan berkata "alah berlakon je,tu pun nak kecoh"...pada saya yes memang mereka sedang berlakon tetapi imej islam tu yang menjadi persoalan sekarang..sepatutnya ditonjolkan satu imej sebenar islam dalam bab percintaan agar yang menonton tahu dan tidak keliru...kesannya boleh nampak sana-sini...budak-budak tak segan silu ber"couple" seolah-olah macam baru kahwin malam tadi....ini semua kesan dari cerita-cerita seperti SOLEHA ini...budak-budak yang tak kuat pemahaman tentang percintaan dalam islam ini akan terikut-ikut akan apa yang dibuat SOLEHA tanpa sedar yang benda itu salah sebenarnya....apatah lagi budak-budak yang dah terang-terang jahil....saya taklah bimbang sangat tentang budak-budak yang dah jahil dan teruk kerana pada saya mereka couple pun atas dasar kehendak mereka dan nafsu dan kalau kita tegur pun mungkin ada yang menerima(alhamdulillah) dan ada juga yang akan menentang malah mentarbiyah kita balik...tetapi budak-budak islamik yang masih di sekolah menengah ini..tgk bertudung fuh!! leh tahan labuh...(baik budak ni) dan lelaki ngan pakai songkok pegi sekolahnya HUH~ (bagus dak lelaki ni) ngan siap jalan tunduk lagi tu dan siap peluk buku teks pinjaman lagi bila berjalan...ini semua budak-budak baik yang jiwanya bersih yang masih tidak kotor..tetapi mereka pun mcm orang lain juga tengok TV sebagai hiburan dikala bosan...tuptup!! tgk cite mcm cite SOLEHA...punyalah best cite tuh,sampai meresap dlm jiwanya akan kebaikan SOLEHA..dan akhirnya bisikan halus syaitan tu menyuruh si penonton itu tiru mcm SOLEHA..tiru apa??

pasti syaitan suh tiru cara SOLEHA bercinta takkan syaitan suh tiru SOLEHA punya akhlak sebagai seorang muslimah yang sabar dan tawadduk....akhirnya!! mungkin ada tersangkut tipu daya syaitan itu...dan inilah kebimbangan saya tentang cerita SOLEHA ini....dan apabila dah tersangkut dengan tipu helah syaitan...astagfirullah!! disini marilah kita bersama-sama paham akan setiap cerita yang kita tengok....jgn main tgk jek lepas tuh jatuh cinta ngan akhlak cerita itu....ada baiknya cerita SOLEHA yang saya lihat....tetapi dalam kebaikan yang ditonjolkan SOLEHA sebagai muslimah yang alim dan baik budi akhlaknya terkandung satu nilai rendahnya dalam bab percintaan....sayang sekali kalau mcm ni di alam realiti..??

diharap siapa yang membaca dapatlah membuka minda disebalik apa yang disampaikan...saya pun malas sebenarnya nak ulas bab cinta-cinta ni kerana terasa mcm berat dan takut salah cerita nanti...Prof Madya Dr Mat Saat Baki, seorang pakar Psikologi pernah menulis;” Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu metos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari masa ke masa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagian tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagian….” maka kita menilailah cinta itu mengikut cara sendiri tetapi berpandukan seperti mana yang ditetapkan islam kerana cinta ini memang satu anugerah dari allah bertepatan firmannya "Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan yaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik." (Surah Al-Imran ayat 14). dan diharap juga semua yang sudi membaca ini pegang kata-kata ini "Cinta yang paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah" insyaallah selamatlah cinta itu...kalau ia berpisah pun tidak meninggalkan bekas yang teramat pedih dan kalau dikabulkan pun akan membuatkan seseorang itu bertambah utuh keimanannya kepada penciptanya..
wallahu'lam...


abuurwah...

24 Jun 2008


22 Jun 2008

Kuliah Maghrib di Masjid Al-azim Pandan Indah.

