07 Januari 2009

Polis Puji Penyokong PAS dan BN ?



Salam PRK P036,Tahniah kepada calon-calon yang layak bertanding,dan pujian berjuta-juta kali pada Polis Diraja Malaysia kerana berjaya mengawal suasana hari penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu..

Namun apa yang lebih saya banggakan adalah pujian Polis kepada kedua-dua penyokong Parti bertanding kerana berjaya mencetuskan keadaan aman dan tenteram dalam proses berhimpun semasa penamaan calon.


Namun,pujian itu adalah boleh dianggap manis oleh penyokong PAS yang memang diketahui Dunia adalah penyokong Parti yang paling berdisiplin sekali tetapi disebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dibalun sungguhpun tidak masuk gelanggang secara rasmi disana,kata-kata sumbang terdengar,"kalau PKR masuk gelanggang pasti ada lawan-lawan dengan BN"..inilah suara sumbang yang tak berapa sedap didengar,seolah-olah PKR ini parti World Wresling Entertaiment (WWE) dan bila jumpa sahaja BN ia akan bergaduh,benarkah ini semua?
Saya tetap menafikan yang PKR adalah parti yang selalu membuat kacau ganggu,pada saya BN dan Ameno lah pengganggu gugat setiap hari penamaan calon dan bila-bila pun,cuma bila masa PAS masuk setiap onar mereka tidak dilayan oleh orang PAS lebih-lebih lagi PEMUDA PAS yang sudah masak dengan politik Ganas Pemuda UMNO dan BN..saya sendiri pernah lihat,golongan pemuda UMNO ini macam samseng bila hari penamaan calon,pernah satu ketika dahulu satu team bermotor membawa bendera dan panji-panji kebesaran UMNO dan BN membaling batu dipondok PAS,sebabnya tidak diketahui,tapi mungkin dah hobi rasmi mereka nak buat macam mana..haha

apapun saya dan rakan seperjuangan yang lain optimis PAS akan mensebat UMNO di Kuala Terengganu jika Pilihanraya ini dijalankan adil dan bersih tanpa campur tangan kerajaan,Demokrasi perlu dipulihkan kembali,harapan PAS memanglah cerah jika nak dibandingkan UMNO yang agak tersepit ketika ini.Harapan saya sinaran bulan menerangi Kuala terengganu pada 17 Januari 2009. YB Mohd Abdul Wahid Endut insyaallah akan dinobatkan Ahli Parlimen Kuala terengganu yang baru.Bersama-samalah para pejuang ISLAM mendoakan kejayaan Parti Islam Semalaysia pimpinan Tok Guru Haji Hadi ini..

Namun yang pasti,Setiap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat adalah orang-orang yang beradap,janganlah menuduh kami suka bertempur sedangkan diri sendiri yang kuat bertempur,perang Pilihanraya sudah bermula,gendang telah dipalu sendiri oleh Pemuda BN..haha apalagi gelombang Hijau akan kembali menerangi Kuala Terengganu..





Kepada Puteri-Puteri UMNO...minum air banyak-banyak nanti pengsan susah...kalau tidak mampu berjuang jangan turun dimedan tempur..pejuang-pejuang PAS dah biasa panas dan bahang..jangan kamu mencabar semangat juang kami,Panas dan hujan kami akan tempuh demi Daulah Islamiah,bukan pangkat yang kami kejar,tapi janji Allah itu yang kami pegang..Takbir!!




























05 Januari 2009

Mahmud Abas dalang utama Gaza diserang

"Israel dan Yahudi Laknatullah memang musuh Islam yang nyata, penjenayah perang, pembunuh umat Islam, perampas tanah milik bangsa Arab Plastine.Yang mendukacita dan diluar minda yang normal, ada bangsa dan negara yang terang-terang memberi dan menyokong secara terang dan jelas keatas pembunuhan bangsa Arab Palestine.

Terutama puak yang atau golongan yang menguasai Semenanjung Gaza yang dipimpin oleh pejuang Islam Hamas.Selepas pejuang Hamas dan Semenangjung Gaza diserang puluhan dan ratusan bedilan dari udara dan 450 orang terbunuh. Ratusan rumah runtuh dan musnah. Dan yang lebih malang lagi Israel menyerang dan mengebom dengan mengunakan bahan kimia yang menjeruskan kemusnahan genetik dan saraf penduduk Gaza.

