01 Ogos 2008

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya...

Salam...."selamat kembali ke Parlimen Malaysia" itulah ungkapan yang tidak keterlaluan saya ucapkan kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding buat kali pertama selepas beliau terpaksa mengosongkan kerusi itu 10 tahun lepas kerana dimasukan ke Universiti Awam Sungai Buluh..

Memilih kerusi Parlimen Permatang Pauh yang juga kubu kuat Parti Keadilan Rakyat dianggap adalah satu jalan selamat bagi meneruskan impian beliau dan penyokongnya bergelar Perdana Menteri Malaysia ke 6..dijangkakan tiada masalah untuk Dato' Seri Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh ini kerana dalam pilihan raya tsunami lepas penyandang kerusi Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) menang besar dengan majoriti 13,388 undi menumbangkan Mantan Imam Besar Masjid Negara Dato Pirdaus Ismail..

Ditambah dengan Dato' Seri Anwar adalah anak tempatan dan juga bekas ahli Parlimen kawasan berkenaan,dijangkakan majoriti undi akan bertambah kepada PKR atas beberapa faktor antaranya isu kes dakwaan fitnah beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan,isu kenaikan harga minyak dan beberapa lagi isu nasional yang dijangka siapa pun calon parti lawan yang bertanding akan berputih mata untuk menduduki kerusi Parlimen ini..

Pilihanraya kecil kali ini dilihat sebagai medan terbaik Dato' Seri Anwar melihat sejauh mana penerimaan rakyat keatasnya,jika kemenangan yang akan dicapai nanti terbukti segala tohmahan keatasnya akan lenyap begitu sahaja kerana rakyat sebagai hakim masih lagi memihak keatasnya..siapakah calon terbaik parti lawan yang akan dikorbankan sekali lagi di Permatang Pauh..adakah Dato' Pirdaus Ismail akan kembali sekali lagi mencuba untuk melawan arus kebangkitan rakyat buat kali ketiga ataupun ada kejutan meletakan "The Sumpah Keramat Men" Sdr Ezam Mohd Nor yang juga bekas orang kuat PKR bertanding disana..

Insyaallah,Allah maha berkuasa dan Allah akan berpihak keatas orang-orang yang benar..Gendang telah dipalu,Dari Permatang Pauh akan ke Putrajaya...disangkakan Kulim Bandar Baru menjadi taruhan,mengetepikan andaian Bandar Tun Razak,akhirnya Permatang Pauh engkau diletakan,jauh sekali untuk ke kelana Jaya,tetapi matlamatnya satu untuk meniti jambatan ke Putrajaya..Selamat Berjuang Pakatan Rakyat..Takbir !! Allahuakbar....................