Jemputan Kuliah Maghrib Perdana ..insyaallah
yang dipimpin oleh al-musyidul am PAS


Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Dato'Menteri Besar Kelantan)
di Masjid Al-Azim Pandan Indah,Ampang
pada jam 1940 (7:40pm)..

Semua Muslimin Muslimat berdekatan dijemput hadir kuliah yang julung-julung kali ini...semoga kehadiran kita memberi manfaat pada perjuangan menegakkan islam dibumi Malaysia..


Takbir !!


21 Jun 2008

Antara Kuali dan Hamba Yang Hina..

Kuali itu diletakkan di mana pun dan di dalam keadaan apa pun,
Ia tetap kuali,Kuali itu tetap hitam legam,
Beralih tempat dan suasana ia tidak akan mengubah hakikatnya,
Kuali tetap kuali Ia tidak akan jadi intan berlian,Letak di dapur pun kuali,
Letak di serambi pun kuali,Sekalipun diletakkan di pelamin,Tempat yang indah dan mulia,
Ia tetap juga kuali,Begitulah manusia, HAMBA Allah,Di mana pun ia berada,Di dalam suasana apa pun ia berada,Ia tetap HAMBA,Ia tidak akan tukar jadi makhluk lain,HAMBA tetap hina,
HAMBA tetap lemah,Mereka memerlukan pertolongan dan bantuan,Kalau dia petani tetap juga HAMBA,Jika dia guru tetap juga dia seorang HAMBA,
Walaupun dia seorang kaya ia tetap juga HAMBA yang hina,
Sekali pun dia raja, menteri dan orang besar,Nama HAMBA tidak akan berubah,
Jika dia menteri ia adalah salah seorang orang besar HAMBA,
Orang kaya pun HAMBA yang kaya di kalangan HAMBA,
Tapi manusia HAMBA Allah itu sungguh pelik,Bila jadi raja atau menteri,
orang besar atau kaya,mereka sudah berpelajaran berubah sikap dan bertukar watak hidupnya,Dia rasa luar biasa, ego, sombong pun tiba,
Orang lain dipandang hina,Inilah dia HAMBA yang tidak sedar diri,
Awak hina boleh pulak merasa mulia.
Yang layak keatas kemuliaan hanyalah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W

20 Jun 2008

Syabas Roslan Aziz Atas Permohonan Maafmu...

Salam.....Saya terpanggil untuk menulis tentang Komposer terkenal tanah air Encik Roslan Aziz yang telah mengeluarkan kenyataan yang telah menyifatkan tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Ratu Gelak 45 Darjah Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik. Dan berikut saya keluarkan kenyataan Roslan Aziz untuk dinilai sendiri :-
"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Roslan berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Dewan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Stadium Utama Shah Alam.

Namun Roslan dalam ruangan blognya http://roslanaziz.blogspot.com telah memohon maaf kepada Seluruh ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina Parti Islam SeMalaysia. Berikut saya keluarkan kenyataan beliau :-

"Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan, sebaliknya menggunakan emosi dan "perasaan kecewa yang telah lama terpendam". "Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak-anak, saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina,""Saya tidak sama sekali berniat untuk menghina, jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara (seagama),"

Dengan kenyataan maaf beliau,saya fikir dan cadangkan setiap kenyataan yang keluar dari sesiapa sahaja haruslah difikirkan dahalu,kerana takut-takut kenyataan kita itu menghina agama sendiri dan seseorang.

Pada saya sebagai seorang muslim menyokong tindakan Dewan Pemuda Pas Selangor dibawah pimpinan Ustaz Salehin Mukhyi menghantar memo bantahan kepada YAB Dato' Menteri Besar. melalui setiausaha politik MB Selangor YB Nik Nazmi Nik Mohammad (ADUN PKR Seri Setia) , Bantahan itu dibuat kerana Konsert itu, yang dilapor diadakan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, akan diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan selangor.

