20 Jun 2008

Syabas Roslan Aziz Atas Permohonan Maafmu...

Salam.....Saya terpanggil untuk menulis tentang Komposer terkenal tanah air Encik Roslan Aziz yang telah mengeluarkan kenyataan yang telah menyifatkan tindakan Dewan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Ratu Gelak 45 Darjah Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik. Dan berikut saya keluarkan kenyataan Roslan Aziz untuk dinilai sendiri :-
"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya kepada Malaysiakini.

Roslan berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan Dewan Pemuda PAS Selangor untuk mengadakan perhimpunan untuk membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Stadium Utama Shah Alam.

Namun Roslan dalam ruangan blognya http://roslanaziz.blogspot.com telah memohon maaf kepada Seluruh ahli PAS kerana kenyataannya yang dianggap menghina Parti Islam SeMalaysia. Berikut saya keluarkan kenyataan beliau :-

"Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan yang diajukan, sebaliknya menggunakan emosi dan "perasaan kecewa yang telah lama terpendam". "Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak-anak, saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina,""Saya tidak sama sekali berniat untuk menghina, jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara (seagama),"

Dengan kenyataan maaf beliau,saya fikir dan cadangkan setiap kenyataan yang keluar dari sesiapa sahaja haruslah difikirkan dahalu,kerana takut-takut kenyataan kita itu menghina agama sendiri dan seseorang.

Pada saya sebagai seorang muslim menyokong tindakan Dewan Pemuda Pas Selangor dibawah pimpinan Ustaz Salehin Mukhyi menghantar memo bantahan kepada YAB Dato' Menteri Besar. melalui setiausaha politik MB Selangor YB Nik Nazmi Nik Mohammad (ADUN PKR Seri Setia) , Bantahan itu dibuat kerana Konsert itu, yang dilapor diadakan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, akan diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan selangor.

Disini situasi menang-menang perlu ada antara PAS dan Kerajaan Negeri Pimpinan PKR, jangan jadikan hal sekecil ini menggugat perpaduan PAS dan PKR didalam Pakatan Rakyat. Islam tidak mengharamkan hiburan tetapi hiburan yang ditampilkan perlulah ada garis panduan yang jelas dan berpandukan agama.

Didalam usia jagung 100 hari pemerintahan diharap PAS dan PKR dapat merapatkan kembali ukhwah sesama sendiri kerana ini penting dalam usaha pakatan rakyat menawan Putrajaya. Saya sebagai seorang rakyat Selangor lega dengan kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan isu konsert ini ada kecil dan boleh diselesaikan dengan Dewan Pemuda PAS Selangor akan mengahadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan pendirian DPPNS.

akhir sekali saya ucapkan syabas dan tahniah Roslan Aziz atas kemulian anda memohon maaf.Setiap manusia melalukan kesalahan dan setiap kesalahan ada pengampunannya,saya secara peribadi terkejut dengan kenyataan Beliau tentang Hasrat Pemuda PAs namun gembira atas kenyataan mohon maaf yang dibuat Roslan Aziz.Sebagai seorang islam yang beriman kita kenalah menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan bermusyawarah bersama.

salam......

abuurwah