07 Januari 2009

Polis Puji Penyokong PAS dan BN ?



Salam PRK P036,Tahniah kepada calon-calon yang layak bertanding,dan pujian berjuta-juta kali pada Polis Diraja Malaysia kerana berjaya mengawal suasana hari penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu..

Namun apa yang lebih saya banggakan adalah pujian Polis kepada kedua-dua penyokong Parti bertanding kerana berjaya mencetuskan keadaan aman dan tenteram dalam proses berhimpun semasa penamaan calon.


Namun,pujian itu adalah boleh dianggap manis oleh penyokong PAS yang memang diketahui Dunia adalah penyokong Parti yang paling berdisiplin sekali tetapi disebaliknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dibalun sungguhpun tidak masuk gelanggang secara rasmi disana,kata-kata sumbang terdengar,"kalau PKR masuk gelanggang pasti ada lawan-lawan dengan BN"..inilah suara sumbang yang tak berapa sedap didengar,seolah-olah PKR ini parti World Wresling Entertaiment (WWE) dan bila jumpa sahaja BN ia akan bergaduh,benarkah ini semua?
Saya tetap menafikan yang PKR adalah parti yang selalu membuat kacau ganggu,pada saya BN dan Ameno lah pengganggu gugat setiap hari penamaan calon dan bila-bila pun,cuma bila masa PAS masuk setiap onar mereka tidak dilayan oleh orang PAS lebih-lebih lagi PEMUDA PAS yang sudah masak dengan politik Ganas Pemuda UMNO dan BN..saya sendiri pernah lihat,golongan pemuda UMNO ini macam samseng bila hari penamaan calon,pernah satu ketika dahulu satu team bermotor membawa bendera dan panji-panji kebesaran UMNO dan BN membaling batu dipondok PAS,sebabnya tidak diketahui,tapi mungkin dah hobi rasmi mereka nak buat macam mana..haha

apapun saya dan rakan seperjuangan yang lain optimis PAS akan mensebat UMNO di Kuala Terengganu jika Pilihanraya ini dijalankan adil dan bersih tanpa campur tangan kerajaan,Demokrasi perlu dipulihkan kembali,harapan PAS memanglah cerah jika nak dibandingkan UMNO yang agak tersepit ketika ini.Harapan saya sinaran bulan menerangi Kuala terengganu pada 17 Januari 2009. YB Mohd Abdul Wahid Endut insyaallah akan dinobatkan Ahli Parlimen Kuala terengganu yang baru.Bersama-samalah para pejuang ISLAM mendoakan kejayaan Parti Islam Semalaysia pimpinan Tok Guru Haji Hadi ini..

Namun yang pasti,Setiap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat adalah orang-orang yang beradap,janganlah menuduh kami suka bertempur sedangkan diri sendiri yang kuat bertempur,perang Pilihanraya sudah bermula,gendang telah dipalu sendiri oleh Pemuda BN..haha apalagi gelombang Hijau akan kembali menerangi Kuala Terengganu..





Kepada Puteri-Puteri UMNO...minum air banyak-banyak nanti pengsan susah...kalau tidak mampu berjuang jangan turun dimedan tempur..pejuang-pejuang PAS dah biasa panas dan bahang..jangan kamu mencabar semangat juang kami,Panas dan hujan kami akan tempuh demi Daulah Islamiah,bukan pangkat yang kami kejar,tapi janji Allah itu yang kami pegang..Takbir!!