Disini situasi menang-menang perlu ada antara PAS dan Kerajaan Negeri Pimpinan PKR, jangan jadikan hal sekecil ini menggugat perpaduan PAS dan PKR didalam Pakatan Rakyat. Islam tidak mengharamkan hiburan tetapi hiburan yang ditampilkan perlulah ada garis panduan yang jelas dan berpandukan agama.

Didalam usia jagung 100 hari pemerintahan diharap PAS dan PKR dapat merapatkan kembali ukhwah sesama sendiri kerana ini penting dalam usaha pakatan rakyat menawan Putrajaya. Saya sebagai seorang rakyat Selangor lega dengan kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan isu konsert ini ada kecil dan boleh diselesaikan dengan Dewan Pemuda PAS Selangor akan mengahadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan pendirian DPPNS.

akhir sekali saya ucapkan syabas dan tahniah Roslan Aziz atas kemulian anda memohon maaf.Setiap manusia melalukan kesalahan dan setiap kesalahan ada pengampunannya,saya secara peribadi terkejut dengan kenyataan Beliau tentang Hasrat Pemuda PAs namun gembira atas kenyataan mohon maaf yang dibuat Roslan Aziz.Sebagai seorang islam yang beriman kita kenalah menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan bermusyawarah bersama.

salam......

abuurwah


Hari Bersejarah Rakyat Selangor.....

salam....Kembara kehidupan diteruskan dgn bermulanya hari Jumaat ini,Hari ini adalah hari istimewa bagi rakyat negeri selangor kerana menyambut sambutan 100 hari Kerajaan Baru Negeri yang mendapat mandat rakyat pada pilihanraya umum ke 12 lepas..


Kerajaan yang menggelarkan diri mereka dengan nama Pakatan Rakyat secara keseluruhannya bagi saya sebagai rakyat negeri ini berpuas hati akan pentadbiran negeri yang banyak membuat keputusan berpihak pada rakyat jelata,dan hari ini satu sambutan Perhimpunan Rakyat di Stadium Utama Shah Alam,pada Jam 1930..


kepada Rakyat Selangor baik yang mmg penyokong PR mahupun penyokong BN dijemput hadir bersama-sama dalam meraikan kesyukuran ini..dijangkakan insyaallah 5 MB Kerajaan Pakatan Rakyat/Ketua Menteri akan hadir malam ini beserta sekali dengan Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim...saya yakin jangkaan yang hadir pada malam ini melebihi 80,000 orang kerana berpaksikan pada sambutan setiap program ceramah Pakatan Rakyat diselangor mmg mendapat sambutan luar biasa sejak akhir-akhir ini..


Saya juga bersama-sama sahabat akan berangkat ke sana dlm Jam 1830 seperti yang dijadualkan dan dipersetujui....huh~yang bestnya bukan saya yang bersemangat tetapi sahabat-sahabat pulak yang lebih-lebih....haha mungkin mereka baru dapat rasai kemeriahan program ceramah pakatan rakyat saya rasa...haha.....takpelah!! yang penting insyaallah selamat pergi kesana petang ini....amin...


Dan juga pada hari ini,Seluruh masjid dinegeri selangor akan menyampaikan khutbah khas sempena 100 hari pemerintahan kerajaan baru selangor....Teks ucapan khutbah hari ini dibuat oleh Ustaz Badrol Amin Baharom (AMT Parti keADILan Rakyat)...insyaallah!!


Memandangkan hari ini hari jumaat,maka saya sarankan kepada sahabat-sahabat semua rajin-rajin kan berdoa pada allah disetiap masa...kerana hari jumaat ini penghulu segala hari dalam agama kita....ini bermakna ia hari yg cukup bermakna pada allah...hari jumaat ini dlm islam seolah-olah hari raya,kerana pada hari ini sahajalah kita dapat lihat berduyun-duyun orang ke masjid untuk menghadiri solat jumaat dan mendengar khutbah yang disampaikan khatib...dan saya penah ingat sahabat saya seorang berbangsa india berkata dia gerun melihat bersatunya orang islam pada hari jumaat,dan tegas dia lagi terasa mcm satu perhimpunan besar-besaran sedang berlaku....dan katanya lagi dia amat suka tengok TV1 (live solat jumaat) kerana tertarik orang islam sembahyang ikut disiplin-disiplin Yang ditetapkan....


akhir sekali Jgn lupa Janji kita hari ini.......ke Stadium Utama Shah Alam..!! ok...

bukan Tgk Bola.....Bukan Tgk Konsert Mas Idayu ye...!! Tapi tengok dan mendengar ceramah

kerana insyaallah malam ini Tok Guru Nik Aziz Nik Mat datang...!!! insyaallah....



abuurwah....

19 Jun 2008

SEMBAHYANG TITIK TOLAK SEGALANYA

Kebaikan seseorang hamba itu,Bermula daripada membaikkan sembahyangnya,Dari sembahyanglah titik tolak segala galanya,Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya,Khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca,Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhanpun mencurah-curah.

Dianugerahkan kepadanya,Allah Taala akan bersihkan jiwanya,Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya,Cinta, takut, kasih sayang, pemurah,bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal,pemaaf pun berbunga.

Kelihatan pula kepada peribadinya syariatnya sangat dijaga,Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara,Kerana itu betulkan sembahyang kita,Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya,Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkantanpa sembahyang,Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang,Sembahyang adalah ibu ibadah,Sembahyang adalah sumber segala kebaikan.

Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian,Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik,Jika sembahyang sudah dicuaikan,Atau bersembahyang tidak ada penghayatan,Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup,Kalau ada juga orang boleh buat kebaikantanpa sembahyang,Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman,Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan.

Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang.

abuurwah.

Tiga Golongan Perosak Muslim


Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat banyak pengajaran daripada kisah-kisah yang telah diceritakan dan terdapat cerita yang diulang-ulang. Pengulangan kisah ini bukan bermaksud Allah kekurangan `modal`. Akan tetapi pengulangannya itu mengandungi pengajaran untuk kita semua menghayatinya.


Seperti ayat 13 surah Ali Imran yang bermaksud:"Sesungguhnya dalam kisah-kisah itu terdapat ibrah, pengajaran bagi orang-orang yang berfikir" Melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Al Quran, Allah ingin menunjukkan tiga sifat perosak kepada manusia ataupun jin.


Pertama ialah sikap sombong seperti kisah penciptaan Nabi Adam a.s yang mana Iblis tidak mahu menyembah Adam lalu berkata:''Aku lebih baik daripada dia, aku diciptakan daripada api, sedangkan dia diciptakan daripada tanah."Sifat sombong adalah kerana menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orng lain. Dosa sifat ini tidak akan diampunkan oleh Allah sehngga kita bertaubat.


Rasullullah pernah bersabda yang bermaksud:"Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan'' Sebagai contoh, negara akan kacau jika penguasanya merasa lebih terhormat dan mulia berbanding dengan

rakyat yang dipimpinnya. Jika penguasa berasa diri mereka hebat sehingga merasakan tidak perlu saranan apa lagi kritikan maka perasaan inilah yang membinasakan Firaun dan Namrud seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran.


Penguasa yang bengis dan sombong, di telunjuknya adalah hukuman dan di mulutnya pula adalah undang-undang. Ertinya tanpa ada pilihan lain, rakyat terpaksa tunduk dan patuh kepada penguasa yang zalim. Sehinggalah penguasa yang tidak melaksanakan perintah Allah ini akan dihancurkan oleh kerana perbuatan diri sendiri.


Di dalam surah Al Nahl ayat 23 pula:"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong."Sifat perosak kedua pula adalah serakah. Sifat ini menjadikan manusia sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang mana Allah telah memberikan pelbagai kemudahan, kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingan di syurga kecuali janganlah mereka memakan buah kuldi.


