Salam....telah lama tidak menulis rasanya,diam tak diam dah masuk tahun baru hijrah dan masihi..diharap sinar tahun baru bercahaya seperti bulan purnama..insyaallah cahaya pertama tahun baru bagi landskap politik malaysia adalah dengan kemenagan PAS di P036 Kuala Terengganu yang menemukan YDP PAS Kuala Terengganu (Mohd Adbul Wahid Bin Endut) menentang calon BN (AMENO) Datuk Wan Ahmad Farid yang juga Timb.Menteri yang menyokong ISA.Dari segi atas kertas BN dilihat berada didepan kerana bahan kempennya diakui hebat dengan TV1,Utusan Meloya,Berita Hairan,Kosmuak dan TV3 suku menyokong penuh calon BN ini disamping pertolongan dari Bernama,dan Astro Awani dalam laporan hariannya..Namun adakah cukup dengan laporan media BN akan menang di Kuala Terengganu?
Pastinya dipihak Barisan Nasional pasti tahu dan sedar taktik menggunakan media sudah tidak boleh pakai lagi dan mungkin senjata makan tuan kerana rakyat sudah muak dengan cara media masa memperbodohkan dan memperkotak-katikan minda rakyat..yang pasti tahniah pada PAS kerana berjaya mengelirukan media BN dan BN itu sendiri dalam pemilihan calon..
Macam-macam nama keluar dari list perisikan hantu-hantu BN tentang siapa calon PAS..bukan apa mereka mungkin nak carik bahan serang peribadi calon nanti,namun sangkaan kebanyakan orang BN dan PAS sendiri meleset sama sekali dengan TG Haji Hadi Awang mengumumkan ADUN Wakaf Mempelam selama 5 Penggal Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon mengetepikan ramalan orang ramai yang mengatakan mungkin calon Favourite adalah Mohamad Sabu ataupun Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi..akhirnya PAS memilih Abdul Wahid kerana dialah yang TG Haji Hadi dan Pemimpin-pemimpin PAS nampak dalam istiqarah yang dibuat..
Secara peribadi saya yakin PAS mampu membelasah BN (Ameno) dalam PRK P036 Kuala Terengganu dengan majoriti mungkin lebih dari 2000 undi kerana banyak faktor yang mampu diketengahkan PAS...
Apapun sinar Tahun baru bakal membuatkan lagi Parlimen Malaysia bergoncang dengan kemasukan seorang ahli parlimen yang lantang bersuara..insyaallah PAS akan mendapat ahli parlimennya yang ke 23 selepas 24-1 =23..dan pakatan rakyat akan mendapat ahli parlimen ke 82 selepas 83-1=82..kenapa saya berkira macam itu? kerana saya tidak pun menganggap Ahli Parlimen Pasir Mas sebagai Ahli Pakatan Rakyat..sekian




