Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau “tidak sabar” untuk melepaskan jawatan itu jika Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Pas memintanya berbuat demikian.“Kalau orang Pas suruh saya berhenti, saya berhenti petang ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan bahawa beberapa wakil rakyat daripada parti itu mahu beliau meletak jawatan “pada masa gemilang beliau” dan memberi laluan kepada pemimpin muda parti itu bagi menerajui kerajaan Kelantan.
Pada sudut positif,demi kepentingan survival politik Pas Kelantan,pada saya memang benar Tok Guru perlu melepaskan jawatan Menteri Besar disaat zaman kegemilangannya,ini untuk menonjolkan ikon baru yang akan menjadi pemimpin masa hadapan bagi negeri paling lama diperintah PAS ini..
Namun adakah PAS Kelantan bersedia melalui alam baru tanpa Tok Guru disisi pemerintahan Kelantan ? Jawapan ini hanya PAS Kelantan sahaja yang mampu menjawabnya,Tok Guru sudah dianggap sinonim dinegeri Kelantan,Namun disudut yang lain juga,suatu hari nanti Tok Guru akan pergi dan penggantinya akan tiba juga.
Persoalan yang selalu timbul siapakah yang layak menggantikan Tok Guru yang dianggap tidak tolok gantinya? Seperti Tok Guru yang enggan mengulasnya,begitu jugalah ahli-ahli PAS yang enggan mencongak siapakah pengganti Tok Guru,Namun saya sudah dapat mengagak siapa bakal menggantikan Tok Guru kelak,orangnya pasti yang selalu memberi Kuliah Jumaat di Kota Bharu jika Tok Guru tiada ataupun tidak sihat..saya semacam yakin itulah orangnya Menteri Besar Kelantan kelak..
Akhir sekali,baik ahli PAS Kelantan atau Malaysia perlulah redho jika Tok Guru nak bersara,cuma diharapkan jika Tok Guru ingin pencen hanyalah untuk jawatan MB Kelantan tidak untuk Mursyidul Am PAS,kami ahli-ahli PAS masih inginkan kepimpinan Tok Guru didalam PARTI KERAMAT INI..
~MEMBANGUN BERSAMA ISLAM~
DULU....KINI....SELAMANYA...PARTI ISLAM SEMALAYSIA