Larangan ini dilanggar yang akhirnya mendatangkan kemurkaan Allah. Apa yang hendak disampaikan di sini bukanlah keburukan Adam akan tetapi adalah sifat serakah yang mengheret Adam dan Hawa dari singahsana syurga. Sifat ketiga adalah hasad. Di dalam quran, diceritakan kisah Qabil membunuh saudaranya Habil kerana hasad dengkinya terhadap Habil yang mempunyai seorang isteri yang lebih cantik.


Sifat hasad menyebabkan seseorang memandang apa yang dimiliki orang lain sentiasa lebih menarik daripada yang dimilikinya.Sebagai contoh, ketika jirannya memiliki sebuah kereta baru, maka tergelegaklah hatinya. Pertama-tamanya ia akan mengembangkan sifat su'uzannya,dengan penuh selidik ia menyangka bahawa ianya dari usaha yang tidak halal.


Seterusnya orang yang bersifat hasad merasakan tidak suka orang lain mendapat nikmat dan rezeki, sehinggakan ada yang sanggup untuk memusnahkan nikmat itu. Rasulullah bersabda,: "Waspadalah terhadap hasad, sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala seperti api memakan kayu".


Penyakit hati amat berbahaya. apabila hati sentiasa gelisah jika orang lain mendapat kebahagian. Orang yang bersifat hasad juga amat berbahaya kerana dia akan melakukan apa-apa jenayah untuk melenyapkan nikmat yang diberikan Allah kepada orang lain. Setiap negara dan bangsa mengandungi tiga golongan terbabit,iaitu penguasa,pengusaha dan rakyat jelata. Jika penguasanya sombong, pengusahanya serakah, dan rakyatnya iri hati maka hancurlah negara tersebut.




18 Jun 2008

Takuti perkara membatalkan Islam - Ustaz Zainudin Hashim


Setiap Muslim yang waras cara berfikirnya, akan sentiasa bertindak bersesuaian dengan ajaran yang ada dalam al-Quran dan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Ini kerana kedua-dua sumber itu merupakan rujukan paling tepat dan benar untuk mendapatkan keredaan Allah SWT sekali gus melonjakkannya menjadi Muslim hakiki. -->

Kerana keyakinan yang ada dalam pemikiran Muslim yang baik itu, ialah bahawa kehidupannya tidak berakhir semasa hidup di dunia, malah ia berkesinambungan hingga ke hari akhirat, iaitu hari di mana seluruh makhluk bernama manusia akan berhimpun di Padang Mahsyar.

Sama ada manusia yang percaya kepada Allah, atau yang menentang-Nya, manusia bermana Islam, atau Kapitalis, Komunis, Sekular, Sosialis, Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, semua sekali akan dihadapkan depan Allah untuk diperhitung amalan-amalan mereka.

Yang mengikut, patuh serta tunduk kepada ajaran al-Quran dan menerima ajaran Rasulullah s.a.w. tanpa sebarang ragu dan pastinya akan diberi syafaat untuk memasuki syurga.
Sementara yang puluhan tahun hidup di dunia, kemudian memilih jalan kesesatan dengan mengamalkan pegangan akidah yang menyimpang jauh daripada Islam, sudah pasti mereka akan dihumban ke dalam api neraka.

Justeru, bagi mengekalkan iman, akidah, Islam pada tahap yang memberangsangkan, maka setiap Muslim itu perlu mengetahui perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah, Islam, atau juga disebut dua kalimah syahadah bertujuan untuk menyelamatkan dirinya di akhirat bersama dengan Rasulullah s.a.w. Ia terlalu banyak untuk diperkatakan, tetapi dalam kesempatan ini, hanya beberapa perkara pokok sahaja disenaraikan.

Perkara-perkara yang membatalkan Islam

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.


