Salam....."Selamat Bermuktamar"..kepada Perwakilan Parti Al-Islam Semalaysia seluruh negara (13-17 ogos 2008)..Muktamar kali ini buat julung kalinya diadakan di Stadium Indera Mulia,ipoh Perak..Muktamar kali ini bolehlah dianggap muktamar paling manis untuk dikenang..Selain Badan Perhubungan PAS Perak sebagai tuan rumah,muktamar kali ini juga lain dari muktamar yang lepas-lepas kerana kali ini kita dalam keadaan kekuatan perpaduan dalam jemaah..akhirnya PAS telahpun sampai ke puncak,kerja keras setiap ahli-ahlinya dilihat sangat berkesan pada pilihanraya umum lepas..
Disini marilah kita panjatkan rasa syukur pada ALLAH keatas kemenangan yang diperoleh,diharap perbahasan kali ini berkualiti dari muktamar yang lepas-lepas..PAS sekarang bukan dilihat Parti orang kampung ataupun Parti untuk orang pantai timur dan utara sahaja,tetapi imej PAS sekarang adalah untuk semua..tidak kita bangsa dan agama apapun,kerana ISLAM itu sendiri sudah cukup adil..
Tuan Guru Haji Hadi pernah berkata sebelum beliau menjadi Presiden PAS "Membela ISLAM bermakna Melayu selamat,tapi jika terlalu bela MELAYU belum tentu ISLAM selamat"..pada saya bukan sahaja melayu akan selamat jika terima islam tetapi seluruh bangsa di Malaysia ini,
ISLAM bukan agama paksaan kepada penganut agama lain,sekarang imej PAS agak menonjol dengan tertubuhnya kelab penyokong PAS yang dianggotai oleh hampir 10,000 ahli bukan melayu diseluruh Malaysia..
Diharap Kelab penyokong PAS ini diterima salah satu sayap dalam PAS..parti terbesar ISLAM di Malaysia ini kenalah mengambil satu lagi langkah kedepan dengan mengikhtiraf kelab penyokong PAS kerana kejayaan Parti PAS pada pilihanraya lalu tidak boleh dinafikan orang bukan melayu antara penyumbang terbesar kejayaan..
"Selamat Bermuktamar"




