Salam...lihatlah telatah comel lagi berpahala dari anak-anak muda berpakaian "pink" semasa proses penamaan calon di Parlimen Parmatang Pauh..erm memang sopan kelakuan mereka,mungkin sebab umur mereka masih belum sampai 40 tahun kot,itu sebabnya telatah mereka masih keanak-anakan..takpelah semua boleh menilai dari gambar yang diberi..lihat sahaja lah tangan dan jari perempuan yang manis bertudung "pink" itu dimana arah tunjuknya..?saya bersangka baik,mungkin mereka teruja ditangkap gambar mereka,maklumlah bukan senang nak masuk surat khabar malah nak masuk blog saya pun susah,ni kira alhamdulillah saya masukan gambar mereka..hehe..saya rasa mereka nak tunjuk yang budak lelaki itu pakai "seluar jeans levi's yang beli kat padang besar" maklumlah padang besar ngan permatang pauh tak jauh sangatkan..haha bukannya menunjukan punggung lelaki itu.. saya tidak tahulah kepada siapa yang mereka tujukan..rasanya kepada sesiapa yang tidak memakai seluar jeans kot..mcm saya tak pakai seluar jeans..
tapi saya kagumlah kesopanan dan ketatasusilaan wanita-wanita bertudung "pink" ini..bukan senang nak carik wanita sesopan macam ni sekarang tau? puas carik kehulu kehilir akhirnya di permatang pauh mereka timbul,bukan 1-2 orang tapi ribuan keluar..pada saya memang sepatutnya mereka di puak sana..! ish..gembiralah mereka,rasa cemburulah..hehe dah lah ayu bertudung "pink" ditambah dengan kesopanan kelakuan..hmm calon jodoh pada lelaki berbaju melayu putih dan bersamping songket merah memang layak dengan wanita bertudung pink macam ini,..teringat hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:-
"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"
wallahua'lam...