3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syari?at atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syari?at Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14.? Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15.? Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti

mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya

Menilai Seruan Kesatuan Ummah - Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz



BERSATU adalah antara petanda dan malamih umat Islam. Umat Islam menyembah Allah Tuhan yang satu. Maka mereka menjadi satu kerana arah tuju adalah satu. Dengan ini bersatu menjadi mudah untuk umat Islam. Kerana itu bersatu adalah cam dan petanda awal yang jelas bagi kewujudan umat Islam.
Hari ini tiada siapa yang mengatakan umat Islam hidup bersatu. Kita dan bukan kita bagai bersatu untuk mengatakan kita ini umat yang berpecah ? pecah dan berbelah - belah. Maka umat Islam hilang petanda kewujudannya yang mesti. Bila kita berpecah belah, Allah mencabut cam dan petanda yang dengannya kita dikenali.
Pada cam dan petanda itulah kita berjalan di muka bumi ini sebagai umat keredhaan, pilihan, kesederhanaan, kebaikan, kepimpinan, kekuatan dan kejayaan. Dengan cam dan petanda inilah kita diiktiraf sebagai umat yang tersedia dan tercipta untuk memimpin manusia hidup di bumi ini dengan aman dan sejahtera.
Bila umat Islam bersatu, dunia ini menjadi satu dan jitu. Sebabnya, tumpuan umat Islam sebagai pemimpin dunia adalah mencari kedudukan dan kepentingan diri di sisi Allah, bukan berebut ? rebut dan berbalahan demi menggapai kepentingan sesama sendiri.
Merebut ridha Allah adalah bagai merebut bebintang di langit. Bodohlah berbalahan berebut - rebut bintang ? bintang yang tak terbilang itu. Tidakkah ridha Allah itu tak terbilang banyaknya. Bila umat Islam bersatu menggapai ridha Allah, umat bukan Islam turut mengecapi keamanan hidup di dunia sebentar ini.
Kerana berpecah, kita hilang petanda itu. Maka dunia ini diisi oleh hidupan yang tiada pengiktirafan Allah untuk memimpin menuju keredhaan, kebaikan dan kejayaan.
Tampuk kepimpinan dan serambi kuasa yang dikosongi itu diisi dan dibanjiri pula oleh umat manusia yang bukan keredhaan Allah menjadi matlamat hidup mereka. Allah diganti thaghut. Thaghut ialah selain Allah yang dipuja. Selain Allah adalah nafsu, akal, penguasa, jin syaitan, berhala dan apa ? apa saja selain Allah yang dipuja.
Di sini matlamat menjadi rencam dan pelbagai. Manusia berebut mencapai matlamat yang terhad, rapuh dan palsu. Kegilaan ini mencetus perbalahan dan perpecahan di muka bumi.
Umat Islam hidup berpecah belah kerana mereka berpaling daripada Allah, lalu Allah berpaling daripada mereka. Umat bukan Islam pula hidup berbalahan kerana mereka meraba ? raba dalam kesesatan dan kegelapan.
Dalam kegelapan ini, yang tersondol dan teruk dibelasah adalah umat Islam. Umat Islam hidup di awangan kebingungan. Tiada Allah yang menunjuki dan tiada thaghut yang mengasihani. Darah yang mengalir, jeritan yang membengit, air mata yang membasahi dan ratapan tanpa harapan adalah dari lembah yang digenangi lekitan jutaan kata nista ke atas umat Islam.
Kalaulah tidak kerana cahaya Allah itu tak padam di dunia ini, pasti tiada lagi harapan yang diimpi dan tiada lagi azam yang didamba untuk melihat kembalinya umat Islam yang bersatu dan berjaya. Dalam kesenakan dan keperitan menempuh onak dan duri perpecahan ini, tersembul satu daya yang gagah dan kuat mengajak umat Islam untuk kembali memakai petanda kesatuan yang menjanjikan seribu kelebihan itu.
Kesedaran untuk bersatu adalah pengucapan awam umat Islam hari ini. Semua umat Islam bersatu mengakui kehinaan mereka adalah kerana perpecahan yang terlarang di kalangan mereka. Rasa hina dina dihina itu bertukar menjadi penawar untuk umat Islam kembali mencari jati diri yang hilang.
