25 Ogos 2008

Realiti Suasana Kemerdekaan kali ke 51

Salam....."Entah Mana Silapnya" itulah unkapan paling cocok boleh saya ungkapkan mengenai sambutan bulan kemerdekaan kali ke 51.Berbanding tahun lepas sambutan gilang-gemilang diadakan baik dari pihak kerajaan mahupun swasta tetapi suasana kali ini berbeza sekali,seolah-olah kita bukan berada dibulan kemerdekaan sedangkan beberapa hari sahaja lagi tanggal 31 ogos akan tiba.

Dimana Silapnya..kempen kibar lajur gemilang disambut sunyi rakyat kebanyakan,jika dulu kalau kita memandu dijalan raya hampir kesemua kenderaan mengibarkan jalur gemilang tetapi kali ini lain pula situasinya,hanya terdapat 2 ke 3 buah kereta sahaja yang mengibarkan jalur gemilang..Jika tahun lepas semua rumah pangsa dan apartment contohnya di sekitar kuala lumpur berlawan-lawan mengibarkan bendera Malaysia tapi lain pula sekarang bendera yang dikibarkan tahun lepas entah mana hilangnya.

Silap siapakah dalam hal ini? adakah kerana kerajaan tidak memberikan bendera "FREE" atau kerana kurang promosi di media-media arus perdana ataupun "Save bajet" menandakan sambutan tahun ini adalah yang terhambar sepanjang 51 tahun kita merdeka.Radio pun dilihat kurang memainkan lagu sentimen kebangsaan,jika adapun selang 8-9 jam sekali,ini situasi yang tidak sama macam tahun lepas hampir setiap jam ada sahaja lagu kemerdekaan.Namun pujian luar biasa harus diberi kepada Arwahyarham Sudirman kerana tidak kira Merdeka atau Hari Raya Beliau lah yang paling bersemangat seolah-olah beliau sahaja yang menyambut merdeka dan Hari Raya.

Pada pendapat saya,terjadinya kejadian kurangnya rakyat kibar bendera kali ini mungkin kerana rakyat sudah tidak lagi gembira dengan situasi sekarang.Bebadan kos sara hidup yang tinggi tidak kira dibandar mahupun luar bandar semua rakyat terasa dihimpit kos sara hidup yang tinggi dan mungkin sebab ini rakyat kebanyakan memprotes seolah-olah perayaan merdeka kali ke 51 ini satu situasi berkabung kesedihan dihimpit masalah bebanan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Tahun lepas rakyat masih lagi ditahap selesa,kerana rata-rata kakitangan awam mahupun swasta dinaikan gaji dan elaun ditambah kos bahan bakar yang masih dianggap berpatutan (walaupun tinggi) tapi kali ini berbeza,ia tidak sama lagi,apa yang dikecapi rakyat bawahan tidak kekal lama kerana kos makan,minum,tempat tinggal,bahan bakar dan apa sahaja yang memerlukan bayaran naik melambung dan menggila.Mungkin sebab ini rakyat tidak ada hati lagi nak kibar jalur gemilang.

Namun,sebagai Rakyat Malaysia kita tetap harus bersyukur kepada Allah akan kemerdekaan yang dikecapi,kerana yang terpenting sekali adalah kibaran iman dihati itu lebih utama dari jalur gemilang,tidak bermakna tidak mengibarkan jalur gemilang roh kemerdekaan itu luntur.Insyaallah sambutan kemerdekaan kali ke 52 tahun hadapan akan ada sinar baru untuk rakyat bawahan..kerana inilah yang dikatakan "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA"