Salam......saya baru terbaca satu artikel dari blog Roslan sms akan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mensyaratkan sesiapa yang ingin berkerja sebagai kakitangan awam negeri kelantan diwajibkan bersolat 5 waktu dan solat jumaat sebagai syarat utama selain dari kepujian Bahasa Melayu di dalam SPM, malah Tok Guru juga menyarankan agar ia nya dijadikan syarat Mandatori..saranan ini pada saya sungguh sesuai dan tidak keterlaluan kerana solat itu sendiri adalah wajib bagi seorang penganut agama islam.. Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat ke 55:
Sesungguhnya wali (pemimpin) kamu adalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka dalam berkeadaan ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah swt).
Saranan Tok Guru ini sebenarnya adalah perlu diterima semua pihak dan tidaklah dianggap hanya sekadar meraih publisiti sahaja..Tidak kira kerajaan Kelantan mahupun lain-lain negeri wajar mewajibkan kakitangan awam mereka bersolat kerana hanya dengan solat sahaja kemungkaran dapat dicegah..Kalau ia nya berjaya direalisasikan saya yakin insyaallah gelaja rasuah,pecah amanah,ponteng kerja,curi tulang dan menggunakan harta kerajaan seperti harta peribadi dapat dikurangkan malah tidak mustahil ia nya akan lenyap terus..dan apa salahnya juga Kerajaan yang menjaga Putrajaya juga mewajibkan solat 5 waktu kepada kakitangannya,jika berjaya nanti saya yakin Alamanda Putrajaya,CSC alamanda,medan Selera Presint 8,Medan Selara Tun Teja Presint 9 hanya akan dipenuhi diwaktu rehat sahaja kerana kakitangan awam dah ada pedoman dan pegangan agama yang kuat melalui wajibnya solat itu..
wallahua'lam......