Jika di awal tragedi dulu, para pejuang Islamlah yang merasai keperitan dihina oleh semua pihak yang memusuhi Islam, manakala golongan munafikin atau tali barut yang mendalangi kejatuhan umat Islam pula diberi ruang selesa untuk mengecapi secangkir manisan umpanan musuh, tetapi pada hari ini kehinaan itu mula menimpa umat Islam seluruhnya tanpa mengira apa peranan dan kedudukan mereka.
Rakyat marhain dihimpit kemiskinan dek kongkongan sistem ekonomi riba musuh yang dipaksakan. Mereka dibiarkan termanggu tanpa jati diri dihanyutkan dalam sistem sosial bebas tajaan barat. Mereka bagai diternak dalam kandang sistem pendidikan yang telah diracuni musuh untuk terus menjadi hamba yang menghiburkan si tuannya.
Para pemimpin Negara ? Negara Islam pula dijerat dengan aturan ? aturan dan tekanan ? tekanan yang memaksa mereka berputih mata melihat pencabulan demi pencabulan ke atas Negara dan rakyat sendiri. Paling dahsyat mereka sendiri mencari perlindungan daripada musuh yang sememangnya bersiap sedia untuk membunuh mereka tanpa menyedarinya.
Kerana itu ajakan ke arah kesatuan umat Islam berlambakan di pasaran peraih sokongan menuju kekuasaan. Ia menjadi seperti umpan cacing yang menggilai lahap si ikan di lombong kebuluran.
Malangnya ia masih menjadi ajakan dan seruan yang mengelirukan. Seruan murni perpaduan mencetus kemelut perpecahan baru yang menambah parah. Semua penyeru menggunakan kalimah keramat bersatu sebagai umpan meraih simpati dan keyakinan masyarakat Islam yang ternanti ? nanti harapan menjadi kenyataan. Apa yang berlaku adalah seruan kea rah kelompok masing - masing, bukan kepada Islam sebagai mana yang dilaungkan.
Hasilnya masyarakat Islam dicengkam kekeliruan manakala kepalsuan berleluasa dan dibiarkan.
Apakah erti bersatu? Bagaimana bersatu? Siapakah penyeru kesatuan yang benar? Mengapa seruan kesatuan dipalsukan? Siapakah pemimpin kesatuan yang sebenar? Kita melihat persoalan - persoalan ini bagai menanti jawaban yang mesti dibedah dan didedahkan demi mengembalikan harapan umat Islam untuk bersatu ke arah kemenangan.
Maka, adalah perlu umat Islam didedahkan dengan beberapa perkara pokok yang akan menyediakan jawaban yang benar kepada persoalan ? persoalan yang dibangkitkan tadi.
Pertama, umat perlu disedarkan dengan kehadiran secara berterusan golongan yang mendakwa muslim tetapi merekalah musuh yang memerangi Islam dan umatnya. Kewujudan golongan ini disebut secara berterusan oleh Allah di dalam kitabNya bersekali dengan wujudnya golongan muslimin sejati dan golongan kuffar.
Kedua, bersatu yang dimaksudkan adalah dengan tali Allah, iaitu Islam atau Al Quran dan sunnah nabawiyyah.Adalah satu jenayah besar umat Islam mengajak atau menerima perpaduan di atas selain tali Allah.
Ketiga, mereka yang layak memimpin ke arah perpaduan ummah adalah para ulama yang memahami agama Islam dan berjuang untuknya. Para ulama adalah jaminan Allah ke atas kekuatan Islam sepanjang zaman. Kegagalan memahami dan menerima hakikat ini akan mengheret kepada kekeliruan dan perbalahan berterusan yang merugikan.
Keempat, Umat Islam hari ini adalah umat yang telah meninggalkan ajaran Al quran dan As sunnah. Kontangnya ilmu agama menyebabkan mereka mudah ditipu dan dibuaikan dengan janji manis mereka yang berkepentingan. Kewajiban menyedari ini dengan susulan perawatan ke atas penyakit ini akan membantu menghindarkan umat Islam dari ditipu dan dilalaikan.
Kelima, perpaduan umat adalah kerja besar dan perjuangan yang memerlukan pengorbanan, komitmen dan keikhlasan yang benar dan lama. Kesabaran dan kesetiaan adalah senjata yang utama.