Tujuan hanya satu untuk melumpuhkan Gerakan Hamas yang dipimpin Perdana Menteri Halal Pentadbiran Pelestine, Ismail Haniyah dan Khalid Marsyall dan mengambil alih pentadbiran Semenanjung Gaza serta pentadbiran dari pemimpin Hamas. Sebaik sahaja Israel menyerang Gaza, Presiden lantikan Haram Pelestine yang pro Amerika dan Israel Laknatullah, Mahmud Abbas menyambut dengan megah malah merancang pembangunan semula Semenangjung Gaza. Dan yang trajis lagi Pemimpin Fatah yang tidak ada otak ini, Mahmud Abbas telah diberi taklimat terlebih dahulu oleh pegawai perisikan Israel terkutuk sebelum Tentera Syaitan Yahudi Pimpinan Ehud Barak ini menyerang Gaza dan kepentingan Hamas.

Sukar dimengerti, negara Mesir dipimpin oleh Pemimpin Sekular Hosni Mubbarak tidak membuka sempadan Senai dan Gaza untuk umat Islam Palestine, Sungguh kejam Hosni Mubbarak yang terkutuk ini. Jelas Hosni bersama dengan Israel laknatullah malah bersama memberi bantuan lojistik untuk Israel laknatullah.Negara Islam atau OIC yang pekak dan tuli baru nak mengadakan mesyuarat selepas Israel laknatullah membunuh penduduk Gaza. Ini menadakan OIC tidak ada kuasa dan tidak berkuasa langsung. Semua negara OIC berkiblat kepada Amerika. PBB lagi tidak ada kuasa malah tidak ubah macam Badut Sarkas.

Kami mendoakan Hamas pimpinan Al-Fadhil Ismail Haniyah dapat bertahan dan berjuang habis-habisan menentang Yahudi dan Amerika..Kami simpati nasib saudara kami disana,jika sempadanlah Palestine ini dengan negara ini??? dah lama dah ???
Hidup Islam !!!
Hidup Hamas !!!

02 Januari 2009

PAS akan SEBAT Ameno di P036 Kuala Terengganu.

Salam....telah lama tidak menulis rasanya,diam tak diam dah masuk tahun baru hijrah dan masihi..diharap sinar tahun baru bercahaya seperti bulan purnama..insyaallah cahaya pertama tahun baru bagi landskap politik malaysia adalah dengan kemenagan PAS di P036 Kuala Terengganu yang menemukan YDP PAS Kuala Terengganu (Mohd Adbul Wahid Bin Endut) menentang calon BN (AMENO) Datuk Wan Ahmad Farid yang juga Timb.Menteri yang menyokong ISA.

Dari segi atas kertas BN dilihat berada didepan kerana bahan kempennya diakui hebat dengan TV1,Utusan Meloya,Berita Hairan,Kosmuak dan TV3 suku menyokong penuh calon BN ini disamping pertolongan dari Bernama,dan Astro Awani dalam laporan hariannya..Namun adakah cukup dengan laporan media BN akan menang di Kuala Terengganu?

Pastinya dipihak Barisan Nasional pasti tahu dan sedar taktik menggunakan media sudah tidak boleh pakai lagi dan mungkin senjata makan tuan kerana rakyat sudah muak dengan cara media masa memperbodohkan dan memperkotak-katikan minda rakyat..yang pasti tahniah pada PAS kerana berjaya mengelirukan media BN dan BN itu sendiri dalam pemilihan calon..

Macam-macam nama keluar dari list perisikan hantu-hantu BN tentang siapa calon PAS..bukan apa mereka mungkin nak carik bahan serang peribadi calon nanti,namun sangkaan kebanyakan orang BN dan PAS sendiri meleset sama sekali dengan TG Haji Hadi Awang mengumumkan ADUN Wakaf Mempelam selama 5 Penggal Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon mengetepikan ramalan orang ramai yang mengatakan mungkin calon Favourite adalah Mohamad Sabu ataupun Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi..akhirnya PAS memilih Abdul Wahid kerana dialah yang TG Haji Hadi dan Pemimpin-pemimpin PAS nampak dalam istiqarah yang dibuat..

Secara peribadi saya yakin PAS mampu membelasah BN (Ameno) dalam PRK P036 Kuala Terengganu dengan majoriti mungkin lebih dari 2000 undi kerana banyak faktor yang mampu diketengahkan PAS...

Apapun sinar Tahun baru bakal membuatkan lagi Parlimen Malaysia bergoncang dengan kemasukan seorang ahli parlimen yang lantang bersuara..insyaallah PAS akan mendapat ahli parlimennya yang ke 23 selepas 24-1 =23..dan pakatan rakyat akan mendapat ahli parlimen ke 82 selepas 83-1=82..kenapa saya berkira macam itu? kerana saya tidak pun menganggap Ahli Parlimen Pasir Mas sebagai Ahli Pakatan Rakyat..sekian