Keenam, umat Islam mestikan menjadikan sirah nabawiyyah sebagai panduan utama dan sejarah jatuh bangun umat Islam sebagai kayu ukur yang akan memudahkan lagi usaha menuju perpaduan.
Ketujuh, musuh Islam akan terus berusaha mematikan kerdipan cahaya perpaduan yang diusahakan dengan pelbagai cara termasuk mempergunakan golongan Islam sendiri untuk memecah belahkan kesatuan ummah.
Kesedaran terhadap perkara - perkara pokok di atas akan mewujudkan tarsyid ummah dan pengarahan yang membantu mempercepatkan proses pematangan ke arah perpaduan ummah yang dinantikan. Bumi Palestin hari ini adalah gambaran jelas kemelut yang terhasil daripada
kegagalan memahami dan menerima perkara ? perkara di atas. Umat Islam Palestin diasak hebat oleh musuh Yahudi dengan terus memberi nafas kepada gerakan Fatah yang berjuang ke arah perpaduan nasionalisme yang bercanggah dengan erti perpaduan Islam. Gandingan musuh Islam ini akan terus menggagalkan atau melambatkan kemenangan gerakan Islam Hamas yang memenuhi tuntutan perjuangan ke arah perpaduan Islam yang dinantikan. Selagi mana umat Islam Palestin tidak mahu mengubah diri sendiri dengan menerima ajakan Islam selagi itulah bumi Palestin akan terus dijajah.Di hadapan mereka ada Al Quran dan As sunnah dalam bahasa ibunda mereka sendiri.
Para ulama mereka telah turut berjuang dan membuktikan kesabaran dan kesetiaan pada perjuangan sebagai teladan yang mengkagumkan di sebalik kegagalan golongan nasionalis Arab yang penuh skandal yang mencemarkan nama perjuangan. Bahkan bumi Palestin adalah salinan asal sejarah Islam sejak berkurun lalu yang telah memetakan syarat ? syarat kemenangan yang jelas kepada umatnya.
Mengapa harus begini lama menanti? Perhatikan, umat Islam gagal mengenal antara kawan dan lawan sesama sendiri. Demikianlah. Kalimah perpaduan dan kesatuan ummah menjadi sebutan yang diminati oleh seluruh golongan Islam yang bersengketaan sedangkan ia adalah petanda khusus untuk ummah yang sedia kembali kepada Allah dengan sebenarnya. Berpecah belah adalah azab Allah yang berterusan ke atas umat Islam selama mana mereka kekal dalam wajah kehidupan hari ini yang jauh daripada ugama.
Kita hanya akan terus melihat wajah ? wajah kepimpinan dunia Islam yang penuh hipokrit yang menghinakan. Tiada kemenangan untuk ummah yang hanya menanti kemenangan. Kemenangan hanya siap siaga menanti ummah yang bergerak ke arahnya.

16 Jun 2008

Luasnya Neraka Allah s.w.t

sampai habis.. sekejap sahaja.. tak sampai 5 minit pun!!!YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan
RAHMATMU YAALLAH......AMIN.......LUASNYA NERAKA ALLAH

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam,"*

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk pintu masing-masing?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

"Maka Nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali.Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai'. Menurut

Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis ini adalah hadis dhoif. Hadis dhoif boleh dijadikan panduan/penggalak untuk beramal tetapi ia tidak boleh digunakan sebagai hujjah)Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." - [2:159]

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw: "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA.

Sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA."

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt:
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." - [69:24]

UNTUK RENUNGAN DAN AMALAN BERSAMA.Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun:
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" - [21:87]
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.* Menurut koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis diatas adalah hadis dhaif.